KelabMama

Kerana Sering Tertidur Dengan Botol Susu,18 Batang Gigi Dicabut

Akibat selalu membiarkan anak tertidur dengan botol susu, seorang kanak-kanak di Thailand berusia 4 tahun hilang 18 dari 20 batang giginya pada 9 April lalu. Kisah ini telah dikongsi oleh seorang doktor pergigian di Klinik Smile Station, Phuket yang bernama Sathian Ken Suravisankul.

“Dia hanya boleh menggunakan dua batang gigi yang terletak di kedua-dua belah rahangnya buat masa ini. 

“Saya terfikir, macam mana dia nak makan,”


Sathian Ken Suravisankul

BERPUNCA DARI TERTIDUR DENGAN BOTOL SUSU

Punca gigi kanak-kanak itu rosak adalah disebabkan tabiatnya yang selalu tertidur dengan botol susu di mulut dan tak memberus gigi selepas minum susu. Tabiatnya sejak kecil itu telah membuatkan giginya rosak dan mulai membusuk.

“Jika sayangkan anak, beruslah gigi mereka setiap hari,”


Sathian Ken Suravisankul

Dia turut menasihatkan golongan ibubapa supaya menitikberatkan penjagaan gigi anak dan mendidik anak-anak untuk memberus gigi setiap hari. INI MAMA PERLU LAKUKAN APABILA SI KECIL TUMBUH GIGI

CARA MUDAH UNTUK ELAK GIGI ANAK ROSAK

#Berus atau lap gigi selepas minum susu

Mama kena pastikan lepas anak minum susu tu, giginya diberus atau dilap dengan kain basah untuk bersihkan gigi.

#Elak makanan manis waktu malam

Budak-budak dan makanan manis tak dapat nak dielakkan tapi mama boleh elakkan gigi anak mama rosak dengan tak memberi anak makan gula-gula atau coklat pada waktu malam.

#Beruskan gigi anak 6 tahun kebawah

Bagi anak yang berusia 6 tahun kebawah, mama atau papa kena beruskan gigi mereka. Sebab diusia begitu anak-anak masih tak tahu sama ada mereka berus dengan betul atau tak. Jika mama atau papa sendiri yang beruskan lebih mudah untuk monitor kebersihan gigi anak.

#Check gigi setiap 6 bulan

Jangan lupa bawa anak untuk pemeriksaan gigi setiap 6 bulan untuk pastikan gigi anak sentiasa bersih dan terjaga.

#Ajar anak minum susu guna cawan

Bila anak mama dah berusia 2 tahun, ajarlah mereka minum susu guna cawan untuk elak anak terus gunakan botol susu.

Sumber : The Reporter

Pesan Mama Siti

Penjagaan gigi anak ni sebenarnya bermula sejak bayi lagi terutamanya bila dah tumbuh gigi. Seeloknya bersihkan gigi anak 2x sehari. Kalau kita dah biasa mulakan dari awal dengan rutin membersihkan gigi boleh mengelakkan masalah gigi pada masa akan datang. Gigi sihat, si manja ceria, mama pun senang hati. Tak gitu?