KelabMama

Bolehkah Kemurahan Hati (Bagi Duit Raya) Ketika Aidilfitri Robak Poket Mama Papa?

Mama Papa dah kira ke berapa anggaran duit raya kali ni? Mama Siti rasa mesti Mama Papa dah plan nak bagi berapa ringgit duit raya tahun ni kan? Maklumlah selain baju raya ni, duit raya jugak salah satu benda utama jugak.

Nak bagi dekat anak-anak, anak sedara, adik-beradik dan tak lupa jugak dekat mak ayah kan. Tapi tu baru ahli keluarga yang terdekat, belum kira lagi yang lain-lain.

Sampai pening kepala Mama Papa kira satu-satu cukup ke tak duit raya ni. Mama Papa nak bagi duit raya tapi tak nak poket rabak? Sini Mama Siti kongsikan tipsnya.

Tips Elakkan Robak Poket Mama Papa

1. Ikut Bajet Mama Papa

Kredit Gambar: SAYS

Perkara paling utama sekali letakkan bajet. Mama Papa kena ingat bagi duit raya ni ikutlah kemampuan sendiri ye.

Mama Papa aturkan bajet duit raya yang tidak membebankan supaya Mama Papa tak pening pula bila hujung bulan nanti.

Tak perlulah Mama Papa bermegah siapa yang berikan duit raya paling banyak dalam kalangan keluarga Mama Papa.

Kalau Mama Papa sediakan duit raya RM1 tu pun dikira okay dah. Budak-budak ni dapat duit raya RM1 pun dah happy tau.

Lagipun duit raya ni sebenarnya sedekah tau. Jadi, Mama Papa jangan rasa terpaksa untuk berikan duit raya. Jumlahnya pun terpulang pada bajet masing-masing.

2. Senaraikan Penerima Duit Raya

Kredit Gambar: Berita Harian

Sebelum tiba hari raya, Mama Papa sediakan list nama siapa yang akan terima duit raya daripada Mama Papa.

Mama Papa mulakan dengan orang terdekat dahulu seperti anak-anak Mama Papa, anak buah belah Mama Papa dan ibu bapa tak lupa jugak dekat sanak-saudara terdekat yang lain.

Untuk anak sedara ni, Mama Siti cadangkan untuk Mama kecilkan circle nya berikan kepada anak sedara yang masih bersekolah dan belajar sahaja.

Kalau bajet Mama Papa ada lebih, bolehlah peruntukkan dekat kanak-kanak yang tinggal sekampung atau setaman nanti kalau mereka datang beraya.

3. Tetapkan Jumlah Duit Raya

Nak bagi berapa ye duit raya ni? Nak bagi jumlah yang sama ke untuk semua orang? Mestilah tak kan? Mama Papa tetapkan je nak bagi sorang berapa ringgit.

Mama Papa buat anggaran mengikut penerima duit raya. Macam RM2 untuk kanak-kanak sekolah rendah manakala RM5 untuk yang sekolah menengah pula. Kalau yang study dekat universiti tu boleh lah bagi RM10.

4. Gunakan Sampul yang Berbeza

Kredit Gambar: Carousell Malaysia

Mama Papa kan dah buat senarai nama, jadi Mama Papa gunakan sampul yang berbeza mengikut nama-nama tersebut. Ini adalah supaya Mama Papa tak keliru semasa hulur duit raya tersebut nanti.

Anak sedara nak salam nanti senanglah hulurkan je sampul yang Mama Papa dah tetapkan. Tak adalah tersalah bagi sampul nanti.

Sekiranya ada lebih, ada sampul duit raya yang tidak diberikan kepada sesiapa, Mama Papa boleh pilih untuk simpan dan berikan pada raya tahun hadapan atau gunakan sahaja duit baki tersebut untuk hal lain.

Mama Papa boleh je bagi duit raya tapi kena plan betul-betul supaya tak membebankan Mama Papa. Tak adalah Mama Papa pening kepala hujung bulan nanti.


Dah nak hujung-hujung Ramadan ni amalan apa lagi ye nak buat? Klik di SINI.