KelabMama

BAHAYA JANGKITAN RUBELLA KETIKA HAMIL

Rubella atau German measles adalah jangkitan yang boleh menyebabkan ruam berwarna kemerah-merahan, bermula pada bahagian muka dan kemudiannya merebak ke bahagian badan yang lain. Simptom lain yang biasanya muncul sebelum ruam termasuk demam yang tidak begitu tinggi, konjuktivitis (inflamasi mata) dan nodus limfa membengkak. Virus ini akan menamatkan kitarannya dalam masa kira-kira tiga hari tetapi lebih separuh daripada mereka yang dijangkiti tidak mendapat apa-apa simptom. Kebanyakan daripada mereka tidak tahu bahawa mereka telah dijangkiti.

Walaupun rubella biasanya tidak membahayakan, namun berbahaya bagi wanita hamil kerana boleh menyebabkan banyak masalah kepada bayi dalam kandungan. Apabila bayi tersebut dijangkiti, iaitu apa yang dipanggil sindrom rubella kongenital (CRS), masalah-masalah berikut boleh berlaku iaitu katarak dan kecacatan mata yang lain, pekak, kecacatan jantung, kepala yang lebih kecil daripada biasa (microcephaly), tumbesaran terbantut ketika dalam kandungan dan kerosakan pada otak, hati, paru-paru dan sum-sum tulang.

 

SISTEM IMUN

 

RISIKO

 

 

 

 

Sumber: Internet