KelabMama

Barang-barang dan Permukaan Yang Sering Digunakan, Mungkin ‘Menyembunyikan’ Coronavirus Dari Pandangan Mata Kasar Kita

Dengan Pelan Pemulihan Nasional yang mula dilaksanakan, Malaysia kini mula menikmati kelonggaran drastik dalam sekatan perjalanan antara negeri dan pembukaan semula sektor ekonomi.

Walau bagaimanapun, dengan bermulanya pelan pemulihan ini tidak bermakna yang kita sudah ‘pulih’ sepenuhnya. Kehidupan endemik semasa COVID-19 ini masih memerlukan langkah berjaga-jaga 24/7 kerana virus tersebut masih ada di mana-mana! 

Daripada barangan peribadi kepada barangan kegunaan harian, malah tangan kita sendiri; era COVID-19 menunjukkan bahawa permukaan yang paling tidak berbahaya yang sering kita gunakan sebelum ini boleh menjadi sebagai tempat ‘pembiakan’ virus-virus berbahaya. Siapa sangka bukan? 

Di bawah merupakan senarai barangan dan permukaan yang mungkin Mama sendiri tidak pernah terfikir untuk sanitise tetapi, PATUT dibersihkan dan dinyahkuman! 

#1 Bahagian dalam kereta 

Kredit: Shutterstock

Kereta atau kenderaan yang sering digunakan oleh ahli keluarga mungkin sudah melalui fasa ‘berehat’ yang agak lama sejak pandemik bermula awal tahun lepas. 

Namun, kelonggaran sekatan perjalanan dan pembukaan semula ekonomi negara hari ini bermaksud Mama dan keluarga pasti akan keluar memandu ke mana sahaja berbanding bulan-bulan sebelumnya. 

Tidak perlu dinafikan lagi, kereta merupakan medium pengangkutan yang penting untuk pergerakan dan peneman yang tetap untuk perjalanan di luar rumah. Mama pasti akan memasuki dan keluar daripada kereta masing-masing setiap hari; sama ada untuk pergi membeli-belah, keluar bersama keluarga, atau menjemput anak-anak dari sekolah. 

Oleh sebab itu, ia adalah amat penting untuk Mama tahu (dan ingat!) bahawa kerusi kereta serta bahagian dalamnya merupakan antara permukaan yang sering disentuh.

Pembersihan dan pembasuhan yang berterusan tidak dapat memastikan tempat duduk dan bahagian dalam kereta dinyahkuman dengan sepenuhnya, malahan ianya akan mengakibatkan bahagian dalam kenderaan rosak.

Selain daripada air, sabun dan pencuci yang berasaskan alkohol, Mama juga boleh mempertimbangkan untuk menggunakan semburan fabrik yang lengkap dengan ciri-ciri sanitasi. Hanya dengan beberapa semburan sahaja sudah memadai untuk ‘membersihkan’ tempat duduk kereta Mama sambil Mama lakukan aktiviti harian! 

Pastikan Mama sediakan semburan sanitasi dan tisu basah di dalam kereta untuk kegunaan nyahkuman harian.

#2 Pakaian

Kredit: Canva

Mama mungkin pernah mendengar pakar menasihatkan untuk segera membasuh pakaian yang telah dipakai sejurus tiba di rumah, atau untuk tidak menggoncang bakul pakaian kotor. 

Ia adalah kerana, untuk setiap pakaian yang Mama dan ahli keluarga pakai semasa berada di luar rumah mungkin berisiko mempunyai virus melekat padanya. 

Malah, anak-anak Mama juga berpotensi untuk membawa pulang virus ke rumah apabila mereka pulang dari sekolah. Adalah penting untuk Mama tahu dan ingat bahawa anak-anak juga berisiko sama seperti Mama, apabila Mama dan Papa mula kembali bekerja di pejabat. 

Sama ada pakaian kerja anda atau pakaian seragam sekolah anak-anak, setiap pakaian yang dipakai di luar rumah pasti terlekat dengan pencemaran yang tidak terkira banyaknya. 

Oleh itu, apabila Mama fikirkan untuk menyahkuman, jangan hanya fokus pada bahagian tangan sahaja. Baju yang dipakai pun harus dinyahkuman juga! Di sinilah semburan fabrik sangat berguna. 

Ia membantu dalam menghilangkan sebarang bau yang melekat pada pakaian, dan ia juga merupakan cara cepat untuk menghapuskan sebarang kesan pencemaran pada pakaian yang menutupi badan Mama.

#3 Beg

Kredit: Canva

Beg-beg, termasuklah beg membeli-belah, beg sekolah anak-anak, dan juga beg gym yang digunakan cik Abang atau Mama. Beg yang dibawa keluar atau daripada luar, besar atau kecil, juga pasti tercemar dengan lantai yang kotor, permukaan meja atau tandas awam. 

Setiap kali anak Mama kembali dari sekolah dengan beg sekolah mereka, atau sebelum Mama letakkan beg gym yang digunakan di atas lantai, pastikan Mama mempunyai cecair nyahkuman yang berdekatan untuk memudahkan proses membasmi kuman. 

Pastikan Mama sanitise juga beg-beg yang lain – kain, plastik, atau apa sahaja material yang Mama dan keluarga tersayang bawa pulang ke rumah. 

