KelabMama

Apakah Bahan Terbaik yang Dapat Memulihara Kulit Mulus Si Manja?

Mama pernah dengar atau lihat bunga calendula tak? Seperti namanya yang cantik, bunga Calendula adalah sejenis bunga yang unik, berwarna kuning atau jingga dan berasal dari Eropah Selatan. Ia dipercayai hanya mekar pada bulan atau hari pertama setiap bulan.

Untuk pengetahuan Mama, disebalik kecantikannya, bunga Calendula juga sangat baik dan memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan kulit kita. Sejak dahulu lagi, calendula sering digunakan sebagai ramuan untuk merawat kulit oleh pelbagai budaya dan bangsa, termasuk di wilayah Mediteranian dan antara bahan yang popular dalam perubatan Ayurveda dan  tradisional China.

Mama jangan salah faham pula dengan cara penggunaan bunga calendula pada kulit kita ya. Untuk penjagaan kulit, kita sebenarnya hanya menggunakan minyaknya yang telah diesktrak dari kelopak, batang, dan juga biji bunga calendula.

Jadi, apakah manfaat calendula pada kulit kita?

#1 Anti-radang dan antimikrobial 

Sifat anti-radang calendula adalah disebabkan kandungan flavonoid, sponins dan triterpenoids yang tinggi dalam bunganya. Ketiga-tiga kompaun ini yang membantu mencegah kemerahan, alergi dan keradangan pada kulit. 

#2 Melindungi kulit daripada Radikal Bebas 

Flavonoid juga sangat bagus dalam melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. 

Apabila sifat antioksidan dan juga melindungi kulit daripada radikal bebas ini ‘bergabung’ ia akan meneutralkan keadaan kulit dan menghindari penuaan, garisan halus dan kedutan, hiperpigmentasi, dan juga kulit kusam. 

Sangat ‘power’ ya flavonoids yang terkandung dalam calendula ini! 

#3 Melembapkan Kulit 

Calendula yang mengandungi asid lemak penting seperti ‘linoleic acid’ dapat membantu meningkatkan kelembapan kulit dari luar. ‘Linoleic acid’ dalam calendula juga boleh membuatkan sel kulit kita menyerap nutrien penting dan juga memerap kandungan air dalam kulit agar tahan lebih lama. Ini akan membuatkan kulit kekal hidrat dan kelihatan lebih lembut dan sihat. 

Calendula juga sangat bagus dalam merawat jerawat. Ia tidak akan mengeringkan kulit dan selamat untuk digunakan bersama bahan anti jerawat yang lain seperti benzoil peroksida dan asid salisilik.

#4 Merawat ruam lampin dan juga psoriasis

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan pada 2012, walaupun keputusan menunjukkan krim aloe vera juga boleh digunakan untuk merawat ruam lampin, minyak calendula sebenarnya mempunyai kesan terapeutik yang lebih tinggi dalam menyembuhkan ruam lampin berbanding aloe vera. 

Sifat calendula yang merangsang penumbuhan tisu kulit yang baru pada kulit yang bermasalah atau luka juga menjadikannya sebagai salah satu alternatif untuk mengurangkan masalah psoriasis pada kulit. 

Sama seperti kita yang dewasa yang sentiasa menginginkan kulit lembap, awet muda dan kekal lembut, anak-anak kita pun pasti inginkan yang sama apabila mereka besar nanti.

Jadi, sebagai mak yang bertanggungjawab, Mama Siti selalu nasihatkan Mama untuk menggunakan produk penjagaan kulit si manja yang bagus dan sesuai sejak mereka bayi lagi. 

Dalam keterujaan Mama memilih produk untuk cahaya mata Mama, jangan lupa untuk memilih produk yang hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dan berkualiti agar kulit si manja kekal halus, gebu dan lembut seperti produk daripada Cetaphil.

Cetaphil Baby With Organic Calendula – Melindungi & Memulihara Kulit Lembut Si Manja 

Cetaphil memahami kebimbangan setiap ibu bapa, terutamanya bagi mereka yang baru sahaja menyambut cahaya mata. Oleh sebab itu, Cetaphil memperkenalkan rangkaian produk Cetaphil Baby yang terbaru – Cetaphil Baby With Organic Calendula

Cetaphil Baby With Organic Calendula dihasilkan dengan ekstrak calendula sebagai bahan utama untuk menyuburkan dan juga memulihara kulit halus bayi yang 10 kali lebih sensitif berbanding kita yang dewasa. 

Yang menariknya mengenai produk Cetaphil Baby ialah, kesemua rangkaian produknya tidak mengandungi paraben, hipoalergenik, dan juga ekstrak mineral yang diperlukan oleh kulit. Sebab itulah ia menjadi produk pilihan nombor 1 ibu bapa di Malaysia!

Untuk mengekalkan kelembapan dan memulihara kulit mulus si manja, jom Mama Siti nak kongsikan sedikit tips dan cara penjagaan kulit anak-anak yang berkesan. 

1. Cuci badan dan juga rambut bayi dengan menggunakan Cetaphil Baby Calendula Wash & Shampoo

Syampu dan sabun mandian ini telah terbukti secara klinikal mampu mengekalkan kelembapan kulit. Dengan penggunaan yang berpanjangan, ia mampu meningkatkan kesihatan kulit si manja.

Malah, Cetaphil Baby Calendula Wash & Shampoo juga sangat sesuai digunakan untuk ketika waktu mandi bayi kerana ia telah diformulasikan tanpa paraben, tanpa sebarang bahan pewarna mahupun ekstrak mineral, dan tidak memedihkan mata apabila digunakan.

2. Tambah kelembapan kulit bayi dengan Cetaphil Baby Calendula Lotion

Selepas selesai memandikan bayi, Mama jangan lupa untuk oleskan losyen yang sangat direkomendasikan oleh pakar pediatrik ini. 

Cetaphil Baby with Organic Calendula Lotion ini juga terbukti secara klinikal dapat menjadikan kulit halus bayi kekal lembap sehingga 24 jam lamanya. Formula lembut dan juga tanpa sebarang bahan kimia berbahaya dapat menenangkan, melembutkan juga memperbaiki struktur kulit si manja anda. 

3. Perlindungan ekstra dengan Cetaphil Baby Advance Protection Cream 

Mama disarankan untuk menggunakan krim ini terutamanya bagi melindungi kulit si manja daripada iritasi, keradangan, kulit kering dan juga alahan. Ia juga dapat merawat dan menyuburkan kulit si manja agar kekal halus dan gebu. 

Selain daripada Calendula Organik sebagai bahan utama, Cetaphil Baby Advance Protection Cream juga diformulasikan dengan Allantolin dan Shea Butter, tanpa sebarang bahan pengawet dan paraben yang dapat melembutkan kulit serta menghilangkan ketidakselesaan kulit bayi yang kering. 

Untuk memelihara kulit halus si manja, Mama Siti sangat mengesyorkan untuk ibu-ibu mencuba rangkaian produk Cetaphil Baby with Organic Calendula ini. Pasti rasa lebih seronok setiap kali pegang kulit mulus dan halus si manja. 

Ketahui pelbagai manfaat kesihatan kulit dengan melayari laman rasmi, Facebook dan juga Youtube Cetaphil. 

Untuk mendapatkan produk-produk Cetaphil Baby with Organic Calendula ini, Mama boleh ke cawangan Watsons yang berdekatan atau beli secara online di laman rasmi Watsons hari ini. Mama juga boleh mendapatkan pelbagai produk Cetaphil di Lazada dan Shopee.