KelabMama

Bawa Bekal Makanan Bayi Ketika Travel. Ini Tips Mudah Untuk Mama!

Pasti ramai yang akan pulang ke kampung sempena Hari Raya AidilAdha ahad nanti. Mama pun mulalah fikir macam mana nak packing barang makan anak kan? Terutamanya anak yang masih makan makanan blend dan sebagainya. Mesti penuh kereta dengan barang anak je ni, fuh!

Itu kalau naik kereta, kalau travel ke luar negara macam mana pula kan. Jangan risau, Mama Siti akan kongsikan pengalaman dan tips bawa bekal makanan bayi yang telah dikongsi oleh ‎Jefery Sharu‎ di facebook Happy Baby Food Malaysia.

Semoga perkongsian ini dapat membantu memudahkan mama untuk menyediakan bekal makanan untuk si manja nanti!

Tips Mudah Bawa Bekal Makanan Bayi Untuk Travel

Hello mommies

..Hari ni sy nak share experience & travel tips sy ye..Kami pergi tour ke Hatyai Thailand…3Days 2Nights.off hari khamis 13/6 malam.checkout sunday 16/6.so just nak share Travel food journey of Jayden.sebab 1st time travel jauh lps dia start solids..masa dia 3months old pernah ke Hatyai jugak since masa tu Fully Bf masa dlm bus df je.masa dlm hotel Pump simpan stok.Kali ni bukan trip yg pre planned ye.sudden plan yet still managed to give him real food NO Cheat days .FF sy buat crispy toast je sbb x sempat bake biskut. Both days masa kat hotel porridge je.senang masak senang simpan.masa kat luar sy beli sliced fruits.

#1 Sediakan senarai menu

Pre planned…so x da la rushing masa travel nanti.

#2 Sediakan senarai peralatan yang diperlukan

Barang yg sy bawa utk “kitchen” saya .. universal adaptor tu MESTI kena bawa ye sbb Thailand plug x sama mcm kita.senang kalau nak charge hp jugak. Barang yg perlu nak bawa pun sy go tru kat group je..Admin ada share.

#3 Bungkus makanan ikut portion

Bila dah tahu nak masak apa, bolehlah pek kan siap-siap bahan mentah mengikut portion setiap meal. Cara ni lebih mudah untuk mama masak ikut kuantiti yang dah ditetapkan setiap hari.

Menu (Hari Pertama)

Friday lepas checkin terus prepare nak rebus spiral pasta. Rebus..masa rebus sprinkle mixed herbs.simpan dlm bekas then masa suap sy pour full cream milk je..simple n sedap. tengok packing mixed herb tu… husband kata nasib baik awk dah label..takut nak tengo… jangan2 tercicir kat kastam habis 1 fly. .

Menu (Hari Kedua)

Breakfast:Oats with milk
Lunch&dinner:Porridge.(portion utk dinner tu sy simpan dlm fridge hotel.lps balik hotel reheat n suap)

Menu (Hari Ketiga)

Bangun awal siapkan porridge dulu sbb kena checkout. Breakfast oats.lunch n dinner porridge. Tapi portion dinner tu sy letak dlm thermos.suap masa evening stop kat RnR.takut basi.

#4 Finger Food

Khamis pagi bangun awal buat crispy toast as FF .really was helpfull sbb masa kita nak makan bg dia pegang 1.duduk diam sbb dia pun ada something nak makan& tak da la orang rasa sian baby x makan…

Resepi Crispy Toast

– Guna roti Gardenia wholemeal.

– Potong panjang-panjang, lepas tu susun dalam tray.

– Bakar selama 20-30 minit guna api atas bawah. Suhu oven saya 170 darjah.

– Bila keluar nanti dia akan jadi macam biskut rangup. Kalau masih lembut, teruskan bakar selama beberapa minit lagi sebab kadang-kadang oven ni lain-lain settingnya.

– Boleh buat guna roti kosong atau sapukan dengan unsalted butter kalau nak lagi sedap.

– Boleh juga buat macam garlic bread. Ikutlah baby suka macam mana.

Nota : Simpan dalam bekas kedap udara, boleh tahan selama seminggu lebih.

#5 Masak di Hotel

Gunarice cooker kecil atau lagi senang bawa multicooker untuk mudah buat bubur bila di kat hotel. Mudah juga nak simpan.

Mini kitchen in da hotel…

Sumber : Jefery Sharu , SirapLimau

BACA JUGA KELENGKAPAN BAYI YANG WAJIB DIBAWA SEMASA TRAVEL BERSAMA SI KECIL. NO 5 SANGAT PENTING!

Pesan Mama Siti

Apa yang penting, si manja tetap diberi makanan yang sihat dan bersih walaupun masa travel. Nampak macam banyak benda nak kena angkut tapi berbaloi kerana sudah pasti hidangan yang kita sediakan dijamin sihat walaupun hanya bubur atau roti bakar 🙂