KelabMama

Bahaya Minum ‘Bubble Tea’ Terlalu Banyak Dalam Jangka Masa Pendek

Sejak beberapa hari isu minum ‘Bubble Tea’ ni semakin hangat diperkatakan. Ada yang kata boleh minum, ada yang kata tak boleh. Tapi kalau minum ‘Bubble Tea’ terlalu banyak dalam masa terdekat tu yang bahaya. Ha..kalau nak tahu kebenaran tentang ‘Bubble Tea’ ni jom kita baca perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad .

BAHAYAKAH ‘BUBBLE TEA’

Diberitakan seorang remaja berusia 14 tahun dari Zhejiang, China telah diviralkan, berikutan xray beliau yang menunjukkan beratus ‘bubble tea pearls’ yang tidak dihadamkan berkumpul dalam saluran usus. Dengan lebih jelas, xray menunjukkan bagaimana pearls ini yang dibuat dari kanji ubi (tapioca starch) bersifat seperti gam yg melekat. Jika 
digabungkan makanan lain yang belum sempurna dihadamkan menyebabkan najis menjadi lebih melekit dan akhirnya menyebabkan usus tersumbat.

Akhbar online China “The Paper” melaporkan bahawa ibubapa remaja ini membawa beliau ke hospital berdekatan (Zhuji People’s Hospital) di Zhejiang pada 28 May 2019, setelah remaja iru mengadu sakit perut yg keterlaluan, tiada selera untuk makan dan sembelit yang lama.

Selepas melakukan pemeriksaan xray, doktor yg merawat Dr Zhang Louzhen melakukan pemeriksaan CT scan abdomen pula sebagai pengesahan dan mendapati bahawa bayangan ketulan telah memenuhi keseluruhan ruang antara perut hingga usus besar terakhir iaitu anus.

Bila disoal remaja itu memberitahu beliau ada meminum segelas “bubble tea” lima hari sebelumnya.

Lalu doktor di hospital itu membuat kesimpulan bahawa masalah yang dialami oleh remaja ini berpunca dari butiran
‘tapioca pearls’ dalam minuman bubble tea yang tidak terhadam.

Apa yang berlaku adalah berkemungkinan remaja itu meminum terlalu banyak ‘bubble tea’, dalam masa terdekat.

Semestinya meminum ‘bubble tea’ tidak berbahaya, tetapi meminumnya dalam kadar yang banyak dalam jangka masa yang pendek, mungkin menyebabkan ‘tapioca pearls’ tidak terhadam dengan sempurna.

Apa yang penting adalah mengamalkan apa saja makanan dan minuman secara sederhana.

Jangan minum terlalu banyak, InsyaAllah kita tidak mengalami masalah.


#HealthDrZubaidi

7 LANGKAH BIJAK MENGURANGKAN GULA

1) Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

2) Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

3) Elakkan menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4) Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur. 

5) Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.

6) Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.

7) Pilih produk berlabel “rendah gula” dan “bebas gula”.

Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad

BACA JUGA SELAIN UNTUK KESIHATAN, INI 6 KHASIAT LEMON DALAM KEGUNAAN HARIAN KITA

Pesan Mama Siti

Ha..minum ‘Bubble Tea’ tu tak bahaya tapi kalau duk minum hari-hari memanglah tak bagus untuk kesihatan. Jangan kata ‘Bubble Tea’, kalau mama minum air yang manis hari-hari pun boleh mendatangkan penyakitkan? Hehe