KelabMama

Sedap Menjamah Minuman Manis Ketika Raya, Gula Boleh Memudaratkan Kanak-kanak

bahaya gula kepada kanak-kanak

Mama Papa tahu tak apa kesan kalau anak-anak terlalu banyak mengambil gula terutamanya dalam minuman manis? Mama Papa perlu pantau cara pemakanan anak-anak macam mana ye.

Mama Papa kena kawal pengambilan gula mereka walaupun anak-anak akan bertegas jugak nak kan benda yang manis ni.

Jadi, dalam seronok Mama Papa berbual dengan sanak-saudara tu, pastikan Mama Papa ‘pasang’ mata-mata jugak dekat anak-anak kecil. Jangan sampai mereka minum air manis terlalu banyak.

Bahaya Pengambilan Gula Yang Banyak Pada Kanak-kanak

1. Gula Risiko Terhadap Kesihatan

Dalam minuman manis, walaupun diiklankan ‘0-sugar’, sebenarnya masih mempunyai kandungan gula atau manisan yang tinggi.

Sekiranya anak-anak mengambil minuman ini pada kadar yang banyak, kesannya akan memaksa badan mereka untuk hasilkan satu lagi hormon yang bertindak untuk menaikkan semula paras gula.

Lama-kelamaan paras gula ni akan membawa kerosakan pada penghasilan insulin, sekaligus akan menyebabkan diabetes. Pengambilan makanan atau minuman dengan kandungan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan pedih ulu hati dan rasa tak selesa di bahagian tekak mereka nanti.

Anak-anak mungkin akan rasa seperti hendak muntah, batuk dan boleh berlaku pelbagai jenis alahan. Anak-anak dalam proses hendak membesar jadi sistem imuniti mereka rendah lagi.

2. Gigi Rosak atau Rongak

Gula atau minuman manis juga boleh menyebabkan peningkatan kadar pembentukan karies pada gigi mereka. Jadi, sebab tu pentingnya kita tidak disarankan untuk perkenalkan gula pada anak-anak kecil yang sedang membesar.

Lebih bagus, Mama sendiri tetapkan rutin untuk periksa kesihatan gigi mereka sekurang-kurangnya dua kali setahun di mana-mana klinik gigi berdekatan anda.

Mama tak nak anak rongak sejak mereka kecil bukan?

3. Mengganggu Pembelajaran dan Melemahkan Daya Ingatan

Kredit Gambar: GenPI.co

Memang betul anak-anak perlukan gula untuk sumber tenaga. Tetapi Mama Papa kena pastikan karbohidrat yang diberikan pada anak-anak adalah daripada sumber yang berkhasiat.

Pengambilan gula yang berlebihan boleh merosakkan kemahiran kognitif dan kawalan diri mereka. Gula yang berlebihan juga akan menyerang tiga ‘kawasan’ penting yang berkait rapat dengan daya ingat dan memori anak-anak.

Sebab tu kalau suruh anak-anak hafal apa-apa mereka akan susah untuk ingat walaupun perkara yang suruh dihafal tu senang je. Bukan nak hafal je, nak mintak mereka fokus 10 minit pun susah.

4. Hiperaktif & Risiko Menjadi Sawan

Apabila anak-anak mengambil gula yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan sugar rush kepada anak-anak.

Anak-anak akan jadi hiperaktif, tak boleh duduk diam dan memang sukar untuk dikawal. Mereka juga berisiko terkena sawan atau shock.

Jadi, kalau tuan rumah hidangkan air tu Mama Papa kena tengok-tengok lah jugak, jangan dibiarkan anak minum air manis terlalu banyak. Paling tidak pun, selangkan dengan air kosong.

5. Kurang Minat Makanan Berkhasiat

Kalau dari kecil anak-anak Mama Papa sudah didedahkan dengan makanan yang sihat dan berkhasiat seperti sayuran dan buahan, tidak menjadi masalah untuk kekalkan gaya pemakanan yang sihat pada mereka.

Mereka sudah tahu bahawa makan sayur tu bagus dan akan cuba untuk kurangkan makan makanan yang tak sihat. Tapi akan berbeza ye kalau Mama Papa dedahkan mereka dengan makanan atau minuman bergula dan jajan dahulu.

Anak-anak tidak akan teragak-agak untuk tak makan sayur dan membuang sayur secara senyap-senyap. Alasan yang akan diberikan cuma satu je, tak sedap katanya.

Sebab tu lah, Mama Papa kena dedahkan mereka dengan pelbagai jenis sayuran supaya dapat menarik minat mereka untuk makannya. Awalnya, mungkin anak-anak tak nak makan tapi lama-kelamaan mereka pasti akan makan juga.

Mama Papa kena ingat ye pengambilan gula yang berlebihan ni mendatangkan banyak keburukan kepada anak-anak berbanding kebaikannya.

Selain daripada untuk mengelakkan risiko mereka mendapat penyakit kronik pada usia muda, Mama Papa harus memantau gaya pemakanan mereka.


Gigi anak rongak? Mama mahu tahu cara untuk menjaga gigi anak-anak? Klik di SINI.