KelabMama

20 Jenis Bahan dan Makanan yang Tak Perlu Mama Simpan dalam Peti Sejuk

makanan yang tak sesuai simpan dalam peti sejuk

Mama jenis suka sumpat semua jenis makanan dalam peti sejuk? Tak kira sama ada barang basah atau kering sebab nak pastikan sentiasa segar dan tak cepat rosak.

Tapi Mama tau tak, sebenarnya ada beberapa jenis makanan yang tak sesuai dan tak perlu untuk Mama simpan dalam fridge. Letak dekat kabinet je pun dah cukup baik dan tahan lama.

Jenis Bahan dan Makanan yang Tak Perlu Simpan dalam Peti Sejuk

1. Bawang Merah

Bawang merah sepatutnya tidak disimpan di dalam peti sejuk kerana kelembapan peti sejuk boleh menyebabkan mereka cepat membusuk. Mama boleh simpan bawang di tempat sejuk dan kering.

Sebab tu Mama Siti lebih suka kupas bawang time nak masak je, boleh elakkan daripada simpan bawang yang lebih tu dalam fridge.

2. Bawang Putih

Bawang putih pula sebaiknya disimpan di tempat yang sejuk dan kering seperti dapur. Penyimpanan dalam fridge boleh menyebabkan mereka rebung lebih awal.

Bukan tu je, bawang putih pun akan mempengaruhi rasa makanan Mama juga.

3. Ubi Kentang

Kentang seharusnya tidak disimpan dalam peti sejuk kerana suhu rendah boleh mengubah teksturnya. Kentang cenderung menjadi keras dan mengandungi lebih banyak gula jika disimpan dalam fridge.

4. Buah Tomato

Mama simpan buah tomato dalam fridge sebab nak kekalkan kesegaran buah untuk lebih lama kan? Sebenarnya buah tomato ni sensitif kepada suhu sejuk.

Bila Mama simpan dalam fridge, suhu sejuk ni boleh membuatkan tomato menjadi hilang rasa dan teksturnya jugak.

Jadi, lebih baik Mama menyimpannya dekat rak atau dalam bakul je.

5. Roti

Roti sepatutnya tak disimpan dalam peti sejuk kerana ia boleh mengering dengan cepat dalam suhu sejuk. Sebaik-baiknya, Mama simpan je roti dalam bekas kedap udara di tempat yang sejuk dan gelap.

6. Madu

Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Suhu yang rendah boleh menyebabkan penghabluran madu. Simpan madu pada suhu bilik di tempat yang gelap.

Letak dalam fridge bukan menukarkan tekstur madu je, malah akan menjejaskan keaslian rasa madu jugak. Oh ye, lagi satu Mama Siti nak pesan elakkan guna sudu besi tau.

7. Minyak Masak

Minyak masak hendaklah disimpan di tempat yang sejuk dan gelap, tetapi tidak di dalam peti sejuk. Suhu yang terlalu rendah boleh menyebabkan minyak menjadi keruh atau pekat.

8. Makanan Panas

Makanan panas hendaklah disejukkan pada suhu bilik sebelum disejukkan. Makanan panas boleh meningkatkan suhu dalam peti sejuk dan menjejaskan keselamatan makanan lain.

9. Sos dan Kicap

Untuk sos dan kicap ni, Mama boleh je letak dekat luar tak perlu pun simpan dalam fridge. Letak dekat luar pun masih boleh bertahan lama. Tapi Mama jangan lupa pastikan penutupnya ditutup rapat.

10. Beras

Beras pun sama tak elok juga untuk simpan dalam peti sejuk. Nasi je yang elok untuk Mama simpan dalam peti sejuk.

11. Lada Hitam

Kalau ikutkan semua jenis rempah tak perlu disimpan dalam fridge. Lebih baik Mama simpan dalam suhu bilik je.

Suhu fridge ni akan menjejaskan tekstur dan juga rasanya.