Tidak dinafikan bahawa membeli-belah memberi pengalaman terapeutik, tetapi ia pasti lebih selamat dengan tabiat membasmi kuman segala shopping bag yang Mama gunakan semasa virus COVID-19 yang masih berleluasa ini.  

#4 Pelitup Muka Jenis Kain (Fabric Facemask)

Kredit: Canva

Sama seperti pelitup muka pakai buang biasa, pelitup muka jenis kain akan turut mengumpul segala bakteria dan pencemaran apabila digunakan di luar. Pencemaran tersebut akan mengikut si pemakai sepanjang perjalanan, daripada aktiviti bersama keluarga ke sekolah anak-anak, dan kemudian, pulang semula ke rumah. 

Sekarang, sudah menjadi kebiasaan untuk menemui pelitup muka jenis kain yang diletakkan di rumah, atau di tempat rawak seperti di antara ruang lipatan di dalam kereta. Tipulah kalau tak ada bukan? Yang pastinya juga, Mama tidak bersendirian sekiranya Mama sendiri keliru dengan pelitup muka yang mana masih belum diguna, dengan yang sudah digunakan. Mama Siti pun selalu pening lihat facemask di mana-mana sahaja. 

Salah satu penyelesaian untuk ini ialah mencari semburan pembersih yang sempurna untuk digunakan pada pelitup muka jenis kain semasa dan selepas setiap pemakaian! Satu yang tidak toksik dan selamat jika dihidu. Apa yang lebih baik ialah jika semburan tersebut boleh digunakan pada fabrik dan apa sahaja permukaan yang cenderung disentuh.

Memperkenalkan Pelan Perlindungan COVID Terunggul, iaitu Natucair!

Kredit: Natucair

Realitinya, mungkin agak sukar untuk kita sentiasa memastikan apa sahaja alatan dan permukaan dibersihkan dan dinyahkuman. Bukan tak boleh, agak mengambil masa atau terlepas pandang. 

Bagaimana kalau Mama Siti katakan sebenarnya, terdapat semburan nyahkuman yang boleh meringankan ‘kehidupan COVID’? Satu yang tidak memerlukan banyak lapisan kerana hanya dengan satu semburan sahaja sudah cukup untuk 24 perlindungan daripada Coronavirus? Ya, betul Mama! 

Terbukti melalui ujian virus yang dijalankan oleh Pusat Kualiti dan Teknologi Produk Tekstil Jepun (QTEC), Natucair Linen and Fabric Spray adalah semburan penyegar fabrik PERTAMA dan SATU-SATUNYA yang terdapat di Malaysia, yang boleh membunuh 99.9% SARS-CoV-2 pada linen dan fabrik sehingga 24 jam lamanya.

Jom Mama Siti kongsikan bagaimana Natucair boleh mengurangkan kebimbangan Mama terhadap penyebaran Coronavirus ini: 

Natucair: Semburan Fabrik Pertama Yang Seumpamanya Untuk Membasmi COVID-19

Kredit: Natucair

Realitinya, ingin menghirup udara segar hari ini sejak bermulanya pandemik COVID masih memerlukan langkah berjaga-jaga. Tidak bebas seperti dahulu. 

Oleh sebab itu, kita harus memberi perhatian yang lebih teliti terhadap tahap kebersihan dan hygiene dengan apa cara sekalipun kerana kehidupan kita dan orang tersayang bergantung padanya. 

Tahukah Mama, kajian telah membuktikan COVID-19 boleh bertahan pada fabrik yang biasa dipakai sehingga tiga hari? Inilah sebabnya mengapa semburan fabrik yang terunggul ini, Natucair harus menjadi semburan fabrik utama bagi setiap keluarga sepanjang menempuhi realiti kehidupan baharu ini!

Kajian viral yang dijalankan oleh QTEC di Kobe, Jepun, menunjukkan Natucair Linen and Fabric Spray berkesan dalam membunuh >99.9% SARS-CoV-2 sehingga 24 jam pada fabrik, menjadikannya produk penting dalam mencegah penyebaran virus bukan sahaja kepada orang tersayang dan keluarga dalam rumah yang sama, tetapi juga pada orang ramai.

Sebotol Natucair pasti akan memberikan ketenangan kepada Mama apabila kembali ke kehidupan di luar rumah. Biarkan Natucair, satu-satunya semburan di Malaysia yang terbukti dapat membasmi virus COVID-19 dengan perlindungan 24 jam, membantu melindungi Mama dan keluarga hari ini!

Gunakan kod baucar Shopee ‘EARTH11‘ untuk mendapatkan potongan 30% daripada Natucair Linen and Fabric Spray di sini! Mama boleh tebus baucar ini sehingga 31 Dis 2021. 

Cara untuk Menebus Baucar: 

Melalui laman web: 

  1. Layari laman web Shopee
  2. Di kotak ‘drop down’ di bahagian atas kanan > Pilih ‘My Account’ > Pilih ‘My Vouchers’
  3. Di ruang ‘Add Voucher’, masukkan kod baucar ‘EARTH11’

Melalui aplikasi Shopee: 

  1. Buka aplikasi Shopee
  2. Skrol hingga penghujung halaman > Pilih ‘Me’> Pilih ‘My Vouchers’
  3. Di ruang ‘Input Promo Code’, masukkan kod baucar ‘EARTH11’ 

Artikel ini telah diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.