KelabMama

Babyshop Malaysia Raikan Ramadan dengan ‘Timeless Elegance’ untuk Si Kecil

Babyshop Malaysia

Saat seisi keluarga keluar bersama untuk berbuka puasa, membuat persiapan untuk kunjung-mengunjung di Hari Raya yang dinanti-nantikan serta mempersiapkan pakaian si kecil untuk musim perayaan, Babyshop Malaysia memperkenalkan koleksi Ramadan 2026 yang bertemakan ‘Timeless Elegance’.

Direka untuk bayi dan kanak-kanak berusia antara 0 hingga 8 tahun, koleksi ini menggabungkan gaya musim perayaan, tekstur yang elegan dan keselesaan harian agar si kecil tampil anggun dan bergaya, sambil kekal bebas bergerak, berpusing riang bersama sepupu dan menikmati keselesaan sepanjang hari perayaan. 

Tekstur dan Perincian Halus

Koleksi Ramadan 2026 menitikberatkan kualiti fabrik serta perincian yang teliti. Bahan bertekstur seperti tweed, bouclé dan rajutan lembut menambahkan dimensi dan karakter pada rekaan, manakala potongan yang teliti memastikan pakaian ini kekal selesa dan sesuai dengan iklim di Malaysia.

Untuk anak perempuan berusia 0 hingga 8 tahun, warna menyerlah pada musim ini ialah Rose, adunan halus burgundy dan merah jambu, rona yang lebih mendalam namun tetap kelihatan meriah tanpa berlebihan.

Ia dilengkapi pula dengan krim dan putih klasik, berserta sentuhan rona emas dan perak. Gaun labuh dengan struktur lembut termasuk rekaan skuba, membawakan suasana istimewa manakala set adik beradik dan penampilan mini yang sepadan buat si kecil memudahkan penggayaan seisi keluarga.

Gaun ini direka bukan sekadar untuk sesi bergambar tetapi untuk keselesaan si gadis kecil berpusing riang sebelum keluar untuk berbuka puasa atau kunjung mengunjung di Hari Raya.

Untuk anak lelaki dalam kelompok usia yang sama, koleksi ini menyerlahkan penampilan yang kemas lagi santai.

Gaya kasual yang kemas menjadi tumpuan utama, dengan kemeja twill premium dan polos menggantikan fabrik jersi tradisional, menawarkan siluet lebih kemas namun kekal selesa buat kanak-kanak yang aktif.

Inspirasi rekaan pula terdiri daripada pengaruh nautika kepada tona tanah dan tekstur artisan, memberikan pilihan kepada ibu bapa untuk tampil moden dan tetap meriah.

Pakaian ini cukup sesuai untuk kunjung-mengunjung seisi keluarga, namun tetap selesa untuk anak-anak lelaki yang aktif dan tidak boleh duduk diam terlalu lama.

Malam Ramadan: Saat di Rumah

Selain daripada pakaian untuk majlis, Babyshop turut memperkenalkan Koleksi Baju Tidur Aidilfitri untuk kanak-kanak. Direka dengan fabrik lembut dan bernafas berserta renda dan sulaman halus, pakaian tidur ini menambah sentuhan perayaan ketika bersahur dan persediaan yang menyeronokkan di pagi Raya.

Adakalanya, detik paling indah sepanjang Ramadan bukanlah tercipta di luar rumah, tetapi ketika saat tenang bersama ibu bapa.

Trak Bubur Lambuk: Berkongsi Semangat Ramadan

Menyelami semangat perkongsian sepanjang bulan Ramadan, Babyshop melancarkan kempen Trak Bubur Lambuk di pusat beli-belah terpilih sekitar Lembah Klang. Sebuah trak LED akan berhenti di lokasi yang dijadualkan untuk mengedarkan bubur lambuk kepada para pengunjung dan keluarga.

Trak berkenaan juga akan mengetengahkan ruang pengalaman mini bertemakan Ramadan yang membolehkan keluarga melihat pakaian terpilih daripada koleksi Ramadan 2026, mencuba rekaan pilihan serta mengambil gambar keluarga secara profesional dengan latar belakang rekaan khas Raya.

Inisiatif ini mengajak keluarga berhenti sejenak, menikmati semangkuk bubur lambuk, mempersiapkan si kecil dengan pakaian kegemaran mereka dan mengambil gambar yang mungkin menjadi kenangan indah Raya suatu hari nanti.

Pertunjukan Fesyen Pencarian Bintang Babyshop: Musim 2

Berikutan maklum balas positif pada tahun lalu, Pertunjukan Fesyen Pencarian Bintang Babyshop kembali untuk musim kedua, dengan acara kemuncak di pentas peragaan di IOI City Mall Putrajaya.

Selepas pencarian digital di seluruh negara, peserta muda yang terpilih menghadiri kelas peragaan sebelum melangkah ke pentas di mana mereka dengan penuh yakin mempersembahkan gaya terkini daripada koleksi Ramadan. 

Inisiatif tersebut bertujuan untuk memupuk keyakinan serta memberikan kanak-kanak ini pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan ketika musim perayaan.

Eksklusif di Musim Raya

Sepanjang Ramadan, pelanggan akan menerima sampul Raya eksklusif dan beg tote Babyshop dengan pembelian, sementara stok masih ada.

Dengan 25 cawangan di seluruh negara, Babyshop Malaysia terus melayani keperluan keluarga di seluruh Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Malaysia Timur, serta pada 

masa yang sama melangkah lebih jauh daripada ruang peruncitannya dengan melaksanakan inisiatif masyarakat.

Koleksi ‘Timeless Elegance’ Ramadan 2026 kini boleh didapati di cawangan Babyshop seluruh negara, termasuk Suria KLCC, IOI City Mall Putrajaya dan The Mall, Mid Valley Southkey, mengundang keluarga untuk mempersiapkan si kecil mereka dengan penuh kemesraan, gelak tawa dan kemeriahan perayaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.babyshopstores.my/ atau platform media sosial: Instagram, TikTok dan Facebook untuk melihat koleksi terkini. 


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Ketahui lebih banyak acara dan berita trending sekarang untuk Mama Papa ketahui DI SINI!