KelabMama

Beri Panadol Jika Anak Demam, Jangan Biarkan Mereka Lawan Sendiri!

Beri Panadol Jika Anak Demam, Jangan Biarkan Mereka Lawan Sendiri!

“Anak saya demam. Tapi saya tak bagi ubat panadol. Nak suruh dia lawan sendiri.”

Panadol = Paracetamol = Ubat demam

Demam tapi nak suruh kebah sendiri. Macam mana tu? Kalau anak Mama Siti demam, terus bawak pergi hospital. Beli Panadol, Cool Fever, pastikan dia minum banyak air supaya cepat pulih. Tapi ada juga ibubapa yang tak nak bagi ubat demam kepada anak. Panadol digunakan untuk melawan jangkitan kuman. Kalau tak ada ubat, macam mana kebah demam tu?

Dr. Salehuddin pun menegaskan yang ini konsep yang salah dan kita sebagai ibubapa tak boleh ikut. Menurutnya, “It is a flawed concept, at least in my own personal opinion.” Tapi, kenapa pula konsep ni salah?

1. Demam Adalah Simptom

Maknanya, ia satu tanda kepada masalah yang lain. Boleh jadi ada jangkitan kuman. Boleh jadi sebab ada bengkak/ inflammation kat mana-mana dalam tubuh. Ada banyak possibilities.

Beri panadol atau ibuprofen berdasarkan berat dan umur bayi. Jarum seakan suntikan (syringe) adalah cara terbaik untuk beri dos ubat yang tepat.

So, apa yang panadol/ ubat demam buat? Ia hanya menurunkan suhu badan. (macam mana dia turunkan suhu tu, bukan tujuan post ini). Ia bukan ubat melawan kuman. Juga bukan menyebabkan bengkak tu surut. So, no such thing as ‘nak suruh anak saya lawan sendiri kuman tu’, sebabnya, memang dia SEDANG melawan sendiri kuman tu (kalau demam tu disebabkan oleh kuman).

Panadol tu TAK akan menyebabkan anak anda jadi lembik, tak pandai nak melawan kuman. Malah panadol itu tidak akan menyebabkan kuman jadi lemah.

2. Apa Yang Mama Rasa Bila Demam?

Anda rasa saya ada masa untuk demam? Macam pernah dengar saja… Admit saja lah, kalau kita demam, serba tak kena. Sakit sendi, sakit urat, body rasa berat, semangat jadi rendah, kepala pusing, dan segala macam rasa yang saya percaya, anda semua pernah rasakan.

Kalau anda cikgu, anda rasa tak bersemangat nak mengajar. Kalau anda ada mesyuarat, anda tak dapat nak beri tumpuan, nak beri idea, or even nak catat minit mesyuarat. Kalau anda lawyer, anda tak boleh nak fokus dan berhujah dengan efektif. Even hakim, ada yang postpone kes sebab demam. Saya sendiri, kalau demam, memang akan susah nak beri consultation dengan efektif.

Demam bukan penyakit, ia satu cara untuk melawan jangkitan.

So, bayangkan anak anda demam. Si cilik anda demam. Rasa serba tak kena. Dia akan merengek dan meragam. Kurang aktif. Tak ada selera nak makan. Dan anda boleh kata: “Biarkan dia ‘lawan’ sendiri demam tu.”

Wow. Kejam nya kamu. Sampai hati nya kamu. Hebat nya kamu. Hati batu nya kamu.

Beri Ubat Demam Jika Anak Demam

Sebab tu, kalau orang tanya saya, anak dia demam 37.5, perlu beri ubat demam tak? Saya akan jawab YA. Sometimes, suhu baru 37.2, tapi si kecil dan menunjukkan tanda-tanda tak selesa, saya akan advice untuk berikan ubat demam. Because saya bukan kejam. Saya seorang yang penyayang. Especially kepada kanak-kanak.

Dr Saleh, yang penyayang.

P/S: Some doctors may have different idea, and they are totally right in their own mind. I have my own mazhab. Anda boleh pilih untuk terima, atau tak mazhab saya. No problemo.

Sumber: Dr Salehuddin Sulaiman

BACA JUGA JANGAN PANDANG RINGAN BILA BAYI DEMAM. IA BOLEH MENGUNDANG BAHAYA!

Pesan Mama Siti:

Bila anak demam, bagi mereka makan ubat demam. Sedangkan kita pun rasa tak selesa bila demam, apatah lagi si kecil. Mama Siti faham ada yang rasa mereka boleh lawan sendiri demam tu. Tapi kalau tak ada ubat, macam mana mereka nak lawan jangkitan tu. Betul tak? Yang penting jangan bagi mereka terlebih makan ubat demam saja.