KelabMama

Bahaya Baju Renang Berwarna Biru! Cikgu Renang Nasihatkan Mama Papa Demi Keselamatan Anak-anak

bahaya baju renang warna biru

Nikki Scarnati, seorang Ibu anak dua dan juga pengajar kelas renang di Spring Hill, Florida, telah berkongsi satu video di akaun TikTok nya yang melarang untuk menggunakan baju renang berwarna biru.

Ujarnya, disebabkan warna pakaian berkenaan seakan-akan dengan persekitaran dalam kolam menyebabkan kanak-kanak sukar untuk dilihat dan berkemungkinan boleh menjejaskan keselamatan mereka.

Scarnati juga turut berkongsi video anaknya yang memakai baju renang berwarna biru tujuan untuk menunjukkan situasi sebenar ketika berada didalam kolam dengan memakai baju warna biru.

@scarnati.swim

Just dont do it! Why think about which bathing suits for the splash pad? Just buy bright ones!!

#selfrescue #selfrescueswimming #selfrescueswim #watersafety #drowningpreventionawareness #springhillisd ♬ original sound – Nikki Scarnati

Jelasnya, sukar untuk melihat pergerakan anaknya yang sedang berenang itu walaupun berada dalam air kolam yang tenang. Situasi ini belum lagi berampur dengan kanak-kanak yang bermain, menyimbah air dan bergembira di dalam kolam.

Walaupun berada di bawah cahaya matahari, tetap sukar untuk melihat keadaanya yang berenang. Hal ini kerana warna bajunya yang sama dengan warna di dalam kolam.

Scarnati, seorang warga Florida yang merupakan seorang tenaga pengajar renang kanak-kanak berumur antara enam bulan dan enam tahun berkata nasihat yang diberikan ini juga berdasarkan apa Scarnati pelajari dalam keluarganya.

Ibunya dahulu akan memastikan adik-beradiknya memakai baju renang selain warna biru untuk menyenangkan ibunya melihat keberadaan mereka.

Tetapi apabila Scarnati mula berkecimpung dalam bidang ini, dia mendapati bahawa tak semua ibu bapa mengetahui tentang kesedaran keselamatan anak-anak ketika berada di dalam kolam.

Baju renang warna biru ini dijual secara meluas dan senang untuk didapatinya. Lagi pun warna biru ini sudah menjadi kebiasaan warna dipakai sebagai baju renang.

Justeru itu, ianya menimbulkan sedikit kekecewaan kepada golongan profesional yang bekerja dengan kanak-kanak terutamanya ketika berada di dalam kolam.

Jadi, untuk keselamatan anak-anak, Mama elakkan daripada memakaikan baju renang warna biru ini kepada anak-anak ketika berada di dalam kolam.

Kredit gambar: Facebook @ARA Swim

Senang cakap, Mama beli je baju renang yang berwarna-warni, yang mudah menarik perhatian ramai. Supaya kita dapat melihat keadaan mereka dengan jelas ketika berada di dalam kolam, dan seterusnya mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini.


Dapatkan info kesihatan tentang anak-anak di SINI.