KelabMama

BEGUK MUDAH JANGKITI KANAK-KANAK

Rasa perit, tidak selesa, sakit ketika menelan air liur dan mengunyah, sakit di bahagian telinga dan leher serta ada kalanya menyebabkan sakit kepala akibat bengkak yang berlaku di belakang telinga sehingga ke dagu. Itu antara kesakitan yang terpaksa ditanggung pesakit yang dijangkiti beguk (mumps) yang disebabkan oleh kuman paramyxoviridae daripada virus genus rubula yang lazimnya menyerang di bahagian kelenjar air liur terutama kelenjar parotid. Biasanya beguk menyerang golongan dewasa, namun kanak-kanak juga tidak terlepas dari serangan virus tersebut akibat jangkitan daripada orang dewasa sama ada melalui sentuhan, batuk atau bersin mahupun percikan air liur penghidap.

Pun begitu, sejak vaksin diperkenalkan, kanak-kanak kurang berisiko dijangkiti beguk, namun kegagalan mereka mendapat suntikan ulangan vaksin pencegahan jangkitan itu menyebabkan mereka mudah dijangkiti virus berkenaan apabila meningkat usia. Beguk bukanlah satu virus yang berbahaya kepada mereka, namun memberi rasa tidak selesa kepada kanak-kanak terutamanya boleh menyebabkan selera makan mereka berkurangan. Ini kerana katanya, keadaan itu boleh berlaku apabila jangkitan virus berkenaan menyebabkan mereka sukar untuk mengunyah makanan akibat bengkak di bahagian leher dan telinga selain daripada sukar menelan makanan.

 

TANDA & GEJALA BEGUK

Antara tanda-tanda mereka telah diserang termasuklah sakit kepala, hilang selera makan, letih dan demam. Ibu bapa yang menyedari anak-anak mereka mempunyai tanda seperti ini perlu bawa anak mereka ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan segera selain perlu mengasingkan mereka agar virus itu tidak berjangkit dengan orang lain.

 

KOMPLIKASI AKIBAT BEGUK

 

RAWATAN

Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan:

 

 

 

 

Sumber: www.myhealth.gov.my