KelabMama

BALIK DARI LEPAK TIBA-TIBA BINI DAH TAK ADA, ANAK MENANGIS LAPAR

Bila dah melangkah ke alam perkahwinan ni banyak perkara yang berubah. Kehidupan semasa bujang tak sama bila dah kahwin. Terutamanya buat lelaki. Bukan tak bermakna tak boleh lepak langsung tapi tak perlu rasanya lepak sampai ke subuh. Anak bini ditinggalkan dirumah sedangkan si suami bersuka ria bersama teman-teman. Bila jadi sesuatu yang tak diingini mulalah nak menyesal.

Seperti kisah yang dikongsi di Twitter ini betul-betul mengejutkan netizen. Siapa menyangka, sewaktu si suami keluar rumah isteri nampak sihat. Tapi bila si suami pulang si isteri tak lagi bernyawa dan anak kecil menangis sampai tak ada suara. Allahu.

CERITA BENAR. Kawan abang I lepak dengan kawan-kawan sampai dekat subuh. Time tu isteri dia baru lepas beranak. Baby baru 3 bulan ke 4 bulan macam tu. Time dia balik rumah dekat subuh, masuk bilik tengok baby dia nangis yang tahap dah tak ada suara.

Bini tak bernyawa, anak menangis tak keluar suara;

Bila dia kejut bini dia, bini dah tak bernyawa. Baby menangis sebab lapar. Tak tahu since what time baby dia menangis nak susu. Can you imagine? Balik lepak tiba-tiba bini dah tak ada, sedangkan waktu itu kau sepatutnya ada di sebelah bini kau.

Kawan abang I tanggung rasa bersalah sampai ke hari ini. Boleh imagine lagi tak, bila orang tanya bini meninggal sebab apa? Tapi kau tak boleh nak jawab sebab kau tak tahu apa yang jadi sebenarnya.

Bila orang tanya apa sebenarnya jadi pun, kau tak boleh nak explain. Kau hanya boleh cakap tak tahu. Bila mak pak mertua dia tanya, dia diam tak tahu nak jawab apa.

Bila orang tanya dia dekat mana time tu, dia diam. Kalau kau dekat tempat kawan abang I tu gamak tak nak cakap ‘saya lepak sampai subuh’??

Boleh pergi melepak, tetapi kena ingat sama tanggungjawab and amanah yang ada untuk dijaga. Dah kahwin tapi lepak macam orang bujang. Bila dah kahwin, pandailah jaga priorities.

Sama-sama kita mengambil iktibar dari kisah ini. Yang lelaki be a good, wise, grown up, matured, responsible or any best man you can ever be to your family.

Guys, kejadian ini bukan baru terjadi ye.. Kejadian ini berlaku pada November 2017. Sekarang, anak dia dah nak masuk 2 years dah. Isteri dia meninggal sebab lemah jantung (keputusan post mortem).

Renungan buat suami…

1) Utamakan isteri kerana isteri hanya mempunyai suami iaitu kita, manakala kawan-kawan kita masih mempunyai kawan-kawan yang lain.

2) Fitrah seorang isteri akan lebih mudah terasa sunyi bila ketiadaan suami. Fitrah seorang isteri juga sentiasa ingin berkongsi apa saja dengan orang yang disayangi dan dihormatinya. Jangan sampai ketiadaan kita yang berterusan menyebabkan adanya kehadiran lelaki lain yang mengisi kekosongan itu.

3) Lebih baik jadikan kawan-kawan ke arah kekeluargaan. Kawan sebegini akan lebih menghargai kebahagiaan keluarga masing-masing.

4) Jangan terlalu banyak keluar dengan kawan berbanding anak bini. Kalau ada aktiviti bersama kawan, bawalah isteri dan anak bersama.

5) Cipta waktu bersama isteri lebih romantik untuk dikenangdan dirasai lebih panjang oleh isteri kita. Fitrah wanita bila dibelai dan diberi layan romantis sedikit sebanyak mengurangkan rasa tak puas hati terhadap waktu kekosongan bila kita tiada disisinya.

Sumber : Lily, MingguanWanita

BACA JUGA 6 LOKASI LEPAK BERSAMA KELUARGA KETIKA MUSIM HUJAN

Pesan Mama Siti

Mama Siti harap kisah ini dapat buka mata papa supaya jangan terlalu utamakan keseronokan bersama kawan-kawan berbanding anak bini. Nak lepak boleh tapi tak perlu sampai ke subuh. Apatah lagi kalau ada anak kecil. Berpada-padalah jangan sampai ketepikan tanggungjawab sebagai suami ye.