KelabMama

Awas Mama! Jangan Campurkan Bahan Pencuci Rumah Ini

Kebanyakkan kediaman pada hari ini tentu mempunyai stock bahan peluntur kan? Tentulah. Keberkesanannya yang tinggi membuatkan para isteri tidak mahu cecair kimia ini terputus bekalannya dalam rumah masing-masing.

Meskipun ia diakui sebagai bahan kimia yang merbahaya, namun alatan peluntur ini banyak kegunaan.

Bukan setakat menyingkirkan kotoran degil pada pakaian, namun ia juga berfungsi melunturkan warna, menghilangkan kotoran di lantai dan dinding kediaman.

Malah, bagi sesetengah kes, peluntur juga digunakan sebagai semburan menghalau serangga.

Wah, banyakkan fungsi peluntur!

Namun, dalam keberkesanannya membersihkan pelbagai barangan, Mama perlu berhati-hati tatkala menggunakan peluntur.

Bahan kimia yang satu ini mempunyai kesan sensitif pada sesetengah campuran chemical yang lain.

“Oh, saya tak risau sangat sebab saya basuh cara biasa jerr!”

Ya, mungkin pada pandangan Mama, peluntur yang digunakan sama seperti kebiasaannya iaitu campuran bersama air dalam baldi atau terus digunakan pada dinding toilet.

Namun, Mama perlu berhati-hati sebelum menuangkan cecair peluntur iaitu dengan memastikan tiada apa-apa bahan pencuci lain di kawasan berkenaan.

Ini kerana, campuran peluntur dengan sesuatu yang bersifat asid dan seumpamanya boleh memberikan kesan buruk, dan lebih merbahaya, ia mampu meragut nyawa.

Menurut Public Health Malaysia, pernah berlaku di jabatan kecemasan sebuah hospital di negara ini apabila menerima seorang pesakit wanita yang tidak sedarkan diri, sementara anak kecilnya pula batuk dan muntah tanpa henti.

Pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua beranak ini mengalami sesak nafas akibat terhidu gas beracun.

Sebaik rawatan selesai dan pesakit berada dalam keadaan stabil, ibu tersebut mendedahkan bahawa gas beracun berpunca daripada campuran bahan cucian yang beliau cipta.

Bancuhan tersebut adalah campuran daripada stain remover dan cecair peluntur bagi tujuan hasil pembersihan yang lebih sempurna.

Walaupun tidak didedahkan daripada sumber mana si ibu mendapat tips berbahaya tersebut, namun Mama Siti percaya kemungkinan besar tips itu diperoleh daripada internet kerana Mama Siti sendiri pernah terbaca posting seumpamanya bagi tujuan lantai berkilat, rumah menjadi wangi dan macam-macam lagi.

See! Bahayakan jika campuran asid seumpama ini dicampurkan sembrono tanpa mengambil kira kandungan yang terdapat dalam botol pencuci tersebut.

Sebenarnya, bukan campuran cecair peluntur dan stain remover jerr yang bahaya. Ada beberapa lagi bahan kimia yamg tak boleh dibancuh bersama.

Apakah bahan yang disenaraikan bahaya sekiranya dicampurkan? Jom, teruskan membaca entry ini.

1. Baking Soda + Cuka

Kredit gambar: Good Housekeeping

Sesetengah orang percaya baking soda yang dicampur dengan cuka boleh membersihkan objek dengan lebih cepat.

Malah, Mama Siti juga pernah jumpa tips bahawa campuran ini boleh mengilatkan la

Walaupun baking soda adalah beralkali dan cuka adalah berasid, adalah lebih baik untuk tidak mencampurkannya.

Menurut portal Liputan6.com, campuran ini juga boleh meletup jika dibiarkan dalam bekas tertutup.

2. Peluntur + Cuka

Kredit gambar: Good Housekeeping

Ini juga antara tips popular. Peluntur dan cuka dikatakan mampu menjadikan kuasa membersih itu lebih berkesan.

Namun, menurut portal Iluminasi, kedua-dua bahan ini apabila dicampur bersama boleh mengeluarkan gas klorin yang beracun sekiranya disedut.

Ini kerana cuka yang terdapat di rumah terdiri daripada sebatian organik dipanggil asid asetik yang dianggap berasid lemah.

Namun, walaupun asid lemah, ada kemungkinan cuka boleh bertindak balas dengan peluntur dan mengeluarkan asap klorin toksik

Pakar kesihatan mengatakan bahawa dengan sekiranya terhidu campuran peluntur dan cuka, seseorang mesti menghembuskan balik secepat mungkin dan hubungi doktor jika muncul gejala ringan sekalipun seperti pedih mata atau gatal-gatal.

Menghidu dalam jumlah kecil gas klorin ini boleh merengsakan saluran hidung, manakala bagi jumlah yang lebih tinggi, ia boleh menjadi toksik.

Sekiranya campuran tersebut dalam kepekatan yang rendah, ia boleh mencetuskan batuk, masalah pernafasan dan mata berair.