12. Kopi

Lebih bagus simpan kopi dalam bekas yang kedap udara dengan suhu bilik. Kalau simpan dalam fridge akan menghilangkan aroma bau dan jugak kopi akan menjadi keras jadi akan menyukarkan Mama apabila nak gunakan nanti.

13. Makanan Berminyak

Makanan berminyak atau berlemak cenderung menjadi tengik dengan cepat di dalam peti sejuk. Lebih baik untuk makannya je sampai habis tanpa perlu Mama simpan dalam fridge.

14. Pisang

Pisang ni Mama perlu simpan pada suhu bilik sehingga pisang masak sepenuhnya. Selepas tu, barulah Mama boleh simpan dalam fridge untuk simpan dalam masa yang lama.

Kalau Mama simpan dalam fridge akan menyebabkan pisang lambat masak dan berubah warna jadi coklat. Gas etilena dalam pisang ni akan membuatkan buah lain pun menjadi kusam jugak.

15. Telur

Yang ini mesti wajib Mama buatkan, simpan telur dalam fridge. Tak perlu pun sebenarnya Mama nak simpan telur dalam fridge, cukup sekadar Mama letak dekat kabinet je. Basuh dan kering lepas tu simpan dalam kabinet pun tak apa tau Mama.

16. Nutella

Mesti ramai Mama yang simpan Nutella dalam fridge, sebab risau dikerumuni semut kan. Sebenarnya kalau Mama simpan Nutella dalam suhu sejuk, Nutella akan jadi sangat pekat dan sedikit keras teksturnya sehingga Mama nak sapu pada roti pun susah.

Sebab tu bila nak guna je, Mama kena keluarkan Nutella lebih awalkan untuk cairkan dulu. Bukan beku je, malah rasa coklatnya pun akan hilang. Elok Mama simpan je dekat pantri.

17. Epal

Epal pun sama tak boleh disimpan dalam fridge. Kenapa? Sebab suhu dan kelembapan yang terlalu sejuk akan menyebabkan epal menjadi cepat masak.

Lebih baik Mama letak atas meja dapur comel Mama je atau di tempat suhu bilik. Lagi pun buah epal akan kekal segar sehingga seminggu kalau Mama pada suhu bilik.

18. Tembikai

Buah tembikai ni kalau sebelum dipotong Mama simpan je dekat luar dulu. Buah ni takkan rosak melainkan kalau buah tembikai ini sudah lama dan lembik.

Tapi kalau tembikai dah dipotong barulah perlu untuk disimpan dalam fridge.

19. Tuna

Kredit Gambar: ProductNation

Tuna ni sesuai kalau Mama simpan dalam kabinet je. Kalau Mama simpan dalam fridge ia akan menyebabkan terdedah dengan karat.

Kalau Mama mahu simpan dalam peti sejuk, seeloknya Mama keluarkan isi tuna dan letakkan dalam bekas kedap udara sebelum letak dalam fridge.

20. Skincare atau Make-up

Ini sekadar tambahan je, kadang-kadang bukan makanan je yang Mama simpan, skincare atau make-up pun ada jugak Mama simpan.

Kalau Mama nak tahu suhu sejuk dalam fridge ni boleh menjejaskan kestabilan bahan kimia tau kalau Mama simpan skincare atau make-up bersama dengan makanan yang lain. Seeloknya Mama beli fridge kecik yang khas untuk skincare untuk Mama simpannya.

Sekarang Mama dah tahu kan beberapa jenis bahan dan makanan yang lebih baik disimpan di luar peti sejuk. Dengan sharing ni, Mama boleh pastikan yang mana sesuai untuk disimpan dalam fridge kan.

Pastikan selalu check peti sejuk Mama supaya makanan tersebut dalam keadaan yang elok untuk dimakan dan juga menggelakkan pembaziran makanan.


Mama Papa nak tahu klik gigi di Johor Bharu? Klik di SINI.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.