KelabMama

Bahaya Pakai Seluar Ketat Untuk Wanita Mahupun Lelaki

Memakai seluar jean ketat atau skinny jean sangat menjadi kegilaan anak muda ketika ini sama ada bagi yang berbadan kurus atau besar, malah ada yang sanggup mengecilkan seluar yang dibeli semata-mata untuk mendapat saiz yang paling diidamkan. Sesetengah mereka sanggup menyeksa diri untuk memakai seluar seperti itu hingga perlu meminta bantuan orang lain bagi membutang atau menzipkan seluar berkenaan atau melompat-lompat semata-mata untuk ‘memuatkan’ diri, asalkan kelihatan cantik pada pandangan mata.

Namun, tanpa sedar pemakaian seluar ketat terutama daripada fabrik jean atau denim mengundang bahaya kepada si pemakai sama ada lelaki mahupun wanita. Memang, sebelum ini golongan lelaki lebih sering dikaitkan dengan isu ini ekoran boleh menyebabkan kemandulan. Namun, golongan wanita yang terlalu kerap memakai seluar ketat sebenarnya terdedah kepada risiko masalah saraf dan sendi terutama di bahagian pinggul dan pinggang. Pemakaian seluar denim tidak dilihat memberi kemudaratan kepada pemakai selagi mereka berasa selesa, tidak ketat dan tidak mengehadkan pergerakan, namun jika sebaliknya, ada risiko yang mereka bakal berdepan.

Sumber: Utusan & Ketua Unit Fisioterapi, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Zunaidah Abu Samah