KelabMama

BAYI BARU LAHIR CACAT TELINGA AKIBAT IBU GUNA PRODUK KECANTIKAN BERTOKSIK 2 TAHUN SEBELUM HAMIL

Luluh hati bila bayi baru lahir mengalami cacat telinga. Bukan tak boleh nak terima takdir Ilahi tapi sedih kerana disebabkan kesilapan ibu yang menggunakan produk kecantikan bertoksik 2 tahun sebelum hamil.

Pelbagai kesan buruk produk kecantikan bertoksik sudah didedahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), disebarkan di merata media sosial namun masih ada lagi yang percaya dan sanggup menggunakannya.

Perkongsian oleh laman facebook Public Health Malaysia ini diharap dapat membuka mata ramai wanita yang terlalu obses dengan produk kecantikan tidak diiktiraf kerana ia mungkin berisiko menyebabkan bayi yang anda kandung mengalami kecacatan!


Ini adalah punca produk Acnotin tidak boleh dijual secara online!

Seorang bayi yang baru dilahirkan dirujuk kepada pasukan pakar kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan lanjut berhubung kecacatan telinga.

Cuping telinga kanan bayi tersebut terlalu kecil dan lubang telinganya doleh dilihat dengan jelas. Manakala telinga kiri hanya ada sedikit daging yang tergantung dan tidak mempunyai lubang telinga.

Selain kecacatan telinga, kecacatan lain yang boleh berlaku adalah;

Oleh kerana risiko Teratogenik iaitu kecacatan pada bayi, ubat yang mengandungi bahan aktif Isotrenionin perlu dikawal dengan ketat dan wajib mendapat pemerhatian doktor sebelum dan semasa digunakan.

TERKINI, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum tentang penjualan produk Acnotin yang dijual secara dalam talian sama ada melalui media sosial.

Tanpa mendapat rujukan doktor dan tahu mengenai risiko TERATOGENIK kepada bayi, penjual BERANI menjual produk ubat terkawal ini secara online dengan berleluasa. Bagi meyakinkan pelanggan, testimoni digunakan untuk membuktikan keberkesanan produk.


Fast fact:


Apakah tindakan KKM?

KKM telah menubuhkan satu ‘task force’ yang berfungsi untuk melakukan ‘Internet – activity analysis’ termasuk memantau dan menyiasat mana-mana aktiviti penjualan produk farmaseuktikal secara dalam talian termasuklah Acnotin.

Sehingga kini, sebanyak 50 laman sesawang dan media sosial berkaitan penjualan produk Acnotin telah disaring, dipantau dan diambil tindakan di seluruh Malaysia seperti sekatan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Kesedaran Pengguna

Kegilaan wanita terhadap kecantikan sememangnya luar biasa. Sebelum ini, banyak perkongsian mengenai produk yang mengandungi merkuri yang sememangnya di ketahui menjejaskan buah pinggang dan memberi kesan kepada perkembangan otak anak-anak.

Informasi kami kongsikan, terserah kepada kebijaksanaan anda untuk membuat pilihan menjauhi apa jua produk untuk kecantikan bertoksik.


Aduan & Pertanyaan