KelabMama

BAYI 2 BULAN DIDIAGNOS KANSER NEUROBLASTOMA SEJAK BERUSIA 25 HARI

Sayu hati baca kisah adik ini. Bayi yang diberi nama Muhammad Azzam Fahmy, anak kepada Puan Nur Faizatun Nadirah telah didiagnos mengalami kanser yang jarang berlaku, iaitu Kanserr Neuroblastoma.

Pesakit Kanser termuda.

Baru berusia 2 bulan,si comel Azzam merupakan pesakit kanser termuda. Didiagnos pada usia 25 hari, kesnya dianggap kes yang jarang berlaku, di mana ketumbuhan bemula sejak dia berada dalam kandungan ibu.

Adik Fahmy dilahirkan pada 13 Oktober lalu telah pun melalui beberapa siri pembedahan. Antaranya ialah, pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut, membuat stoma pada perut (untuk memudahkannya membuang air besar) dan juga telah menjalani 6 cycle kimoterapi.

Ikuti kisah perjalanan adik comel ini yang dikongsikan ibunya, Nur Faizatun Nadirah. Siapa sangka si kecil ini mempunyai ketumbuhan yang cukup agresif dan berbahaya di dalam perut. Namun, dia tetap kuat melalui rawatan demi rawatan serta pembedahan.

Pembedahan pertama pada usia 9 hari. 

Ketumbuhan sebesar tapak tangan dewasa.

Ketumbuhan yang dibuang dari dalam perut bayi ini ialah sebesar 7 x 8cm, saiznya adalah sebesar tapak tangan orang dewasa. 

Pembedahan kedua untuk Stoma

NEUROBLASTOMA IALAH KANSER AGRESIF 

Pakar memberitahu kes Fahmy sebagai ‘rare case’ kerana belum ada lagi ketumbuhan sejak dari dalam kandungan. Ia selalunya dikesan apabila usia memasuki peringkat kanak-kanak. Fahmy pesakit termuda bagi kanser neuroblastoma.

Hasil Bone Marrow Aspiration mendapati kanser merebak ke lapisan kedua tulang. Ujian ini akan diulang selepas Fahmy tamat 6 cycle kimoterapi nanti. 

Rambut Fahmy mula gugur pada hari keempat kimoterapi. 

Stoma pada perut Fahmy perlu dibersihkan setiap 2 jam sekali bagi mengelakkan jangkitan kuman. Ia akan digunakan sehingga Fahmy selesai rawatan. Menurut Nur Faizatun, ia adalah rutin yang paling kerap dilakukannya dan memerlukan potongan daripada lampin pakai buang bagi melapik stoma ini. 

Bagi meringankan beban keluarga ini, anda boleh membuat sumbangan ke akaun berikut:

KelabMama turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan adik Fahmy. Awak sangat kuat adik, inshaAllah semoga semuanya dipermudahkan.