KelabMama

Bantu Anak Anda Untuk Mencapai Cita-cita Tingginya

Hampir semua kanak-kanak bercita-cita untuk menjadi doktor, jurutera, pilot dan sebagainya. Saiz badan yang kecil dan kerdil boleh mempengaruhi tahap keyakinan pada diri sendiri. Justeru, mereka kurang yakin pada kemampuan diri dan tidak mahu bercita-cita tinggi.

Anak yang rendah membuatkan dia terpaksa mendongak apabila berkomunikasi dengan rakan sebayanya. Anak Mama Siti sendiri sering menyuarakan rasa rendah dirinya berbanding kawan-kawan sepermainannya. Kasihan pula bila Mama Siti mendengar luahannya.

Kredit Food Navigator Asia

Selain daripada itu, dirinya yang rendah juga sering membuatkan dia lebih mudah terdedah untuk menjadi mangsa buli dan momokan rakan sebaya.

Benarkah anak yang bersaiz kecil ini hanya disebabkan genetik? Atau mungkinkah ada masalah lain yang menjadikan dia tidak membesar secara normal? Mungkin ya, mungkin tidak. 

Sebelum kita memahami apa yang sebenarnya terjadi dan bagaimana kita dapat membantu anak kita, sewajarnya kita mengetahui apakah ketinggian yang ideal untuk si anak.

Tinggi Ideal Untuk Kanak-Kanak Mengikut Peringkat Umur

Ibu bapa digalakkan untuk menimbang berat dan mengukur tinggi anak sekurang-kurangnya sekali dalam setiap enam bulan. Ini adalah untuk memantau dan memastikan anak-anak kita membesar mengikut berat dan tinggi yang ideal dan sepatutnya. 

Menurut World Health Organization (WHO) tinggi dan berat yang ideal bagi seseorang berbeza mengikut jantina lelaki dan perempuan.

Secara puratanya, kanak-kanak yang berumur 1 tahun akan membesar sehingga 5 inci setahun. Apabila mereka memasuki umur 2 tahun, kanak-kanak mencapai 3 inci pertambahan tinggi setahun. 

Selepas 3 tahun sehinggalah kanak-kanak akil baligh, kadar purata pertumbuhan bertambah sekurang-kurangnya 2 inci setahun. 

Kredit Kanak-Kanak Couture

Bagi memudahkan mama memantau samada si anak membesar mengikut ukuran yang sepatutnya, mama bolehlah mencuba aplikasi di link DUTCH LADY ini. Bukan setakat kiraan tinggi ideal anak, aplikasi ini juga membolehkan mama mencatat dan merekodkan data-data tumbesaran anak seperti:

Tips Untuk Membantu Anak Membesar Dengan Tinggi Yang Ideal

Fakta sains mengesahkan salah satu faktor yang mempengaruhi ketinggian anak adalah faktor genetik. Namun demikian, ada juga faktor lain yang boleh menyebabkan keterbantutan anak dalam membesar seperti pemakanan, hormon, aktiviti dan faktor kesihatan.

Faktor-faktor ini boleh dimanipulasikan untuk membantu anak mencapai tinggi yang ideal mengikut umur mereka. 

Antara langkah-langkah yang mama boleh ambil untuk anak membesar dengan ideal termasuklah

1. Tidur dan rehat yang mencukupi 

Kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya 10-12 jam untuk tidur. Ini membantu tubuh badan mereka menghasilkan hormon-hormon yang akan membantu mereka membesar dengan kadar yang sepatutnya. 

2. Aktif beriadah

Galakkan anak untuk beriadah dan bersenam sebagai amalan. Aktiviti bersukan seperti berenang dan yoga dapat membantu anak merenggangkan otot-otot badan, sekaligus membantu anak-anak meninggi seidealnya. 

3. Vitamin D dari sinar matahari

Kredit Positive Parenting

Sinar matahari di waktu pagi adalah sumber Vitamin D asli yang sihat dan baik untuk tumbesaran anak. Ia membantu otot dan tulang membesar secara optimum. Galakkan anak untuk ‘berjemur’ seawal jam 8 hingga 9 pagi bagi mendapatkan khasiat vitamin D dari sinar matahari. 

4. Postur yang betul

Displinkan anak untuk menjadikan tabiat berjalan dan duduk dengan postur yang betul. Tegur mereka jika mereka cenderung untuk membongkok semasa berjalan mahupun waktu duduk. Postur yang salah mungkin agak selesa bagi anak, tetapi boleh membuatkan saiz ketinggian mereka terganggu. 

5. Nutrisi yang mencukupi

Pemakanan dan diet yang lengkap memainkan peranan penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Protein dan kalsium sangat diperlukan untuk tumbesaran tulang yang sihat dan kuat. Pastikan anak mengambil diet yang seimbang dengan vitamin dan mineral yang sepatutnya. 

Antara sumber makanan yang bagus untuk membantu anak membesar dengan sihat ideal, Mama Siti berbesar hati hendak memperkenalkan produk terbaru DUTCH LADY MaxGro

Cita-Cita Tinggi Mampu Dimiliki Dengan Susu DUTCH LADY MaxGro Yang Membantu Tumbesaran Sihat Dan Bersesuaian

Susu DUTCH LADY MaxGro terhasil untuk membantu menyokong kanak-kanak dalam proses tumbesaran yang sesuai. Ia membekalkan 80% nutrien harian yang disarankan* untuk kanak-kanak yang sedang membesar. 

*80% Nutrien Harian: Memenuhi sekurang-kurangnya 80% nutrien terpilih daripada saranan pengambilan nutrien yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017) seperti Kalsium, Fosforus, Zat Besi, Magnesium, Zink, Vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.

Badan anak memerlukan asid amino untuk membantu membina sel, tisu dan otot badan. Ia juga perlu bagi membentuk enzim yang  memudahkan proses mencerna dan menghadam nutrien makanan di dalam badan. Susu DUTCH LADY MaxGro mengandungi 9 Essential Amino Acids (9EAA) atau 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan secara semulajadi. Asid Amino Perlu tersebut ialah taurina, L-isoleusina, L-leusina, L-lisina, L-metionina, L- fenilalanina, L-treonina, L-triptofan, dan L-valina.

Disamping itu, ia juga dilengkapi dengan khasiat DHA yang diperlukan untuk perkembangan otak yang sihat. 

Harganya yang sangat bernilai membuatkan DUTCH LADY MaxGro menjadi satu keperluan untuk tumbesaran anak tanpa membebankan ibu bapa. Malah, ia boleh diminum oleh anak-anak dari umur 1 hingga 9 tahun, jadi bolehlah kesemua anak-anak minum susu yang sama sebelum melakukan aktiviti harian mereka.

Bantulah anak untuk membesar dengan ideal dan menaikkan tahap keyakinan mereka. Dengan DUTCH LADY MaxGro, cita-cita tinggi kini mampu dimiliki. Kalau mama nak dapatkan maklumat lanjut tentang DUTCH LADY MaxGro ini, layari sahaja ke laman web mereka di link ini. 

Rujukan: