KelabMama

BERAPA UMUR SESUAI UNTUK HANTAR ANAK KE SEKOLAH?

Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat lebih separuh daripada perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku pada usia sifar hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia lapan tahun.Kajian yang dijalankan pakar neurologi mendapati 80 hingga 85 peratus perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia kanak-kanak.

Jika zaman dahulu rata-rata ibu bapa menghantar anak-anak ke tadika pada usia enam tahun tetapi kini pada usia lima tahun, anak-anak sudah didedahkan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Malah senario hari ini semakin berubah apabila ramai ibu bapa mengambil keputusan menghantar anak ke tadika seawal usia tiga dan empat tahun.

Kajian di California, Amerika Syarikat mengenai pendidikan awal kanak-kanak oleh Sue Dockett dan Bob Perry mendapati kanak-kanak bersedia ke sekolah lebih awal tetapi tidak bersedia untuk belajar lebih awal. Sebanyak 60 peratus pula bersetuju bahawa memasuki sekolah pada usia lima tahun ke bawah akan mendatangkan kejayaan kepada kanak-kanak itu.

Pendedahan seawal usia tiga dan empat tahun untuk pendidikan prasekolah anak-anak dapat membentuk diri mereka menjadi lebih bertanggungjawab serta dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekolahan sebenar apabila mencecah usia tujuh tahun. Dengan kata lain, kanak-kanak yang berada di tadika selama tiga atau empat tahun menjadi lebih berdikari, tidak takut serta mudah menerima pelajaran di sekolah. Ini bermakna apabila kanak-kanak ini memasuki darjah satu mereka tidak takut kepada persekitaran sekolah, tidak mengalami kejutan budaya apabila diberi kerja sekolah yang banyak serta berhadapan dengan guru yang tegas. Ini kerana semua ini sudah dialami sepanjang berada di tadika.

Begitu juga sekiranya anak-anak dihantar ke tadika pada usia yang awal. Ini kerana pada masa sekarang kanak-kanak semakin bijak dan mula terdedah dengan teknologi yang menyebabkan perkembangan minda mereka berlaku dengan cepat. Dakwaan yang meyatakan kanak-kanak akan mudah bosan apabila dihantar terlalu awal ke sekolah. Sebenarnya ini tidak berlaku kerana setiap tadika menyediakan sistem pembelajaran berbeza mengikut peringkat umur. Jadi tidak timbul perasaan bosan malah mereka akan lebih matang dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh apabila di sekolah rendah. Jadi tepuk dada dan tanya selera.

 

Semak Ini Untuk Tahu Anak Sudah Layak Ke Sekolah Atau Tidak

 

Dikatakan anak-anak sepatutnya sudah tidak perlukan lagi lampin pakai buang. Dah pandai buang air kecil dan buang air besar di tandas. Pandai memberitahu bila nak membuang air besar dan pandai basuh sendiri selepas membuang air besar. Ini penting. Kerana semua manusia perlu berkumuh dan bernyahtinja untuk terus hidup. Namun berkumuh dan bernyahtinjalah secara bertamadun iaitu di tandas bukannya di lampin pakai buang. Bab makan minum, pun anak perlu pandai berdikari. Pandai suap dan sebagainya. Nanti kesian anak tak makan di sekolah.

Bila di tadika, cikgu kalau boleh nak semua murid aktif. Semua murid mengambil bahagian di dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Kita tak nak yang pasif, yang asyik melangut, yang asyik termenung, yang asyik minta televisyen, asyik minta game dekat telefon pintar.

Latih anak supaya pandai cakap dan beritahu orang dewasa bila sakit perut ke? sakit kepala ke? nak pergi tandas ke? rasa haus atau lapar ke? Apa sahaja permasalahan, mereka patut tahu cara untuk beritahu dan tidak segan-silu untuk rujuk kepada cikgu atau orang dewasa.

Yang ni memang saya (penulis artikel) risau sedikit, sebab anaknya Haikal tak biasa dengan suasana ramai-ramai. Dia cepat rimas dan meragam. Dan lagi satu kena biasakan anak ambil giliran dan kongsi barang. Biar dia tahu, bukan semua barang itu dia punya, dan bukan selama-lamanya barang yang dimiliki itu hak dia. Kena berkongsi dan bergilir.

Latih anak untuk mengikut arahan dan peraturan yang mudah. Seperti sila duduk, sila berdiri, sila kemas buku, diam, buka kasut dan sebagainya.

Latih anak untuk biasa mengikut jadual. Waktu bangun tidur, waktu makan, waktu mandi, waktu bermain dan segala bagai.

Selepas bermain kemas, selepas guna simpan. Selepas pinjam, pulangkan. Macam tu.

Kanan, kiri, atas, bawah, tepi, depan, sana, sini, situ, behenti.

Kecil, besar, panjang, pendek, laju, perlahan dan sebagainya.

Ini penting, jika ada apa-apa perkara yang berlaku senang atau mudah untuk anak-anak laporkan kepada guru-guru ataupun kepada kita sebagai ibu bapa.

Sekurang-kurangnya kenal ABC, 1 sampai 10, warna-warna asas. Huruf upper-case and lower-case.Lower-case lebih penting. Pastikan anak tahu bunyi huruf tersebut. Nombor sekurang-kurangnya 1-10. Bukan setakt kenal tapi kena tahu kira juga. Cikgu tadika juga mengharapkan kanak-kanak pandai kaitkan bentuk dengan warna dengan persekitaran sekelilingnya. Contoh green leaves, blue sky, red car – circle clock, square bread. So nanti senang cikgu nak bagi arahan.

Aktiviti fizikal ni macam main bola ke? Main di taman permainan ke? Main tanah liat ke?  Pastikan anak-anak kita tahu menitikberatkan keselamatan serba sedikit untuk meminimakan risiko kecederaan. Anak kena dilatih untuk bertoleransi untuk beri peluang serta giliran pada kawan-kawan lain juga.

Ini sebenarnya agak penting. Pegang pensil dan gunting adalah satu cara untuk menguji fine motor skill anak berfungsi dengan baik ataupun tidak. Fine/gross motor skill sangat berkait dengan dengan sistem saraf, di mana secara tak langsung berkait rapat dengan otak.

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro & satukaupilih.blogspot