KelabMama

Tips Yang Dipersetujui Oleh Para Ibu Untuk Membantu Bayi Anda Tidur Lena Sepanjang Malam

Pernah tak Mama merasa sangat letih dan lesu pada waktu siang kerana bayi anda sering terjaga pada waktu malam? 

Sudah lupakan kali terakhir Mama tidak berasa letih sejak adanya anak kecil di rumah?

Mama ada rasa ingin pejamkan mata yang mengantuk dan terus berbaring untuk lapan (8) jam tanpa gangguan, tapi tidak boleh kerana bayi anda pasti terjaga ketika lewat malam?

Sekiranya jawapan Mama untuk soalan-soalan di atas adalah YA, jangan risau! Ianya adalah sangat normal dan Mama tidak keseorangan. 

Untuk menidurkan bayi atau cuba untuk terus tidur dengan nyenyak sepanjang malam bersama bayi kecil adalah antara sebahagian daripada cabaran bagi ibu bapa baru dan ‘pakej wajib’ dalam keibubapaan. Diakui, bahawa kesihatan mental dan fizikal; selain daripada keinginan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi seperti hari-hari sebelumnya berpunca daripada kekurangan tidur atau tidur yang terganggu setiap hari. 

Sabar dulu Mama. Mama Siti ada berita baik untuk anda!

Sebenarnya, ada cara (dan tips eksklusif) untuk melatih si manja tidur lena sepanjang malam kerana tidur sebenarnya merupakan antara kemahiran yang boleh dipelajari. 

5 Cara Mudah Untuk Membantu Bayi Anda Tidur Sepanjang Malam

Istilah ‘tidur sepanjang malam’ untuk bayi biasanya bermaksud tidur lena tanpa gangguan sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam pada waktu malam.

Sebilangan besar bayi biasanya mula tidur sepanjang malam tanpa terjaga apabila mereka mencapai usia sekitar 3 bulan. Oleh kerana bayi tidak dapat membuat corak tidur mereka sendiri atau tidak tahu bagaimana untuk tidurkan diri sendiri, Mama dan Papa memainkan peranan penting untuk membantu si manja. 

Berikut adalah beberapa tips mudah tetapi berguna untuk membantu bayi Mama (dan Mama sendiri!) tidur lena sepanjang malam:

1. Tetapkan rutin waktu tidur dan ikuti dengan teliti

Buat rutin waktu tidur yang mudah untuk si manja, dan cuba untuk tidurkannya seawal yang mungkin. Jadikan ia sebagai rutin dari hari ke hari. 

Rutin waktu tidur sebenarnya membantu bayi untuk mendapatkan tabiat tidur yang positif, jadi cuba untuk mengikuti jadual yang telah ditetapkan secara konsisten setiap hari. 

Tidak ada rutin waktu tidur yang paling sesuai untuk setiap bayi atau keluarga, tetapi di bawah merupakan senarai contoh rutin tidur yang boleh dipertimbangkan:

2. Jauhkan perkara yang merangsang aktiviti bayi sebelum tidur

Rangsangan yang berlebihan atau overstimulation berlaku apabila anak-anak dipenuhi atau dibanjiri dengan pelbagai aktiviti atau pengalaman, rangsangan terhadap deria mereka dan suasana yang bising yang dapat diatasi oleh si manja. Bayi yang didedahkan dengan pelbagai rangsangan atau terlalu letih mudah untuk meragam atau menangis pada waktu malam dan apabila ini berlaku; ia akan menjadi sukar untuk ibu bapa. Oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk tidak overstimulate bayi anda sebelum waktu tidur, untuk memudahkan Mama menenangkannya dan mendorong rasa mengantuk pada si manja.

3. Beri sedikit masa untuk bayi anda tidur. 

Susukan bayi anda, jalan sambil mendukungnya, dan dodoikan dia sambil menyanyikan lullaby atau berzikir dengan nada yang perlahan untuk menaikkan mood tidur si manja. Orang Melayu kata, sampai dia lali. 

Mama juga boleh berikan dia puting bayi kerana puting bayi sangat membantu si manja tidur dengan lebih cepat, dan juga kembali tidur jika dia terjaga. 

4. Jadikan bayi sebagai teman sebilik 

Sebenarnya, adalah baik untuk bayi tidur bersama dengan sekali di dalam bilik kita, TETAPI di atas baby crib yang tersendiri, bassinet atau struktur lain yang selamat sebagai tempat tidur bayi, untuk sekurang-kurangnya sehingga usianya 6 bulan atau 1 tahun. 

Katil orang dewasa berisiko mendedahkan bayi kepada bahaya, jadi jika boleh, biarkan si manja tidur dekat dengan anda, tetapi bukan di atas katil anda ya Mama. 

