KelabMama

Senarai Barang Keperluan Bayi Yang Boleh ‘Preloved’ & TIDAK Untuk Si Manja

Semestinya menjadi khabar gembira tatkala mengetahui diri Mama kini berbadan dua. Siapa yang tak excited nak bergelar parents. Terutama bagi mereka yang dah lama menanti kehadiran zuriat.

Namun dalam keghairahan menyambut kedatangan ‘orang baru’, pastinya ia memberikan Mama dan Papa sedikit kegusaran untuk shopping barangan si kecil. Bukan bimbang tentang bajet, tapi berpendapat tak tahu nak mula dari mana.

Kalau tengok senarai belian barang yang dicadangkan di internet, Mama Siti boleh katakan terlalu banyak listing tersebut. Persoalannya, betul ke nak kena beli semua sekali ni? Atau tunggu baby lahir baru sambung beli? Tapi macam mana pula jika barang itu memang keperluan penting? Hmm, pening kan?

Ya, untuk mereka yang baru pertama kali bergelar parents, semestinya ini antara yang bermain di minda. Bukan sebab terlalu berjimat tak nak beli semua, tapi takut membazir. Bagaimana kalau beli, baby tak pakai langsung. Rasa sayang pulak sebab dah membazir. Nak jual semula kadang tak semua barangan tu sesuai.

Sebenarnya Mama, dalam fasa menimang cahaya mata, barangan bayi yang disenaraikan kebiasannya tak akan sama 100 peratus dengan kehendak si kecil.

Mama Siti faham ada sebahagian besar Mama cuba untuk kurangkan beberapa barangan dalam senarai berkenaan sebab terlalu banyak dan memerlukan modal sangat besar.

Paling rendah pun mesti cecah RM500 kalau shopping barangan si kecil. Ni baru barang ketika lahir. Bagaimana dengan barang-barang yang perlu refill macam sabun, shampoo, diaper, wipes dan sebagainya. Memang banyak guna duit.

Walhal, kita pun tak tahu yang kita beli semua tu adakah itu semua bermanfaat atau tak.

Macam pengalaman Mama Siti dahulu, ketika kandungan pertama memasuki usia tujuh bulan, barulah start beli barang baby. Tu pun banyak refer dengan kakak sebagai orang berpengalaman.

Maka, tak semua Mama Siti ikut seperti listing dicadangkan tu. Namun, pertama kali berbelanja semua kelengkapan, Mama Siti berhabis hampir RM2,000 tak termasuk baby swing, stroller, carseat dan breast pump.

Hanya beli barang asas seperti tilam dua jenis, diaper, pakaian, mitten dan booties, botol susus dan pelbagai lagi.

Bila kenang balik, apalah yang banyak sangat dibeli. Sudahnya beberapa barang seperti botol susu, pacifier, dan beberapa jenis lagi tak guna langsung.

Sampai tahap tukar pacifier baru yang berkualiti (konon claim baby tak akan reject) sehinggalah pacifier murah semuanya tak berkesan.

Bila dah dua tahun membesarkan anak, kini Mama Siti faham tak semua barang si kecil itu perlu dibeli baru. Malah, tak semua produk tu sesuai untuk bayi anda.

Cara paling mudah adalah, meminjam atau menyewa mana-mana keperluan yang sesuai.

Ya, kalau Mama nak tahu, ada group ibu-ibu di facebook berkongsi pengalaman dan pendapat turut menggunakan platform itu untuk meminjam atau menyewa barang baby. Tak percaya? Search je group yang berkaitan.

Mama Siti dulu pun tak tahu kewujudan platform sebegitu.

Tapi kini, Mama Siti berasa wajar untuk gunakan artikel di Kelab Mama ini bagi mendedahkan kepada ibu-ibu baru tentang barangan bayi yang sesuai kalau nak beli second hand atau pinjam je.

Atau mungkin juga barangan itu masih dalam keadaan baik namun tak sesuai dipakai apatah lagi dipinjam kan pada orang lain, jadi kena buang dan ganti yang baru.

Ok, jom tengok senarai di bawah ni. At least boleh Mama jadikan panduan untuk sediakan keperluan penting si kecil.

