KelabMama

Top 5 Barang Yang Mama Harus Dapatkan di MYDIN Kids & Baby Fair

Panaskan enjin kereta, sediakan WANG TUNAI & KAD (DEBIT atau KREDIT), AYUH KITA!

Acara yang paling dinantikan oleh semua ibu bapa kini bermula – MYDIN KIDS & BABY FAIR! 

Psst…ya semua capslock di atas harus ada ya. 

Tetapi, nanti dulu Mama! Sebelum Mama melihat katalog MYDIN Kids & Baby Fair atau terus ke pasar raya besar MYDIN yang terdekat, Mama Siti ingin kongsikan beberapa info dan promosi menarik dan juga satu kejutan istimewa buat anda di akhir artikel ini – tapi jangan pula Mama terus skrol sehingga ke penghujungnya kerana anda pasti tidak sukakan ‘spoiler’ bukan? 

Okay Mama. Tarik nafas dalam-dalam, patah-patahkan ‘knuckles’ anda dan bersedia untuk mencatat barang yang anda MESTI beli sepanjang MYDIN Kids & Baby Fair berlangsung SEKARANG sehingga Ahad, 7 Mac 2021

Susu Formula

Kalau anda tidak ‘survey’ sekurang-kurangnya satu tin susu formula, Mama rasa betul ke Mama sedang membeli-belah di sebuah baby fair? 

Masa inilah kebanyakan ibu bapa menambah stok kerana harga promosi yang sangat menjimatkan. Mama Siti ingin ‘menghasut’ Mama untuk membeli susu formula dengan tawaran terbaik di MYDIN Kids & Baby Fair – dan salah satunya adalah susu Pediasure OHT 1.6KG. 

Dengan sukrosa 0% (sejenis gula), susu ini diformulasikan untuk memberi nutrisi seimbang kepada anak anda. Ia juga terbukti secara saintifik untuk menggalakkan pertumbuhan anak-anak. 

Dengan hanya RM158.99 satu tin, Mama juga berpeluang untuk mendapatkan Comfort Luxury Softener 800 ml PERCUMA dengan setiap pembelian.

Lampin

Mama pernah tak berada dalam dilema – di mana Mama tidak mahu membeli lampin yang mahal, tetapi Mama juga tidak mahu mendapatkan lampin yang kualitinya biasa sahaja kerana ia boleh menyebabkan kebocoran atau lebih teruk lagi, ruam lampin pada si manja? 

Kalau Mama membeli lampin daripada jenama terkenal seperti Huggies, Mama tak perlu risau lagi. 

Huggies Dry Pants dilengkapi dengan teknologi yang memastikan punggung anak anda kekal kering sepanjang malam. Lampin ini juga dihasilkan dengan ‘leak guard’ untuk mengelakkan sebarang kebocoran.

Gunakan peluang Baby Fair ini untuk mendapatkan Huggies Dry Pants Super Jumbo Pack pada harga RM28.99 sahaja! Terdapat pelbagai saiz yang ditawarkan – saiz M (60 keping) hingga saiz XXL (32 keping). Mama juga berpeluang unutk mendapatkan 1 pek Huggies Baby Wipes (20 keping) secara PERCUMA (ya, betul Mama!) dengan setiap pembelian lampin ini. 

Pakaian Bayi & Kanak-kanak

Sesetengah ibu bapa sangat suka menggayakan anak-anak mereka – dan apakah yang lebih baik daripada memakaikan mereka dengan pakaian yang ‘trendy’ musim ini! 

Daripada baju untuk bayi baru lahir sehingga kanak-kanak, Mama boleh mendapatkan pelbagai pakaian untuk anak-anak di MYDIN Kids & Baby Fair ini.

Mama boleh menambah stok rompers, legging dengan motif bunga-bungaan kanak-kanak, stoking untuk kanak-kanak, seluar jeans dan pakaian dalam untuk anak yang lebih besar – dan semuanya berharga antara RM8 hingga RM30 sahaja. 

Fikirkan promosi ini sahaja sudah membuatkan anda teruja bukan? 

