KelabMama

Barang Dapur Kena Basuh & Jemur? Tak Perlu!

groceries

Image from Adobe Stock

‘Barang dapur kena basuh dan jemur lepas shopping!’, ‘basuh dengan sabun semua barang tu’ dan banyak lagi lah yang Mama Siti dengar. Tahulah kan semua takut dengan wabak Covid-19 ni kan, tapi janganlah sampai dibasuh dengan sabun barang-barang dapur tu. Geli hati Mama Siti tengok gelagat mama papa semua, tapi Mama Siti pun terfikir benda yang sama juga sebelum ini.

Dah jangan kita buat benda pelik-pelik lagi. Mama Siti pun panik juga, takut lah nanti kita satu family kena bermalam di wad pula kan. Siapa je tak risau kan. Itu yang viral baru ni, macam-macam gaya nak bersihkan barang dapur.

Menurut Dr Ahmad Samhan melalui posting di laman Facebooknya, beliau menyeru agar semua rakyat Malaysia jangan terlalu panik dengan wabak ini. Memanglah bahaya kan virus ini, tapi sampai pelik-pelik sangat direndamnya barang dalam air sabun tu, haih ‘shaking my head‘ Mama Siti .

Sini Mama Siti kongsikan dengan mama papa semua kenapa kita tak perlu basuh atau jemur barang dapur lepas shopping. Memang tak dinafikan virus ini akan melekat pada setiap permukaan tapi risiko jangkitannya amat rendah. Kalau nak bandingkan dengan risiko jangkitan sesama manusia tu lagi tinggi lah.

Ada sebab kenapa tak payah basuh ke jemur ka groceries tu. Kita tak nak nanti berlaku keracunan makanan kerana terdapat sisa sabun yang melekat pada makanan. Cukup sekadar membilas dengan air bersih. Yang kita kena basuh dengan sabun tu adalah tangan kita, lagi high potential untuk kuman membiak.

Kena Sanitize Ke Semua Barang Dapur Tu?

Mama semua mesti terfikir ‘okay kalau tak payah basuh dengan sabun, boleh tak nak guna sanitizer, tak pun perlu tak guna sanitizer’ kan? Barang makanan tak perlu dinyahkuman kata Don Schaffner, seorang pakar dalam food microbiology. Beliau berpendapat bahawa ianya keterlaluan.

Kena Guna Sabun Ke Untuk Basuh Barang Basah?

Tak payah guna sabun. Cuma sebelum masak, mama semua bilas dengan air, lepas itu masak dengan sempurna. Kuman atau virus akan mati dalam suhu yang tinggi. Jadi tak perlu risau okay?

Kena Basuh Sayur Dan Buah Guna Sabun Ke?

Nope. Kenapa? Sebab sabun dan produk nyahkuman bukannya dicipta untuk membasuh makanan-hehe! Kalau mama semua nak tahu, bahan kimia yang digunakan dalam sabun boleh memudaratkan jika kita termakan. Bukan je menyebabkan keracunan makanan malah juga, merosakkan sistem pencernaan yang membawa kepada gejala cirit-birit, muntah, sakit perut dan mual.

Bahan-bahan kimia tu boleh menyerap masuk dalam makanan kita walaupun kita dah bilas dengan air. Sebab itu kita tak payah basuh dengan sabun. Hal ini telah ditegaskan oleh Benjamin Chapman, seorang pakar pemakanan dari University North Carolina State.

Ada juga yang kata boleh cuci barang dapur dengan jus lemon. Eh, usah percaya mama semua. Belum ada kajian lagi yang membuktikan air lemon boleh membunuh virus atau kuman. Kalau betul boleh guna air lemon, kenapa pihak KKM tak guna lemon sebagai antidote dan vaksin kan?

Kena Jemur Ke Barang Dapur?

Mama semua tak perlu jemur barang-barang itu ye. Mama papa kena ingat, virus memang boleh melekat pada permukaan tapi ia takkan membiak tanpa perumah iaitu manusia. So, virus akan mati dengan sendirinya di atas permukaan barangan kita dan selamat; bahaya kalau masuk ke hidung atau mulut je.

Virus boleh berjangkit dalam dua cara:

Haa, mama semua dah clear belum? So lepas ini, tak payah basuh dengan sabun ke nak jemur ke apa ke kan. Tak perlu okay. Bimbang lagi mudarat je. InsyaAllah kita jaga kebersihan diri, kita akan terhindar dari jangkitan wabak tersebut.

Mama papa jangan lupa kongsikan info ini dengan family, jiran tetangga dan rakan sekerja. Bimbang juga ada yang masih membasuh groceries tu – hehehe.

Sumber: Dr Ahmad Samhan

BACA LAGI TIPS PERLINDUNGAN DIRI SEMASA BELI BARANG

Pesan Mama Siti

Ingat ye mama papa semua, tak payah basuh dengan sabun atau jemur barang-barang dapur tu. Cukuplah dibilas dengan air bersih dan dimasak dengan sempurna. Ingat juga, kekalkan jarak sosial dan kebersihan diri.