KelabMama

BAHAYA BILA AIR KETUBAN BANYAK. KENALI POLIHIDRAMNIOS

Kita selalu dengar masalah mama mengandung yang air ketubannya kurang tapi kita jarang dengar masalah air ketuban yang berlebihan. Jumlah air ketuban yang normal adalah 8-20. Kalau air ketuban mama lebih dari 20 bermakna air ketuban terlebih. Air ketuban memang diperlukan oleh bayi dalam perut untuk perkembangannya. Tapi kalau kuantiti air ketuban melebihi dari paras yang sepatutnya boleh membahayakan mama dan bayi tau!

KENAPA AIR KETUBAN LEBIH DARIPADA BIASA?

Ada banyak sebab yang boleh membuatkan jumlah air ketuban mama melebihi paras yang sepatutnya. Antara sebabnya ialah :

1) Mama ada diabetes masa mengandung.

2) Kandungan kembar

3) Kecacatan pada bayi – Contoh saluran esofagus yang tak sempurna (esophageal atresia), saluran usus bahagian duodenum yang tak sempurna (duodenal atresia) dan beberapa lagi masalah pencernaan makanan

4) Bayi ada masalah pada bahagian saraf menyebabkan dia tak boleh nak menelan

5) Jantung bayi bermasalah

RISIKO AIR KETUBAN BANYAK

Bukan air ketuban kurang je yang berisiko tapi air ketuban banyak pun berisiko juga kepada mama dan kandungan tau. Antara risiko yang bakal dihadapi :

1) Berisiko lebih tinggi untuk menjalani pembedahan caesarean

2) Kelahiran pramatang

3) Bayi berkedudukan songsang

4) Pendarahan yang teruk selepas bersalin

5) Pecah air ketuban awal

MACAM MANA NAK TAHU AIR KETUBAN BANYAK ATAU TAK?

Mama mungkin akan rasa perut mama lebih besar daripada yang sepatutnya. Apatah lagi mama pernah mengandung sebelum ni. Ukuran rahim yang lebih besar dari sepatutnya juga salah satu tanda air ketuban banyak.

APAKAH RAWATANNYA?

Selalunya kalau masalah macam ni doktor akan pantau keadaan bayi. Keadaan bayi yang normal selalunya akan diberi masa sehingga bayi cukup bulan dan dilahirkan seperti biasa. Mama juga berisiko untuk bersalin awal. Pada masa itu mama akan diberi steroid supaya paru-paru bayi menjadi matang dan tak memerlukan bantuan mesin pernafasan bila bayi dilahirkan.

Seeloknya mama kena banyakkan berehat supaya dapat elakkan kelahiran bayi pramatang. Jika perlu gunakan alat khas untuk menyedut air ketuban atau kelahiran yang lebih awal, doktor akan lakukannya. Jangan putus berdoa semoga memudahkan urusan kehamilan dan kelahiran mama ye. InsyaAllah.

Bestnya Baby Warehouse SALE dengan tawaran menarik dari Motherhood.com.my dan JOM join NewMama bersama KelabMama hari ini!