KelabMama

BERAPA KG BAYI MAMA MASA LAHIR? RINGAN ATAU BERAT?

Mama perasan tak, kalau baru bersalin je antara soalan ‘wajib’ yang orang akan tanya “Berapa berat baby?” atau “Baby berapa kg?”. Kadang-kadang isu berat badan baby ni pun buatkan mama papa risau terutamanya bila berat anak kenalan lebih berat dari berat anak mama papa. Tiba-tiba rasa macam anak tak sihat ke, tak cukup susu ke. Betul tak?

Mama kena tahu banyak faktor yang tentukan berat badan baby masa lahir ni. Antaranya faktor genetik, kesihatan serta pemakanan mama sendiri. Berat badan baby baru lahir yang normal antara 2.5kg – 4.5kg. Selalunya berat baby ni bergantung pada berat lahir. Bila dah mencecah umur 5 hingga 6 bulan, berat baby akan bertambah 2 kali ganda daripada berat masa lahir.

#BETUL KE KALAU MAMA BESAR, BAYI PUN BESAR?

Ini MITOS ye mama! Kalau berlaku, ia mungkin disebabkan oleh faktor genetik mama sendiri. Ada juga yang babynya besar sebab ada masalah kesihatan rahim, uri, pemakanan atau penyakit seperti kencing manis yang dihadapi oleh mama masa mengandung. Tu juga boleh jadi punca baby bersaiz besar tau!

#PENTINGNYA REKOD BERAT BADAN BAYI MAMA

Normal procedure selepas bersalin, baby mama akan ditimbang dan beratnya akan direkod. Perkembangan baby akan dicatit setiap bulan walaupun masa tu mama dalam pantang. Ditambah pula baby akan diberikan suntikan imunisasi di klinik.

#BERAT NAIK MENDADAK KENA RUJUK DOKTOR

Kalau baby mama dilahirkan besar tak apa, asalkan beratnya dalam lingkungan sihat. Tapi kalau beratnya naik banyak sangat mama kena rujuk dengan doktor ya!

#LEPAS LAHIR BERAT BAYI BOLEH TURUN

Berat baby turun? Kenapa? Ha…mama jangan panik terus bila berat baby turun. Itu normal. Biasanya lepas 10 hingga 14 hari dilahirkan, berat baby akan turun antara 10% hingga 20% daripada berat asal.

#KENAPA BERAT BAYI TIBA-TIBA TURUN?

Masa baby dalam perut, baby dapat bekalan nutrien melalui plasenta secara tetap. Bila baby dah dilahirkan, baby bergantung pada penyusuan susu mamanya. Selepas 2 minggu berat badan baby akan bertambah disebabkan penyusuan susu mama.

Tapi kalau berat baby mama masih berkurang tak ikut carta kesihatan yang betul, itu mungkin disebabkan kesihatan baby atau baby tak dapat susu yang cukup. Oleh itu mama kena tahu teknik penyusuan yang betul seperti pelekapan dan tempoh penyusuan sampai baby kenyang (susu foremilk dan hindmilk pada baby)

#BERAT BAYI KURANG

Selalunya baby pramatang dilahirkan kurang berat badan dan tak boleh nak dibandingkan dengan berat baby yang lahir cukup bulan. Baby pramatang ni ada carta perkembangan khasnya. Baby pramatang juga diberikan susu khas untuk naikkan berat badannya.

Baby kembar selalunya dilahirkan dengan berat yang tak sama. Jadi bayi kembar ada carta dan perkembangan masing-masing.

#MAMA PAPA WAJIB PANTAU BERAT BAYI

Setiap kali check up baby, mama dan papa kena tengok perkembangan berat baby pada carta yang disediakan. Berdasarkan dari carta ni dapat bantu mama papa kalau ada sebarang masalah kesihatan baby. Carta ni juga akan menunjukkan berat badan ideal setiap bulan, pertumbuhan tinggi baby dan ukuran lilitan kepalanya.

Berat badan baby yang sihat akan menunjukkan peningkatan pada setiap pertambahan usianya.

TIPS UNTUK NAIKKAN BERAT BAYI DENGAN SUSU BADAN

1) Lebihkan SUPPLY daripada DEMAND

2) Pastikan baby menyusu lebih lama disatu-satu payudara. Bila baby dah lepaskan baru offer payudara lagi satu

3) Susukan baby kerap pada waktu malam sebab waktu itu hormon prolaktin lebih banyak terhasil

4) Urut payudara mama semasa bayi tengah menyusu dapat meransang lebih banyak kandungan lemak dalam foremilk

5) Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Kualiti dan kuantiti susu bergantung pada pemakanan yang mama ambil.

6) JANGAN STRESS dan enjoy breastfeeding moment mama okay!

Bestnya Baby Warehouse SALE dengan tawaran menarik dari Motherhood.com.my dan JOM join NewMama bersama KelabMama hari ini!