KelabMama

Bayi Maut Selepas Terdedah Kepada Cecair Vape

Baru-baru ini, seorang bayi di Australia telah maut akibat terdedah kepada nikotin cecair yang terdapat dalam vape. Menurut The Herald Sun, walaupun pihak Koroner tidak mahu mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai kejadian itu, mereka telah mengesahkan punca kematian bayi berkenaan dalam kejadian pada Rabu lalu, di Victoria, Australia.

Dengan Hanya 1ml Mampu Membunuh Bayi

Nikotin yang ada dalam cecair Vape membahayakan nyawa pengguna dan orang sekeliling. 

Tahukah Mama, dengan hanya satu mililiter (1ml) cecair nikotin dapat membunuh seorang bayi jika cecairnya itu ditelan, terpercik mahupun dihidu oleh bayi tersebut. Berdasarkan data yang diperloleh daripada Pusat Informasi Racun, terdapat 70 kes keracunan akibat e-rokok dilaporkan berlaku pada tahun 2016. Jumlah ini turut dikatakan telah meningkat dua kali ganda berbanding data pada tahun sebelumnya.

Australia Mengharamkan Vape 

Walaupun cecair vape ini telah diharamkan di seluruh Australia, namun pengguna masih boleh dibeli oleh portal luar negara secara atas talian.

Difahamkan diantara tahun 2009 dan 2016, daripada kesemua 202 kes keracunan vape yang dilaporkan berlaku di Australia, 76 daripadanya melibatkan kanak-kanak dan 62 orang bayi. Justeru, peningkatan kadar keracunan e-rokok terhadap bayi dan kanak-kanak telah membuatkan Pengarah Quit Victoria, Dr Sarah White memandang serius masalah ini. Ujar beliau, 

Ketepikan sebarang perbincangan atau perbalahan mengenai berhenti merokok atau pengurangan bahaya, apa yang kita perlukan adalah panduan keselamatan asas mengenai penggunaan cecair ini, 

Dr Sarah White, Pengarah Quit Victoria. 

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Australia turut menyatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih belum mengesahkan bukti yang menyokong keselamatan penggunaan cecair nikotin tersebut.

Peningkatan penggunaan e-rokok  yang turut digunakan secara meluas diperingkat antarabangsa, turut menyebabkan peningkatan kes keracunan nikotin yang disebabkan oleh pendedahan atau pencernaan e-cecair. Kesan kepada pendedahan ini termasuklah radang pada mata dan kulit, loya dan muntah-muntah, serta penyakit yang mengancam nyawa, dan dalam beberapa kes, hingga membawa maut. 

Anne Kelse, CEO Majlis Penyelidikan Perubatan dan Kesihatan Kebangsaan. 

Vape Bernikotin di Malaysia

Di Malaysia pula, vape yang mengandungi nikotin telah dimasukkan dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan bermula 1 Januari 2019 yang lalu. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, 

Peraturan itu jelas jika mempunyai nikotin akan tertakluk (pada larangan itu) dengan kata lain apabila kita buat penguatkuasaan kita akan lihat sama ada vape atau shisha itu mempunyai kandungan nikotin atau tidak.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Menurut beliau lagi, larangan merokok di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 membabitkan rokok dan semua hasil tembakau yang mempunyai nikotin termasuk shisha dan vape.

Jadi, untuk Mama yang mempunyai suami atau saudara/rakan lelaki yang masih menggunakan vape, mohon larang mereka daripada mendekati anak-anak kita. Lagi baik kalau mereka berhenti daripada menghisap rokok dan/atau vape. Untuk kesihatan diri sendiri dan mereka yang disayangi.

Bestnya Baby Warehouse SALE dengan tawaran menarik dari Motherhood.com.my dan JOM join NewMama bersama KelabMama hari ini!