KelabMama

BENGKEL PENYUSUAN PIGEON DAPAT SAMBUTAN & SOKONGAN IBU BAPA

Kegagalan memberikan penyusuan efektif menyebabkan bayi tidak dapat membesar dengan baik dan mungkin susu ibu pula yang dipersalahkan. Penyusuan tidak efektif dan ditambah pula dengan teknik yang tidak betul menyebabkan luka puting, bengkak susu dan sebagainya membuatkan sesetengah ibu serik untuk memberikan susu badan. Banyak kebaikan diperoleh oleh bayi yang diberikan susu ibu. Bayi akan mendapat semua zat makanan yang diperlukan, terhindar daripada jangkitan-jangkitan penyakit . Oleh itu, setiap ibu dan bapa yang bakal atau telah menimang cahaya mata perlu mempunyai cukup ilmu dalam meneruskan kaedah penyusuan susu ibu hinggalah anak berusia 2 tahun dengan berjaya.

Atas permintaan ramai peneraju jenama terkemuka produk penjagaan khas buat ibu dan bayi, Pigeon, telah menganjurkan bengkel penyusuan iaitu ‘The Successful Journey to Breastfeeding Workshop’ yang berlangsung pada 22 Julai lalu di Sunway Medical Centre. Pada kali ini, Pigeon menampilkan beberapa panel hebat, istimewa buat mereka yang mengambil bahagian dalam siri ini iaitu, Pengarah Urusan Pigeon Malaysia; Masaki Tago, Penasihat Penyusuan; Puan Salmiah Dato Haji Talib, Pakar Paedratric Dermatologist; Dr Leong Kin Fon dan Prenatal, Postpartum Yoga Trainer & Baby Massage Instructor; Natsuko Yamamoto.

Mengambil iktibar daripada sambutan hangat tahun lalu, siri bengkel tahun ini telah dirancang dan mempunyai sesi khusus bagi kedua-dua ibu bapa di setiap lokasi. Bengkel tahun ini mengkhususkan cara penyusuan dengan berjaya, juga merangkumi cara mengurut yang betul dan penjagaan kulit si manja.

Ini merupakan peluang terbaik ibu bapa untuk mempelajari teknik penjagaan bayi daripada pakar terunggul. Bagi mereka yang baru atau bakal bergelar ibu dan bapa, peluang sebegini tidak harus dilepaskan.  Dengan adanya bengkel sebegini, bukan sahaja memberi informatif dan berguna bagi para ibu bapa, tetapi juga seronok dan interaktif. Yang pentingnya, mereka akan pulang dengan pengetahuan yang dapat memberikan perubahan bermakna kepada bayi mereka melalui cara-cara urutan, penyusuan dan mandian yang betul.

Bengkel  seumpama ini juga turut diadakan di beberapa bandar  terpilih seluruh Malaysia bertujuan mendidik para ibu bapa bukan hanya kaedah penyusuan yang berjaya tetapi mengenai cara-cara mengurut bayi dan juga cara penjagaan kulit bayi oleh profesional penjagaan kesihatan bayi. Setiap bengkel  dimulakan dengan ceramah oleh wakil daripada Pigeon Malaysia, Pakar Pediatrik dan jurulatih yang berkelayakan. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.pigeon.com.my atau lawati facebook www.facebook.com/PigeonMy