Senarai Barang Bayi Yang Lama, Namun Masih Boleh Dibeli Atau Dipinjam

Bakal Mama nak shopping barang baby dengan rujuk senarai dari internet? Eh, nanti dulu! Meh tengok mana barang yang sesuai untuk pinjam je ataupun sewa daripada orang sekeliling. Dan kenapa sebaiknya barang berkenaan tak perlu dibeli baharu:

1. Baby swing

Baby swing atau buaian bayi antara benda yang boleh dipinjam daripada sesiapa. Kadang-kala kat social media, ibu-ibu pakat bertanya sesiapa yang mahu meminjamkan swing anak mereka.

Buaian bayi di zaman sekarang dah bermacam jenis. Bermula daripada tradisional yang iaitu hayunan menggunakan tangan hinggalah buaian elektronik dimana baby swing masa kini direka tanpa tubuh si bayi berasa terkepung.

Nasihat Mama Siti, jika anda berhasrat nak beli yang canggih, sebaiknya sewa atau pinjam je daripada sesiapa.

Ini kerana tatkala bayi memasuki usia empat bulan, anggota tubuh mereka mulai meniarap. Jadi, penggunaan baby swing modern dianggap kurang selamat kerana baby cenderung untuk berpusing.

Maka, kebanyakan ibu-ibu terpaksa menyimpan semula baby swing tersebut selepas anak dah mula pandai meniarap. Harga bukanlah murah, namun sempat digunakan untuk tempoh empat ke lima bulan. So, lebih baik pinjam je kan?

2. Carseat

Carseat juga adalah alatan bayi yang boleh dipinjam kerana ia kekal selamat meskipun untuk tempoh lama. Cuma pastikan carseat digunakan tak pernah terlibat accident ya!

Sebab once pernah accident, ia dah tak selamat digunakan langsung.

3. Stroller

Nak sewa atau beli second hand boleh je sebab stroller ni alatan sesuai digunakan untuk bertahun-tahun lamanya.

Lebih-lebih lagi bila anak memasuki usia tiga ke empat tahun, mereka nak berlari dan jalan sendiri. Lagi pula stroller juga punyai had maksimum berat badan. So, kalau Mama rasa membazir beli yang baru, bolehlah sewa atau pinjam je.

4. Pakaian

Ini paling popular. Kadang bukan setakat beri pinjam, tapi baju bayi juga paling banyak disumbangkan orang ramai.

Mana tidaknya, tubuh baby cepat sangat membesar. Baru beli dua bulan lepas, tiba-tiba dah tak muat. Sebab tu lah ramai parents kurang beli baju anak ketika bayi, asyik repeat je baju sama kan?

5. Swaddle

Swaddle atau bedung bayi memang dipakai dalam tempoh yang singkat je. Biasanya newborn akan dibedung dalam tempoh sebulan selepas dilahirkan.

Tapi, dalam tempoh sebulan memang banyak sangat bedung dipakai atau terpaksa ditukar ganti seharian.

Sebab bayi mudah muntah susu, kain bedung kotor dan macam-macam lagi. Jadi kebiasaannya bedung memang dibeli dalam kuantiti yang banyak tapi digunakan hanya untuk sebulan atau mungkin sehingga tiga bulan.

Kemudian, semua swaddle tadi dah tersimpan dalam wardrobe. Jadi, kalau Mama ada orang sekeliling yang bakal bersalin, apa kata offer mereka pinjam swaddle anak Mama jika dah tak digunakan untuk tempoh lama.

Bukan apa, rasa rugi kan dah beli banyak tapi pakai sekejap je. Nak tunggu next baby pun kena ambil masa dulu hehe.

6. Playpen

Alatan yang satu ini digunakan untuk tujuan mengasingkan bayi daripada segala barangan berbahaya di sekitar rumah.

Kebiasaannya ia dipasang pada usia bayi memasuki empat bulan hingga setahun sehinggalah si kecil dah pandai berjalan.

Masukkan bayi di dalam playpen untuk mengelakkan mereka berkeliaran di sekitar rumah sehingga menyentuh barang perhiasan kaca atau memanjat perabot yang bahaya.

Namun ia tidak digunakan dalam tempoh lama kerana sebaik sahaja si kecil dah pandai berjalan laju, mereka tak mahu terkurung lagi.

