KelabMama

BAIK BURUK HISAP PUTING

Puting kosong sering menjadi pilihan ibu dan bapa untuk menenangkan anak yang sedang menangis. Bayi yang sedang menangis akan segera berhenti menangis sekiranya diberikan puting kosong ini kerana refleks bayi yang semulajadinya ingin menghisap susu.  Malah melalui satu kajian melaporkan bahawa dua per tiga ibu menggunakan puting. Lazimnya puting diberi kepada bayi berusia dua hingga tiga bulan. Bukti juga menunjukkan bahawa ibu bapa cenderung memberikan puting jika bayi itu bayi pertama atau jika bayi itu lelaki.

                Ada kajian juga menunjukkan bahawa SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut dapat dielakkan apabila bayi diberi puting kosong ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong ini tidak boleh tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS.

                Namun puting kosong ini sepatutnya diberhentikan apabila bayi sudah semakin besar. Ada yang berpendapat 6 bulan, ada 9 bulan dan ada yang setahun. Berapa pun umurnya puting kosong ini harus diberhentikan apabila gigi susu mula tumbuh. Kebanyakkan tidak mahu memberhentikan puting kosong kerana alasan anak pasti akan menangis. Sehinggakan ada yang menghisap puting kosong sehingga berumur 4 tahun! Ketika ini, amat susah untuk membuang habit menghisap puting kosong ini kerana sudah terbiasa

 

Kebaikan

  

Keburukan

 

 

 

Sumber: Internet