KelabMama

Senarai Barang Penting untuk Sekolah Anak-anak Yang Mak Ayah Harus Sediakan

Aduh, banyak betul habis belanja untuk persekolahan anak-anak. Lagi-lagi untuk anak-anak yang baru pertama kali masuk ke alam persekolahan atau bertukar tahap tahun di sekolah – mesti banyak keluar duit bukan?

Mama Papa rasa berbaloi ke? Kalau Mama dan Papa ada berfikir seperti ini, ingatlah pergorbanan ibu bapa itu sangat mulia untuk anak-anak. Tanggungjawab menjaga dan menyediakan anak dengan ilmu yang baik adalah amanah untuk ibu bapa laksanakan.

Walaupun hakikatnya ia mungkin bukanlah satu kesenangan buat semua, namun, ada beberapa perkara yang basic yang mak ayah harus sediakan dan keluarkan belanja untuk persekolahan mereka.

Berikut merupakan senarai barang sekolah yang penting untuk Mama dan Papa sediakan apabila anak-anak akan ke sekolah, tak kira sama ada baru sahaja melangkah ke alam persekolahan atau tahun baru sekolah.

Kepentingan Barang-barang Sekolah

Apabila anak-anak mempunyai apa yang mereka perlukan untuk sekolah, ia akan menjadikan pengalaman itu lebih positif. Daripada hanya sekadar tugas seorang anak atau sesuatu yang dipaksa, sekolah kini menjadi matlamat atau sesuatu yang dinanti-nantikan oleh mereka.

Ia juga adalah motivasi untuk kanak-kanak. Apabila anak-anak mempunyai semua keperluan belajar yang sesuai untuk mereka, ia akan menaikkan semangat mereka untuk ke sekolah. Malah, ia juga mungkin menjadi salah satu faktor utama yang menyebabkan mereka berjaya dalam apa sahaja yang mereka buat dalam hidup mereka.

Senarai Barang Sekolah Yang Patut Ada

Di sini Mama Siti nak senaraikan barangan sekolah yang perlu disediakan untuk anak-anak Mama! Tapi, nanti dulu. Mungkin senarai ini agak penjang dan berlebihan. Jadi, Mama fokuskan pada yang asas dan terpaling penting dahulu ya.

Set Pakaian Sekolah Yang Lengkap

Kredit gambar: Shutterstock

Dengan memiliki pakaian yang lengkap ke sekolah, anak-anak akan rasa lebih bersedia untuk menimba ilmu bersama guru dan rakan-rakan. Rujuk senarai di bawah untuk dapatkan pakaian lengkap ke sekolah.

Pastikan Mama ikut warna dan gaya pemaikaian baju sekolah yang telah disyaratkan oleh sekolah mereka tau. Jangan main beli je.

  1. Baju Uniform Putih
  2. Kain/Seluar (biru gelap)
  3. Stokin
  4. Kasut sekolah
  5. Tudung/Songkok
  6. Anak tudung
  7. Baju sukan/T-shirt putih (PJK)
  8. Seluar sukan
  9. Sapu tangan
  10. Lencana sekolah
  11. Name tag
  12. Tali leher
  13. Singlet/baju dalam
  14. Baju sekolah agama
  15. Kapur kasut (putih)/kiwi kasut (hitam)

Alat-alat Tulis dan Alat Kelengkapan Lain

Kredit gambar: Shutterstock

Jika tidak mempunyai alatan menulis dan buku-buku yang sewajarnya, macam mana nak belajar kan? Penting sangat dalam pembelajaran untuk anak-anak memiliki alat tulis dan buku-buku untuk membantu mereka ingat balik apa yang mereka belajar, buat kerja sekolah dan macam-macam lagi.

  1. Beg sekolah
  2. Pensel 2B
  3. Pemadam
  4. Pembaris
  5. Pengasah pensel
  6. Gam
  7. Gunting
  8. Pensel warna
  9. Bekas pensel
  10. Pembalut buku teks
  11. Pembalut buku latihan
  12. Krayon
  13. Warna air
  14. Kertas lukisan
  15. Berus lukisan
  16. Fail
  17. Botol air
  18. Bekas makanan
  19. Hand sanitizer
  20. Face mask
  21. Face mask extender
  22. Tisu

Barang Sekolah Tambahan

Kredit gambar: Shutterstock

Barang-barang ini adalah untuk apabila guru tekankan ianya diperlukan untuk diguna di dalam kelas.

  1. Buku nota
  2. Pensel mekanikal/ubat pensel
  3. Pen
  4. Set geometri
  5. Kalkulator
  6. Stapler
  7. Puncher
  8. Pita Lekat
  9. Baju hujan
  10. Jam tangan

“Jangan pertikaikan Mama. InshaAllah berbaloi semua wang belanja yang dikeluarkan untuk barang sekolah anak-anak nanti.”

Untuk anak berjaya dunia dan akhirat, kita jangan lokek dengan keperluan mereka untuk ke sekolah. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai alat persekolahan sendiri boleh meningkatkan gred, kreativiti, sikap terhadap pembelajaran, tingkah laku, perhubungan rakan sebaya dan juga imej mereka sendiri.

Pendidikan juga adalah langkah pertama untuk mengatasi kemiskinan. Satu pek pensel dan kertas boleh menjadi ‘pintu masuk’ ke tahun yang cerah! Semestinya, dengan menyediakan alat kelengkapan pembelajaran mereka ini, dapat membantu mereka berjaya dan menjadi seorang manusia yang berguna.


Dapatkan lebih banyak artikel tentang persekolahan di SINI!