KelabMama

BAYI HAMPIR DIGILIS KERETA API KERANA TERLEPAS DAKAPAN IBU

Malang tak berbau. Seorang bayi perempuan terselamat daripada digilis kereta api selepas terjatuh di ruang antara landasan dan platform sebuah stesen kereta api di Uttar Pradesh.

Insiden yang sempat dirakam orang ramai itu menunjukkan kereta api meluncur laju di landasan di mana bayi perempuan berusia setahun itu terjatuh. Mujur ketika bayi itu terjatuh daripada dakapan ibunya, dia tersekat di antara rel dan platform yang membuatkan dia terselamat daripada digilis kereta api berkenaan. 

Sebaik sahaja kereta api itu pergi, seorang lelaki dilihat dengan pantas mengangkat bayi tersebut yang sedang menangis dan diberikan kepada keluarganya di atas platform.

Bayi tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.