KelabMama

Bermain, Bergaya & Beraya Sakan di Bunga-bunga Raya @ Sunway Velocity Mall

Sunway Velocity Mall menyediakan pelbagai bengkel interaktif, promosi istimewa dan Meet & Greet bersama watak-watak kartun popular – Ejen Ali, Boboiboy & Sesame Street, dan anda semua dijemput!

Bersempena dengan bulan Ramadan dan musim perayaan, Sunway Velocity Mall bakal menceriakan hari-hari anda sekeluarga. Sambil anda melengkapkan diri anda sekeluarga dengan beribadah, luangkan sedikit masa untuk persiapan Raya di Sunway Velocity Mall. Terdapat pelbagai cenderahati menarik yang Mama boleh tebus dengan setiap pembelian melebihi RM200, di mana-mana kedai* di Sunway Velocity Mall!

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Istimewa di Sunway Velocity Mall

Bertemakan ‘Bunga-bunga Raya’, Sunway Velocity Mall dihias indah dengan bunga-bungaan, buaian, rumah kampung klasik, dan dekorasi raya yang menarik untuk menambahkan mood raya anda! Dalam pada Mama sibuk shopping tu, bolehlah Mama rakamkan kenangan dengan bergambar bersama anak-anak. Pasti cantik dan sangat ‘instagrammable’ gitu!

Tarikh: 3 Mei – 9 Jun 2019

Tempat: Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Selain itu, Sunway Velocity Mall juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan Ramadan dan cuti sekolah yang bakal berlangsung. Terdapat pelbagai acara dan lebih 11 bengkel menarik, khas untuk si kecil Mama.

Tarikh: 24 Mei – 9 Jun 2019

Tempat: Ground Floor, Sunway Velocity Mall

6 Highlights di Bunga-bunga Raya Sunway Velocity

  1. Meet & Greet bersama Ejen Ali, Boboiboy & Sesame Street

  2. Storytelling Competition

  3. Traditional Dance

  4. Cultural Costume Fashion Runway

  5. Raya Kids Catwalk

  6. Dress-A-Like Contest

Mengembara di Bengkel ‘My Little Adventure Passport’

Sunway Velocity juga memberi peluang untuk merangsang perkembangan minda dan fizikal anak-anak Mama dengan menyediakan lebih 11 bengkel interaktif. Apa yang istimewanya bengkel-bengkel ini adalah, anak Mama berpeluang untuk mendapatkan hadiah misteri sekiranya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 11 bengkel sepanjang program berlangsung. Dalam masa yang sama, bengkel-bengkel ini juga dapat mengeratkan hubungan Mama dan Papa bersama anak-anak.

Untuk maklumat lanjut, layari My Little Adventure Passport.

https://www.kelabmama.com/story_wordpress/wp-content/uploads/2019/05/WhatsApp-Video-2019-05-08-at-5.04.12-PM.mp4

Karnival Chuck Chicken Junior Warriors

Tarikh: 25 Mei – 9 Jun 2019

Tempat: Vanity Atrium, Ground Floor, Sunway Velocity Mall.

Karnival Chuck Chicken Junior Warriors (CCJW) bakal memberikan pengalaman baru buat ibu bapa dan anak-anak. Dari Isnin hingga Jumaat, Mama boleh bawa anak kecil Mama bermain di Unicorn Inflatable untuk luangkan masa bersama setelah seharian bekerja.

Yuran Masuk:

Jika Mama belanja lebih RM100 (dalam maksimum dua resit), Mama boleh tebus *1 tiket percuma untuk anak Mama bermain di Unicorn Inflatable ini.

*Terhad kepada 2000 pelanggan terawal sahaja.

Pada hujung minggu pula, bawa anak Mama merasai pengalaman bermain dan menyertai acara-acara berikut:

  1. Game Virtual Reality

  2. Persembahan  Muzik

  3. Kemunculan Maskot CCJW

  4. Kelas Seni Lukisan

  5. Pertandingan Mewarna

#Pertandingan CCJW

Tarikh: 1-2 Jun (Pusingan Kelayakan), 8-9 Jun (Pusingan Akhir)

Bagi Pertandingan CCJW, setiap peserta hanya perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM60. Yuran penyertaan termasuk kit pertandingan eksklusif daripada Chuck Chicken Junior Warriors. Layari Facebook @ChuckChickenJuniorWarriors untuk maklumat lanjut.

Apa tunggu lagi Mama dan Papa? Tetapkan kalendar anda untuk bawa anak-anak bergembira di Sunway Velocity Mall sepanjang Mei dan Jun ini. Walau sesibuk mana pun kita, masa bersama keluarga dan anak-anak merupakan saat yang paling bermakna.

Jangan lupa untuk layari laman web Sunway Velocity Mall supaya anda tidak ketinggalan dengan pelbagai aktiviti menarik pada Ramadan dan cuti sekolah ini!

Facebook: @SunwayVelocityMall

Instagram: @sunwayvelocitymall