KelabMama

BAYI PEGANG BOTOL SENDIRI SEMASA MENYUSU MENGUNDANG BAHAYA

Mama Siti perasan ada segelintir mama dan papa yang biarkan anak kecil menyusu sendiri walaupun dah pandai pegang botol. Dalam hati Mama Siti terdetik tak takutkah jika anak mereka tersedak susu tanpa mereka sedar? Apa akan jadi kalau si anak tersedak susu? Sama-samalah kita fikirkan..

TAKE NOTE YE MAMA & PAPA!

Anak mama mungkin dah pandai pegang botol seawal beberapa bulan tapi ada banyak kemungkinan boleh berlaku sekiranya tak dipantau oleh mama dan papa. Jangan bila dah terhantuk baru nak terngadah.

#Jangan biarkan bayi menyusu sendiri tanpa pengawasan

Please please please ye mama. Jangan biarkan bayi mama menyusu sendiri walaupun dia dah pandai pegang botol. Cara ini tak selamat untuk bayi terutamanya tanpa pantauan daripada mama dan papa. Apatah lagi kalau membiarkan bayi mama tertidur sambil menghisap botol. Susu yang terus mengalir tu akan buatkan anak mama tersedak.

#Sebab tersedak susu

Bayi mama berisiko tinggi tersedak susu jika tak diawasi. Tersedak susu ini akan berlaku bila susu yang dimuntahkan bayi ditelan semula dan termasuk ke saluran pernafasan sehingga buatkan bayi mama tersedak. Bayi mama boleh lemas sebab susu dah masuk ke dalam paru-paru dan berlakunya infection!

#Jangan buai bayi semasa minum susu

Tak perlu buai, mama cuma perlu tepuk-tepuk lembut je badan bayi semasa dia menyusu. Paling penting sendawakan bayi mama setiap kali selepas minum susu.

#’Extra’ pantau sekiranya bayi mama selsema dan batuk

Ni mama/ papa kena take note ye! Kena extra carefull bila anak tengah batuk dan selsema sebab keadaan ini akan menyukarkan anak mama untuk telan susu dengan baik. Ini juga boleh menyumbang kepada berlakunya kejadian tersedak susu.

#Pastikan posisi menyusu anak betul

Jangan bagi anak menyusu secara terlentang ye! Posisi yang betul adalah dengan baringkan dengan kepala condong 45 darjah dan condongkan juga botol susu supaya susu penuh pada bahagian depan botol bagi mengelakkan bayi tertelan angin lebih banyak berbanding susu. Kalau posisi menyusu betul dapat elakkan bayi mama muntah semasa tidur.

#Jarang berlaku kalau susu badan

Tersedak susu ni memang jarang berlaku kalau bayi mama menyusu badan. Tapi menyusu badan pun ada caranya ye. Bukan asal sumbat je. Aliran susu yang terlalu laju pun boleh buatkan anak mama tak dapat nak kawal pernafasannya.

#Pilihlah botol susu & puting yang betul

Setiap bayi berbeza pilihan botolnya. Pemilihan botol dan puting yang sesuai membantu bayi mama menyusu dengan baik. Kena makesure lubang puting tak terlalu besar supaya aliran susu tak terlalu laju ye.

KALAU BAYI TERSEDAK SUSU MACAM MANA?

Jangan panik! Ini pentingnya mama dan papa tahu cara untuk cegah bayi dari tersedak susu. Tanda-tanda bayi mama tersedak susu ialah badan bayi jadi sejuk, muka jadi biru, nafas tercungap-cungap atau terhenti.

Apa yang mama / papaperlu lakukan adalah cepat-cepat pangku bayi di lengan dengankepalanya menghala ke bawah. Tepuk di antara tulang belikat dengankekuatan sederhana (jangan kuat-kuat pula) sampai apa yang buatkan anak mama tersedak tu keluar.

Kalau bayi mama tak sedar atau diam je, mama buat CPR (kalau tahu caranya) atau terus bawa anak mama ke hospital untuk rawatan. Jangan pandai-pandai nak buat apa-apa kalau tak berpengalaman ye mama.

Mama Siti harap perkongsian ni dapat buka mata segelintir mama/papa yang suka biarkan anak menyusu sendiri tanpa pantauan. Lagi sekali Mama Siti tekankan, ianya bahaya ye. Sila lah pantau dan awasi anak ketika dia sedang menyusu atau lebih bagus sekiranya mama sendiri yang menyusukannya. Semoga bermanfaat!