KelabMama

Khas Untuk Papa! Doktor Beri Panduan Bagaimana Bapa Boleh Memahami Anak-Anak

Kredit gambar: positive parenting

Terdapat kelebihan luar biasa di dalam dunia kanak-kanak apabila ia melibatkan seorang ayah. Oleh itu, penting untuk seorang ayah menjadi contoh dan dihormati anak-anak, dan juga berasa selamat apabila ayah berada bersama mereka.

Menurut Children’s Bureau, satu platform untuk kebajikan kanak-kanak, menyatakan bahawa penglibatan seorang ayah secara emosi dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak.

Mama Siti pasti, tiada apa-apa yang rugi tentang si bapa cuba untuk memahami anak-anak dan menjadi pedoman kepada mereka, malah terdapat banyak faedahnya di masa hadapan kelak.

Berikut merupakan bagaimana seorang ayah boleh membantu memahami anak-anak yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol di bebenang Twitter beliau:

Berusahalah jadi ayah yang hebat di mata anak-anak.

10 Tips Untuk Membantu Papa Faham Si Kecil

Kredit gambar: Raising Children Network

1. Jadi pendengar setia setiap kali anak bercerita. Walaupun remeh, tapi itulah terapi bahagia untuk anak-anak.

2. Pandang mata anak bila berbual.

3. Selalu guna nada suara yang lembut bila bercakap.

4. Tetapkan “Bonding Time” dengan anak. Yang penting, kita luang masa yang berkualiti bersama dengan anak.

5. Jadi ayah yang sentiasa kagum dengan idea dan pendapat anak. Anak kita pun nak rasa yang diri mereka bijak di mata ayah.

6. Jaga tutur kata depan anak dan isteri walaupun tengah penat atau marah.

7. Jadi tempat yang selamat untuk anak bercakap, meluah rasa dan bermain.

8. Selalu peluk cium anak tanpa pilih kasih.

9. Rajin ambil dan kumpul gambar anak sebagai kenangan.

10. Jadi insan yang paling banyak memuji dan menyokong usaha anak walaupun tidak sempurna.

Kredit: Dr Redza Zainol

Syabas Papa!

Banyak tips-tips yang telah dikemukan oleh Dr Redza. Semoga ia bermanfaat untuk Papa semua diluar sana dan membantu Papa memahami anak-anak.

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Bagi si ayah yang sudah pun melakukan tips-tips ini, syabas! Sentiasa bagi ruang untuk anak-anak meluahkan perasaan dan pendapat. Ayuh tepiskan perspektif yang Mama sahaja tempat anak-anak berani dan sentiasa ingin meluahkan kata-kata.

Kedua-dua Mama dan Papa harus sentiasa cuba memahami anak-anak kerana mereka adalah amanah kita dan permata hati di dunia ini.

Semua anak perlukan seorang ayah, dan jika mahu anak yang baik dan mendengar kata, Mama Siti akhiri dengan favourite quote Mama Siti:

“Anak-anak belajar apa yang bapa mereka ajarkan kepada mereka: untuk menjadi baik, bertimbang rasa, penyayang, dan penuh perhatian.”

Semoga berjaya!