Selain itu, bayi yang tidur bersama ibu bapa akan menjadikannya selamat dan memudahkan Mama untuk menyusu, bayi rasa lebih selesa, dan mudah untuk Mama mengawasi bayi semasa tidur; di samping membantu tidur yang lebih lama dan berkualiti pada waktu malam. 

5. Gunakan bantal bayi yang selamat

Menurut garis panduan tidur dengan selamat Akademi Pediatrik Amerika, bayi harus tidur di atas permukaan yang firm, rata, dan bebas daripada bantal, selimut, patung mainan lembut, dan apa sahaja yang boleh menggangu tempat tidur lain pada tahun pertama.

Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk memberi bayi anda bantal agar dia dapat tidur dengan lebih selesa dan lama pada waktu malam, Mama boleh letakkan bantal yang selesa dan selamat di dada bayi anda, seperti bantal Babylove Organic Beansprout Husk ini.

Katakan HAI Kepada Bantal Babylove Organic Beansprout Husk!

Mama Siti rasa kita semua faham hampir setiap ibu bapa mengalami masalah tidur yang tidak mencukupi dan berkualiti pada waktu malam apabila si manja mula merengek atau menangis. 

Bayi sangat mudah terkejut, dan ini mengakibatkan dia untuk terjaga pada waktu malam kerana mereka mudah terganggu dengan bunyi bising, pergerakan secara tiba-tiba, dan juga cahaya yang menyilaukan di kawasan sekitarnya. 

Sering kali, bayi mula menangis pada waktu malam kerana berasa tidak selamat dan si manja ingin Mama mendukungnya untuk menenangkan diri sehingga tertidur. 

Inilah sebabnya mengapa, pada zaman dahulu, nenek-nenek kita biasa membuat bantal bayi yang diisi dengan kacang atau beras, yang disebut “Ya Jing“, untuk mendodoi bayi sehingga tertidur.

Apakah Keistimewaan Bantal Babylove Organic Beansprout Husk?

Bantal Kacang Hijau dibuat untuk memberi bayi anda rasa dilindungi. Bantal ini juga akan memberikan rasa seperti sentuhan si ibu dan tekanan seperti semasa si manja dilitupi cecair amniotik; lalu membuatkan bayi tidur dengan lebih lena. 

Mengambil kira hal ini dalam pembuatannya, Babylove telah memutuskan untuk meneruskan ‘adat turun temurun’ ini dan menghasilkan Bantal Babylove Organic Beansprout Husk yang diperbuat dengan 100% bahan semula jadi, organik, dan mesra alam; sangat sesuai untuk menenangkan dan membantu bayi tidur lebih lena!

Sebab utama mengapa Mama harus mencuba Bantal Babylove Organic Beansprout Husk untuk bayi anda:

Tips Menggunakan Bantal Babylove Organic Beansprout Husk 

Mama mesti tertanya-tanya apakah cara terbaik untuk menggunakan Bantal Babylove Organic Beansprout Husk pada si manja agar dia dapat tidur dengan lebih nyenyak (dan lama)? Jom lihat perkongsian Mama Siti di bawah! 

Bagaimana menggunakan Bantal Babylove Organic Beansprout Husk?

  1. Sebarkan kacang hijau yang terkandung di dalam bantal secara merata untuk membentuk lapisan nipis dan letakkan dengan lembut di atas dada bayi anda.
  2. Selaraskan berat bantal dengan mengalihkan jumlah kacang yang ingin, dan letakkan pada bayi anda.
  3. Sebelum meletakkan bantal tersebut di atas dada bayi, jangan lupa untuk peluk dan letakkan bantal di dada anda terlebih dahulu supaya bau Mama melekat pada bantal, dan ini membuatkan bayi lebih familiar dan rasa lebih selamat semasa tidur.  

Cara untuk Memastikan Kebersihan Bantal Babylove Organic Beansprout Husk

  1. Tanggalkan sarung bantal dan basuh dengan lembut
  2. Keringkan bantal di bawah sinaran matahari dengan kerap, sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Haa, Mama rasa Mama dan bayi sudah bersedia untuk tidur dengan lebih lena pada waktu malam? Dapatkan Bantal Babylove Organic Beansprout Husk untuk si manja anda hari ini di sini

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi Beli 1, Percuma 2 (Beli 1 Bantal, Percuma 2 sarung bantal tambahan!) apabila anda membeli Bantal Babylove Organic Beansprout Husk secara dalam talian!

Cepat, dapatkan Bantal Babylove Organic Beansprout Husk sekarang sementara promosi masih berlangsung! 

Artikel diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.