Jadi, nak guna untuk apa kalau anak dah pandai berjalan kan? Maka, sesiapa yang mahu menggunakan alatan ini Mama Siti syorkan untuk beli second hand atau pinjam pun dah memadai kerana usia penggunaannya hanya untuk tempoh beberapa bulan je.

7. Walker

Mama Siti yakin ini antara ramai parents yang beli. Meksipun ada kajian mengatakan walker tak elok digunakan, namun barangan ini antara yang menjadi culture mak-mak sejak sekian lama.

Lagipun, ia sangat memudahkan tatkala Mama busy di dapur, anak pula nak bebas merangkak merata, maka walker jadi penyelamat sebab mengurangkan risiko baby memanjat perabot merbahaya.

Namun, tempoh kegunaannya tak lama. Biasanya walker digunakan ketika usia bayi sekitar enam bulan hingga setahun.

Tatkala anak dah mula berjalan, mereka pun tak mahu menggunakan walker sebab rasa tak bebas.

Jadi, terpaksalah simpan semula alatan ini. Namun, walker antara barangan yang sering dipinjam oleh para ibu kerana tahu tempoh kegunaannya yang sangat singkat.

Rasa membazir kalau beli baru kan? Selain itu, penyimpanannya yang mudah serta senang dicuci menyebabkan mak-mak ni gemar pinjam je daripada family atau rakan-rakan.

Senarai Barang Bayi Yang Lama & Masih Elok, Namun Tidak Boleh Dibeli Atau Dipinjam

“Sempat guna sekali dua je lepas tu dah tak sesuai untuk anak. Bagi je lah pada orang.”

Eh nanti dulu Mama! Tak semua barang yang baik dan elok boleh diwarisi untuk baby seterusnya. Ada yang baru pakai sekali pun dah kena buang tau!

Barang apa tu? Jom tengok senarai di bawah:

1. Botol susu

Mama Siti yakin pasti ramai para ibu yang mempunyai stock botol susu tak digunakan lagi.

Masakan tidak, botol susu antara alatan yang perlu kerap tukar kerana ada jangka hayat.

Tentu semua Mama mahu memberikan botol susu jenis BPA free kepada bayi anda kan? Barangan plastik tanpa bahan BPA boleh digunakan hanya dalam tempoh enam bulan selepas ia mulai dibuka.

Jadi, kalau ada botol susu yang Mama rasa baru gunakan sekali kemudian tak serasi dengan anak dan Mama berhasrat nak beri pada ahli keluarga yang lain, make sure ia tidak melebihi temph enam bulan bermula daripada tarikh Mama gunakannya.

Selepas daripada tarikh tersebut, ia perlu dibuang.

2. Pacifier

Sama seperti botol susu, pacifier atau puting kosong juga perlu dipakai yang berasaskan BPA free bagi mengelakkan kandungan bahan kimia dalam produk berkenaan.

Maka, sebaiknya dipakai tidak melebihi tempoh enam bulan.

Namun, penggunaan puting yang kerap menyebabkan ia lebih cepat rosak. Justeru, periksa setiap dua ke tiga bulan.

Sekiranya ada damage, terus buang tau! Jadi, sebab inilah pacifier juga merupakan barangan yang tak sesuai dipinjam meskipun ia baru dipakai untuk tempoh singkat sebab tak sesuai dengan anak.

Ini kerana, jangka hayatnya yang disarankan lebih pendek berbanding botol susu.

3. Susu formula

Ada orang nak jual lebihan stock susu formula anak mereka? Eh, jangan melulu untuk terus beli Mama!

Banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum Mama memberi minum susu formula kepada bayi.

Antaranya dengan melihat kandungan gula, peringkat usia dan yang lebih penting keserasian kepada perut si kecil.

Ada susu formula boleh mengakibatkan sembelit, ada pula yang muntah-muntah dan macam-macam lagi. Justeru, kalau Mama nak tahu keserasian sesebuah jenama susu formula itu, sebaiknya dapatkan sample di website mereka terlebih dahulu.

Jangan terus beli jika ada yang nakk let go susu anak mereka melainkan ia memang jenama susu untuk si manja Mama.


Untuk dapatkan pelbagai info dan tips tentang keibubapaan, boleh klik di SINI!