KelabMama

Bancuh Susu Guna Air yang Dimasak Lebih Baik Dari Air RO/Penapis?

guna air dimasak bancuh susu

Betul! Sebenarnya air RO/penapis ni tak sesuai kalau Mama nak bancuh susu baby lagi-lagi baby yang baru lahir atau neonates. Mama perlu guna air yang dimasak untuk membancuh susu baby. Doktor pun sarankan perkara yang sama.

Lagi pun, sistem pencernaan baby yang baru lahir ni sangat sensitif dan belum matang sepenuhnya. Sebab tu penting untuk gunakan air yang selamat dan bersih sebagai air bancuhan susu baby.

Baby yang minum susu dari air bancuhan RO ni boleh mengalami masalah kesihatan seperti cirit-birit, muntah, dan demam, dan ini boleh menyebabkan bayi menjadi dehidrasi.

Sama seperti yang berlaku kepada anak Fakhriz yang berusia dua bulan mengalami keracunan makanan disebabkan bancuhan air susu.

Air yang Dimasak Sesuai untuk Bancuh Susu

Ada beberapa sebab mengapa air panas yang dimasak dalam cerek ni dianggap pilihan yang paling sesuai untuk bancuh susu baby.

1. Penyahpanasan

Sebenarnya, kalau Mama nak tahu, proses memasak air dengan cerek ni cara yang paling berkesan untuk bersihkan dan menyahpanaskan air.

Air yang dimasak dengan cerek akan mencapai suhu yang mencukupi untuk membunuh sebarang bakteria atau mikroorganisma yang mungkin ada dalam air.

Ini kerana, air yang dimasak dengan cerek biasanya mencapai suhu mendidih kira-kira 100 darjah celcius pada tahap normal atmosfera.

Manakala, air penapis pula air yang biasanya disaring melalui penapis air untuk menghilangkan kontaminan. Suhu air penapis adalah pada suhu bilik je. Jadi ia tak mengalami pemanasan tambahan semasa proses penapisan.

2. Suhu yang Terkawal

Memasak air dengan cerek juga memberi jaminan bahawa suhu air berada dalam julat yang selamat untuk digunakan. Suhu yang tak terlalu panas untuk baby Mama.

Ini jugak membantu mengelakkan risiko kecederaan akibat suhu air yang terlalu tinggi.

3. Sistem Pencernaan Bayi yang Sensitif

Macam yang Mama Siti terangkan sebelum ni, sistem pencernaan bayi baru lahir sangatlah sensitif. Sebab tu air panas yang dimasak adalah pilihan yang paling selamat untuk mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada baby Mama.

4. Tidak Perlukan Penjagaan Tambahan

Air panas yang dimasak dengan cerek tak perlukan penjagaan tambahan macam penapis air. Sebab penapis air ni Mama perlu pastikan penapis sentiasa di service. Jadi dengan guna cerek air, ini cara yang paling mudah dan air yang dimasak pun selamat dan sesuai untuk digunakan.

Kenapa Air RO/Penapis Tak Sesuai untuk Bancuh Susu?

1. Tidak Membunuh Bakteria

Walaupun air RO ni sangat bersih daripada bahan kimia dan zat kontaminan, namun, ia tak membunuh bakteria.

Sebab tu kalau air RO terkena kontaminasi bakteria semasa diservis atau penyimpanan, risiko untuk jangkitan tu masih ada.

2. Masalah Alahan

Ada beberapa bayi yang mungkin akan mengalami alahan terhadap air RO ni. Ini adalah salah satu perkara yang perlu Mama ambil kira kalau bayi Mama ada tunjukkan tanda-tanda atau alami masalah pencernaan selepas mengambil susu yang Mama bancuh dengan air RO.

3. Kandungan Mineral yang Rendah

Dalam proses RO, biasanya ia akan menghilangkan sebahagian besar mineral dari air, termasuk mineral-mineral yang penting seperti kalsium, magnesium dan juga kalium.

Ini pun boleh menjadi masalah, kalau bayi Mama dibancuh susu menggunakan air RO sebab bayi perlukan mineral-mineral ni untuk pertumbuhan dan perkembangan yang lebih sihat.

4. Potensi Kemasinan yang Tinggi

Air yang telah melalui proses RO ini adalah air yang sangat bersih atau deminerilized. Sebab airnya berpotensi untuk menyerap mineral dari bahan-bahan yang ia sentuh.

Ini termasuklah botol susu baby, kerana ia boleh menyerap mineral yang sepatutnya diserap oleh baby daripada susu yang dibancuh.

Cara Bancuh Susu dengan Betul

  1. Pastikan botol susu bayi bersih dan kering.
  2. Tuangkan air suam dahulu, kemudian air panas.
  3. Masukkan beberapa skop susu mengikut sukatan susu yang disarankan.
  4. Mama goncangkan secara perlahan atau ikut nombor lapan secara melintang.

Mama Siti nak ingatkan, kalau Mama Papa goncang susu, jangan sampai ada buih yang banyak kerana ia mungkin boleh menyebabkan perut bayi kembung nanti. Dan kalau susu bayi pekat sangat nanti bayi boleh kena sembelit tau.

Mama make sure lepas ni kalau nak bancuh susu gunakan air panas yang dimasak tau. Kalau Mama nak gunakan air penapis juga boleh sebenarnya, tapi Mama kena jerang dahulu air tersebut ye.


Mama Papa take note ada lima jenis kanser yang selalu menyerang kanak-kanak. Klik di SINI.