Car Seat & Stroller 

Mama sedang mencari car seat bayi atau stroller untuk anak anda? 

CHUP! Nanti dulu! 

Jangan ke mana-mana sehingga Mama mendapatkannya di MYDIN Kids & Baby Fair. 

Sekiranya Mama sedang ‘survey’ dan mencari car seat, Mama harus mempertimbangkan usia, berat badan, tinggi dan juga ukuran car seat tersebut sebelum membelinya untuk anak Mama. Apabila Mama mempunyai maklumat-maklumat ini, Mama boleh dapatkan car seat yang sesuai buat si manja di baby fair ini dengan harga serendah RM200 sahaja! 

Bila dah tiba di destinasi, Mama harus ‘unbuckle’ anak anda daripada car seat tersebut dan letakkannya dia dalam stroller bukan?

Sekali lagi, usah risau Mama – MYDIN kan ada. Mama boleh memilih ‘umbrella stroller’ yang ringan pada harga serendah RM99.90 yang didatangi dalam warna kelabu, merah, biru, dan hitam. 

Selain itu, Mama juga boleh mendapatkan stroller untuk si kembar, atau stroller yang lebih besar dan utuh dengan harga bermula dari RM130 hingga RM200. 

Makanan untuk Bayi & Kanak-kanak (Yum Yum)!

Anak Mama berumur 6 bulan dan sudah bersedia untuk memakan makanan pejal bayi? Kalau ya, Mama Siti ingin memperkenalkan CERELAC untuk Mama; bijirin untuk si kecil yang kaya dengan nutrisi penting tanpa gula tambahan. 

Didatangi dari pelbagai perisa mengikut tahap pengenalan makan pejal dari 6,8, hingga 12 bulan pada harga promosi yang sama. 

Yang lagi best, Mama boleh mendapatkan sekotak 250g CERELAC pada harga RM10.59 sahaja. Kalau Mama membeli 2 kotak, Mama akan dihadiahkan dengan sekeping lampin Huggies!

Untuk Mama yang mempunyai anak-anak yang sudah besar (dan juga untuk kita yang dewasa), agak sukar untuk menahan godaan minuman malt kegemaran Malaysia – MILO. Dengan hanya RM5.85 untuk sekotak MILO 1 liter, dan juga promosi menarik iaitu beli 2 percuma 1 sepanjang MYDIN Kids & Baby Fair ini berlangsung. 

Sejujurnya saya rasa nak pergi sekarang dan terus dapatkan 3 pek MILO ini, tetapi biar saya kongsikan beberapa lagi berita baik untuk anda! 

BONUS!

Senarai 5 teratas? Nanti dulu Mama. Biar saya tambah lagi dan berikan anda TOP 6 dengan tambahan bonus ini.  

Para peminat Carrie Junior, anda boleh menambah stok sabun mandian si manja dengan mendapatkan pek berkembar Carrie Junior Hair and Body Wash 500g pada harga RM13.89 – dan ini bermaksud anda telah mendapat liter Carrie Junior Hair and Body Wash pada harga yang sangat murah! 

Nanti dulu, ada lagi…

Sekiranya Mama membeli produk Carrie Junior bernilai lebih dari RM25, waktu mandi anak Mama akan menjadi lebih riang dan menyeronokkan kerana Mama boleh membawa pulang Carrie’s Shark Toy secara PERCUMA!

Tapi cepat tau kerana ia hanya akan diberikan selagi stok masih ada. 

Dapatkan Harga Borong & Diskaun Istimewa 

Ingin mengetahui lebih banyak tawaran dari MYDIN Kids & Baby Fair? Lihat katalog penuh di sini atau lawati laman rasmi mereka di Shopee Mall

Sebelum Mama terus ke MYDIN dan membeli-belah, jangan lupa untuk mendaftar sebagai Ahli Kad Meriah Silver MYDIN, supaya anda boleh mendapatkan lebih banyak barang pada harga borong dan diskaun istimewa. Dan yang lagi best ialah anda akan mendapatkan baucar RM20 sejurus selepas anda mendaftar!

Jumpa anda di sana! 

Artikel ini telah diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.