KelabMama

Apa Mama Perlu Lakukan Jika Bayi Lelaki dilahirkan Tanpa Buah Zakar?

KelabMama ingin kongsikan satu ilmu baru dengan Mama. Artikel ini diolah daripada perkongsian Dr Abdul Rahim Nor di laman Facebook beliau. Beliau kongsikan fakta menarik tentang zakar atau bebird anak lelaki yang mungkin masih tidak ramai ibu bapa tahu.

1. Kenapa sesetengah bayi lelaki dilahirkan 1 atau 2 buah zakar?

Ada juga bayi lelaki dilahirkan TIADA langsung buah zakarnya! Normal ke tidak sebenarnya? Untuk jawab persoalan ini, Dr Abdul Rahim menyatakan,

Sejak dari dalam kandungan ibu lagi (beberapa bulan terakhir kehamilan) kedua-dua buah zakar janin lelaki yang pada asalnya berada dalam kawasan perut, akan bergerak dengan sendirinya dari perut ke skrotum, kantung kulit zakar. Dengan itu, barulah bebird janin lelaki anda akan terbentuk, lalu menjadi HERO!

2. Kadang-kadang, satu atau kedua-dua buah zakar TIDAK turun ke skrotum.

Mama jangan terkejut kalau buah zakar janin lelaki anda tidak turun ke skrotum. Perkara ini dipanggil ‘Undecended Testis’ atau dalam bahasa pasarnya, buah zakar yang degil untuk turun. Ianya boleh berlaku pada mana-mana bayi lelaki, terutamanya:

  1. Kelahiran awal daripada tarikh jangkaan.
  2. Ada sejarah keluarga yang ada ‘undecended testis’.
  3. Bayi lahir tidak cukup berat.
  4. Faktor hormon dan saraf.
  5. Ibu mempunyai kencing manis, merokok dan minum minuman alkohol.

Doktor Abdul Rahim turut menyarankan ibu bapa untuk periksa kantung zakar bayi lelaki anda. Jika anda tidak dapat merasai dengan sendiri buah zakar anak annda itu, pastu buah zakarnya tersangkut dilaluan dari perutnya melalui ‘Inguinal Canal’ ke skrotum. Skrotum yang tiada buah zakar, akan menyebabkan zakar bayi lelaki anda kecut dan kosong.

  1. Jika satu buah zakar tidak turun, maka anak lelaki Mama hanya ada 1 buah zakar sahaja dalam skrotum.
  2. Jika kedua-dua buah zakar tidak turun, maka TIADA buah zakar langsung dalam skrotum anak lelaki Mama. Hal ini akan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat pada bayi anda!
  3. Skrotum yang normal ialah mempunyai dua buah zakar dalam kedua-dua skrotum bayi lelaki.

3. Rawatan jika perkara ini berlaku:

Secara normalnya, ‘Undecended Testis’ akan turun dengan sendiri dalam kantung skrotumnya, dengan izin Allah. Ini akan berlaku ketika bayi berumur 6 bulan hingga 1 tahun.

Namun, jika hal itu tidak berlaku, pembedahan harus dilakukan, sebelum bayi Mama berumur 1tahun 6 bulan. Lagi cepat pembedahan, lebih cepat prognosisnya kerana urat air maninya masih lembut.

4. Kenapa Perlu Pembedahan Awal?

  1. Untuk mengelakkan masalah kesuburan.

Sperma perlukan suhu yang sedikit lebih sejuk daripada suhu badan kita untuk proses air mani dalam testis. Kalau buah zakar masih berada di dalam tubuh badan, buah zakar tersebut bagaikan direbus oleh suhu badan yang panas. Lalu saiznya akan mengecil daripada saiz normal dan tidak berfungsi. Boleh mandul tau si lelaki kalau buah zakar tidak turun ke skrotum!

2. Risiko terbentuk Hernia atau pasang surut.

Hernia atau angin pasang surut merupakan keadaan di mana sebahagian daripada usus kecil dari perut bayi, masuk ke skrotumnya. Penyakit ini boleh menyerang kerana terdapat bahagian khusus dalam rongga perut yang mengawal fungsi alat kelamin.

3. Risiko kecederaan pada testis dalam perut.

Undecended Testis atau dalam bahasa saintifiknya ‘Orcryptorchidism’ berlaku dalam 2-5% bayi lelaki yang dilahirkan. Lelaki yang mempunyai Undecended Testis juga berisiko dari 5-10% untuk mendapat kanser testis.

Dr Abdul Rahim menyarankan Mama dan Papa yang mempunyai atau bakal menyambut bayi lelaki untuk periksa bahagian kemaluan bayi anda. Dapatkan nasihat dan rawatan pakar dengan segera jika bahagian kemaluan bayi anda kelihatan tidak normal.