KelabMama

Rawatan Bekam Sangat Bagus Untuk Buang Darah Kotor

Kaedah rawatan bekam, yang wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun, semakin diyakini terutama di negara-negara Islam sebagai kaedah perubatan yang dikatakan dapat membantu menyembuhkan penyakit terutama yang kronik.  Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit. Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya. Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik.

 

TOKSIN PUNCA PENYAKIT?

 

PUNCA TOKSIN

 

KELEBIHAN BERBEKAM

 

JENIS-JENIS BEKAM

 

WAKTU BERBEKAM

Pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa waktu.berbekam paling baik dilakukan ialah ketika pertengahan bulan kerana ketika itu, darah toksid berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit. Mereka yang berbekam dinasihati tidak mengambil makanan berat dalam tempoh dua hingga tiga jam sebelum berbekam atau lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

 

LARANGAN BEKAM

Terdapat beberapa patang larang bagi sesetengah orang untuk melakukan rawatan bekam kerana dikuatiri memudaratkan kesihatan. Mereka yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, mengalami masalah kulit serius, pengidap leukimia, pengidap diadetes yang serius serta mereka yang dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang adalah dilarang dari melakukan rawatan ini.

 

ANGGOTA BADAN YANG TIDAK BOLEH DIBEKAM

Antara anggota badan yang tidak boleh dibekam termasuklah mata, telinga, hidung, puting susu, alat kelamin, dubur, bahagian-bahagian badan yang dekat dengan pembuluh darah dan bahagian-bahagian badan yang terdapat tumor, retak tulang serta jaringan luka.

 

 

 

 

 

Sumber: Utusan