KelabMama

Ragam Bayi Tumbuh Gigi Pertama, Ini 8 Tips Untuk Mama Bantu Legakan Si Manja

Saat munculnya gigi pertama si manja tentu memberikan satu lagi cabaran baru buat Papa dan Mama. Masakan tidak, tatkala gigi mereka mulai tumbuh, pelbagai ragam dan senario sukar terpaksa dihadapi lantaran bayi anda ketika itu berada dalam fasa tidak selesa.

Merengek, menangis, demam dan pelbagai lagi kerenah muncul hinggakan ia berlarutan menjadi tabiat dalam tempoh berminggu-minggu lamanya. Ini belum sentuh cabaran kepada golongan breastfeeding mom yang mana ia tentunya dirasakan nightmare tatkala berdepan situasi genting ini.

Salah satu perkembangan bayi berlaku saat menjangkau usia enam bulan yang mana kebiasaannya gigi hadapan akan tumbuh terlebih dahulu tak kira sama ada di bahagian atas atau pun bawah. Dan untuk pengetahuan Mama, keadaannya lebih mencabar apabila fasa gigi geraham pula tumbuh kerana ketika ini bayi akan berasa lebih sakit di bahagian gusi yang mana Mama dan Papa perlu memberikan lebih tumpuan tatkala melayani ragam mereka.

Jika gigi pertama memberikan senario yang sedikit sukar, maka Mama Papa perlu lebih bersedia untuk kemunculan gigi geraham nanti kerana ia akan memberi cabaran dua kali lebih sukar daripada gigi pertama.

Jom ketahui lebih lanjut tanda-tanda si kecil bakal tumbuh gigi dan cara melegakannya hasil oleh perkongsian laman web Hello Doktor.

Tanda Bayi Tumbuh Gigi 

Cara Menenangkan Bayi Yang Baru Tumbuh Gigi

Terdapat beberapa kaedah yang boleh ibu bapa cuba untuk melegakan rasa tidak selesa pada gusi yang dialami si manja, seperti:

1. Mengurut gusi

Ini antara yang Mama Siti pernah praktikkan iaitu mengurut lembut gusi si kecil. Kaedah memberikan tekanan pada gusi boleh membantu mengurangkan kesakitan. Baringkan bayi dan urut gusi mereka perlahan-lahan dengan jari Mama. Pastikan jari Mama berada dalam keadaan bersih. Atau Mama boleh lapik jari dengan hanker-chief atau kain lampin bagi memudahkan urutan gusi.

Ia boleh membantu bayi berehat dan tertidur. Ulangi urutan pada gusi sekali lagi jika bayi terjaga pada waktu tengah malam. Letih? Ya, itu sudah semestinya Mama!

2. Kain lap sejuk

Dapatkan kain lap bersih dan rendam ke dalam air, kemudian perahkan sehingga kain menjadi lembap. Letakkan kain tersebut di dalam peti sejuk sama ada bahagian bawah atau sejuk beku.

Selepas ia agak sejuk, lipatkan kain lap dan berikan kepada si manja untuk dikunyah. Tetapi jangan biarkan bayi tanpa pengawasan ketika mereka sedang mengunyah sesuatu walaupun hanya kain lap kerana risiko tercekik tetap ada.

3. Sejukkan pacifier atau teether

Jika si manja menggunakan puting kosong, ia juga boleh membantu melegakan gusi mereka dengan menyejukkannya. Kesejukan boleh membantu meredakan kesakitan dan menimbulkan rasa kebas.

Langkah yang sama juga boleh dilakukan dengan mainan tumbuh gigi (teething toys). Tetapi elakkan mainan jenis cecair atau mengandungi gel kerana ia berkemungkinan tinggi untuk bocor.

Untuk kedua-dua alat di atas, pastikan Mama membersihkannya terlebih dahulu sebelum meletakkan ia di dalam peti sejuk.

4. Hasilkan popsicles

Sesetengah bayi mungkin tidak makan atau menyusu kerana ketidakselesaan yang dialami semasa tumbuh gigi.

Untuk mengatasi keadaan ini, cari bekas popsicle bebas BPA dan isikan dengan susu ibu atau susu formula. Bagi yang sudah mula makan, Mama juga boleh buat popsicles berasaskan buah-buahan.

5. Lapkan lelehan air liur

Mama juga disarankan untuk memakaikan bayi bib semasa mereka dalam fasa pertumbuhan gigi. Ini bagi mengelakkan pakaian mereka menjadi basah kerana lelehan air liur.

Pastikan juga Mama mengelap lelehan air liur pada wajah si kecil bagi menghindari daripada berlakunya kerengsaan dan ruam.

6. Sejukkan buah

Jika bayi sudah diperkenalkan dengan makanan pejal, apa kata Mama cuba bekukan beberapa jenis makanan untuk melegakan gusi yang merengsa itu.

Pisang yang dilenyekkan antara idea yang boleh dicuba dan masukkannya ke dalam mesh feeder untuk dihisap si manja. Antara buah lain yang boleh dicuba adalah strawberi, epal dan pir. 

7. Perhatian & pelukan

Ada kalanya, cara terbaik untuk membantu meredakan ketidakselesaan ini dengan hanya memperbanyakkan pelukan buat si manja. Cuba dukung bayi atau menggunakan carrier dan bawa mereka berjalan sekitar rumah.

Jika anda breastfeeding mom, berikan si manja masa penyusuan tambahan untuk memberikan keselesaan. 

Penting untuk memberikan bayi persekitaran yang tenang bagi membantu mereka berehat dan tidur. 

8. Ubat sakit

Sekiranya kaedah di atas tidak berkesan, mungkin Mama boleh mencuba langkah terakhir ini. Berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan ubat bagi meredakan kesakitan dan membantu bayi tidur.

Namun elakkan gel atau tablet yang mengandung lidocaine atau benzocaine. Ia boleh memudaratkan dan menyebabkan mulut bayi kebas sehingga menimbulkan masalah sukar menelan.


Untuk lebih informasi yang terkini serta perkongsian menarik daripada pakar-pakar di Malaysia, Mama boleh sertai Motherhood New Mom Privilege. Mama juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai baucar, welcome gift, cabutan bertuah bulanan, dan hadiah istimewa apabila anda mendaftar di New Mom Program yang dianjurkan Motherhood.com.my.


Dapatkan panduan dan info berkaitan dengan si manja di SINI.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.