KelabMama

BAGAIMANA IBU BAPA BOLEH MEMBANTU ANAK-ANAK KEHILANGAN YANG TERSAYANG?

Kehilangan bukanlah perkara mudah. Telefon bimbit hilang pun kita dah rasa tak tentu arah, sedih dan sebagainya. Inikan pula kalau kita kehilangan nyawa mereka yang tersayang. Memang sukar untuk diterima, tapi semua orang akan lalui keadaan ini.

Bagaimana nak membantu anak-anak menghadapi kehilangan?

Sebagai ibu bapa, mungkin kita lebih memahami dan lebih baik dalam mengatasi hari-hari mendatang tanpa dia yang kita sayang, tapi macam mana dengan anak kita?

Contohnya, salah seorang daripada anak kita ditakdirkan meninggal dunia. Betul, kita pun terasa sedihnya. Tapi jangan lupa, anak-anak yang masih hidup turut merasa kehilangan tu.

1. Prihatin dengan sikap anak.

Selalu anak kita ceria je, bersemangat nak bermain dan bercerita itu ini. Tapi setelah kehilangan salah sorang adik-beradik, dia dah lain dan tak seperti biasa.

Apa yang kita boleh lakukan ialah luangkan lebih banyak masa dengan mereka. Kalau mereka ada menanyakan tentang adik-beradik yang telah tiada itu, tak salah pun untuk anda terangkan apa yang telah berlaku.

Gunakan bahasa yang mudah dengan intonasi yang betul. Jangan pula anda gunakan perumpamaan yang tak sepatutnya hanya kerana anak anda masih kecil. Berterus terang dan beri penjelasan yang benar adalah lebih baik.

2. Dengar luahan hati mereka.

Mana abang? Dah lama adik tak nampak abang. Adik rindu.

Susah sebenarnya untuk dengar luahan hati anak kita. Memang budak-budak selalu straight to the point mengenai sesuatu perkara, tapi ada masa mereka tak tahu macam mana nak luahkan perasaan sendiri.

Kalau perlu, mintak dia lukiskan apa yang dia tengah rasa. Mungkin dengan melukis atau melakar, anak kita akan rasa lega dan lebih tenang.

Macam kita lah, kalau sedih kita akan luahkan dalam pelbagai cara. Mungkin hal itu akan berlarutan, tapi kita akan rasa better kan?

3. Tak perlu sembunyikan rasa sedih.

Walaupun anda cuba untuk tenangkan anak anda, tak bermakna anda sendiri perlu berlakon yang anda ‘Okay’. Tak salah pun kalau anda turut luahkan apa yang anda rasa, tapi haruslah berpada-pada.

Anak kita juga akan lebih memahami yang kehilangan sebenarnya satu perasaan yang kompleks – sedih, marah, kecewa dan sebagainya. It is always okay to share and say it out loud.

Apa-apa pun, sentiasa percaya bahawa setiap kehilangan bakal digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Hanya yakin dengan ujian dan rezeki yang dikurniakan Yang Maha Esa.