KelabMama

BANGUN TIDUR LEWAT PUNCA SI KECIL OBES

Cuti sekolah atau cuti hujung minggu adalah masa untuk si anak melanggar kebanyakan peraturan yang ditetapkan sepanjang sesi persekolahan terutama dalam aspek tempoh menonton televisyen, penggunaan komputer dan gajet pintar, melayari Internet dan waktu tidur. Malah ada ibu bapa yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada anak-anak dalam menentukan aktiviti harian mereka ketika cuti sekolah ini asalkan semuanya berada di rumah. Diakui bukan mudah untuk memenuhi selera anak moden yang rata-rata mengadu bosan jika berpisah dengan gajet pintar mereka. Kanak-kanak moden lebih berselera menjamu mata dengan pelbagai aplikasi di Internet daripada melakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan. Malah puluhan saluran televisyen yang menghidangkan pelbagai rancangan menarik juga dianggap membosankan. Kecenderungan ini akan memberi kesan kepada waktu tidur mereka. Leka melayan gajet pintar membuatkan ramai kanak-kanak tidur lewat dan liat apabila dikejut untuk bangun keesokkan paginya.

 

KAJIAN TIDUR LEWAT

 

PANTAU WAKTU TIDUR ANAK ANDA

Antara punca masalah pernafasan ketika tidur yang paling lazim pada kanak-kanak ialah pembengkakan tonsil atau adenoid. Masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah iaitu melalui pembedahan pembuangan tonsil. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh jajaran tulang rahang dan gigi yang tidak betul yang boleh dibantu dengan penggunaan alat ortodontik. Jika anak anda kini sudah mengalami masalah berat badan, anda perlu memberi lebih perhatian kepadanya. Jika diperhatikan kanak-kanak yang tidur lewat akan cenderung untuk makan lebih pada waktu malam yang turut menjadi penyumbang kepada pertambahan berat badannya. Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk memastikan anak anda tidur awal. Antara yang disarankan kebanyakan pakar ialah:

 

 

 

 

 

 

Sumber: Internet/ Harian Metro