Pendedahan lebih lama kepada gas klorin tinggi pula boleh menyebabkan sakit dada, muntah dan kematian.

3. Peluntur + Ammonia

Kredit gambar: Good Housekeeping

Kebanyakan bahan peluntur yang terdapat di rumah mengandungi hipoklorit yang mana kebiasanya dalam bentuk natrium hipoklorit.

Produk ini adalah agen pengoksidaan hebat yang melarutkan hampir semua kotoran dan kuman yang ditemuinya.

Manakala ammonia pula adalah sejenis produk pembersihan yang biasa digunakan di rumah.

Bahan derivatif ammonia juga mungkin merupakan ramuan dalam produk lain seperti bahan pembersih kaca dan tingkap.

Walaupun kedua-dua mempunyai kuasa membersih dan mencuci, namun mencampurkan kedua-dua bahan ini tidak memberikan hasil yang lebih baik, namun membahayakan nyawa..

Menurut portal Iluminasi, apabila natrium hipoklorit dalam peluntur bertindak balas dengan ammonia atau derivatifnya, ia membebaskan gas kloramine toksik.

Menyedut gas kloramine boleh menyebabkan kerengsaan pada sistem pernafasan, loya, cecair dalam paru-paru dan banyak lagi.

Mencampurkan kedua-dua bahan ini akan menghasilkan gas beracun kloramine. Gas ini akan mencetuskan masalah pernafasan dan sakit dada.

Terhidu gas Koramin bolen menyebabkan batuk, sesak natas dan radang paru-paru,

4. Peluntur + Alkohol

Kredit gambar: Good Housekeeping

Campuran peluntur dengan bahan berasaskan alkohol sebenarnya sangat bahaya tau Mama! Ini kerana ia akan menghasilkan kloroform.

Apa itu kloroform? Ia adalah sebatian yang digunakan digunakan dalam perubatan untuk membius seseorang atau haiwan.

Kloroform juga toksik kepada makhluk hidup. Itulah yang akan berlaku jika anda mencampurkan kedua-dua bahan di atas untuk membersihkan rumah.

Bernafas dalam kloroform boleh menyebabkan keletihan, pening, dan pengsan.

5. Campuran Pelbagai Produk Pembersihan Sinki + Paip

Kredit gambar: Good Housekeeping

Semasa membersihkan sinki dan paip yang tersumbat, elakkan daripada mencampurkan bahan dari jenama yang berbeza.

Ini kerana sesetengah jenama mungkin mengandungi asid seperti asid sulfurik atau hidroklorik dalam produk mereka, manakala yang lain menggunakan natrium hidroksida dan peluntur.

Jika dicampur bersama, asid dan bes (oksida dan hidroksida logam) meneutralkan antara satu sama lain untuk menghasilkan garam dan air.

Namun, kerana tindak balas ini mengeluarkan banyak haba, ia boleh menimbulkan bahaya ekoran mampu menyebabkan sinki atau paip pecah.

Haba yang terhasil daripada tindak balas ini boleh menganggu paip saliran lama dan mengakibatkan kebocoran

Jika reaksi kimia yang berlaku terlalu agresif, haba yang terhasil daripada campuran ini boleh menyebabkan larutan terpancut keluar dari paip dan membahayakan sesiapa yang berdekatan.

6. Hidrogen Peroksida + Cuka

Kredit gambar: Good Housekeeping

Mungkin Mama pernah mendengar tentang campuran kedua-dua bahan ini untuk membersihkan permukaan buah atau meja di dapur.

Namun, mencampurkan kedua-duanya adalah tidak selamat kerana ia boleh menghasilkan asid peracetic yang berpotensi menjadi toksik dan boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

7. Gula-Gula Mentos + Diet Coke

Kredit gambar: Wikipedia

Bukan setakat bahan kimia, namun terdapat juga campuran makanan dan minuman yamg dikira merbahaya tau Mama.

Walaupun ia bukan toksik, namun campuran gula-gula Mentos dan minuman Diet Coke boleh mengakibatkan tindak balas fizikal yang boleh berbahaya tanpa peralatan yang betul.

Menurut portal Iluminasi, jika gula-gula dimasukkan ke dalam botol Diet Coke, ia menyediakan permukaan untuk molekul karbon dioksida meletus daripada botol.

Ini kerana apabila gas meningkat, ia memaksa cecair naik dengan cepat dan membentuk “geyser Coke”.

Walaupun hasilnya boleh berlaku dengan mana-mana kebanyakan minuman berkarbonat manis, namun Diet Coke dikatakan lebih tinggi kesannya.

Fenomena ini adalah hasil daripada proses yang dikenali sebagai nukleasi.

Gula-gula menyediakan permukaan untuk molekul karbon dioksida dalam soda melekat dan tiba-tiba keluar dengan agresif hasil tindakbalas kimia yang berlaku.


Untuk pelbagai tips dan info tentang kesihatan, Mama dan Papa boleh klik di SINI!