KelabMama

BABYLOVE BABY WAREHOUSE SALE 2018 | MEMBELI SAMBIL MENDERMA PADA HARGA RUNTUH SEHINGGA 90%

Lebih kurang sebulan lebih je lagi dah nak habis tahun 2018. Kejap sangat masa berlalu. Agak-agak Mama, apa yang sinonim dengan hujung tahun? Selain cuti sekolah, musim sejuk di negara empat musim, dan pastinya percutian bersama keluarga, jualan murah yang bakal berlangsung juga amat sinonim dengan aktiviti hujung tahun! SALE, SALE & SALE!

Jualan Gudang ISTIMEWA oleh Babylove Sdn Bhd

Berita istimewa untuk Mama dan Papa diseluruh negara, Babylove Sdn Bhd bakal mengadakan jualan gudang barangan bayi pada awal Disember ini! Babylove merupakan jenama barangan bayi yang terkenal, yang beroperasi di Cheras Batu 11, Selangor. Ini bukan pertama kali tau mereka mengadakan jualan gudang ini. Jualan Gudang Barangan Bayi yang dianjurkan oleh Babylove bakal kembali berikutan daripada sambutan hangat pada jualan gudang tahun lepas.

Bila & Di mana?

Harga RUNTUH sehingga 90%!

Dengan lebih 20 jenama barangan bayi terkenal, Babylove ‘Baby Warehouse Sale’ akan menyajikan anda pelbagai barangan bayi pada harga TERENDAH! Anda boleh dapatkan produk bukan sahaja daripada Babylove sendiri, termasuk juga brands Philips Avent, Nuby, Little Bean, Vrtech, Chomel dan bermacam-macam lagi. Kalau anda bertuah, anda boleh dapatkan barang bayi pada harga diskaun sehingga 90%! Nak tau apa lagi yang istimewa?

Membeli sambil menderma di LOVELINK CORNER

Babylove ‘Baby Warehouse Sale’ bukan sahaja mengadakan jualan gudang pada harga terendah. Lagi istimewa, pihak Babylove turut menyediakan ruangan khas, iaitu ‘LOVELINK’, di mana anda boleh membeli sambil menderma. LOVELINK adalah usaha tahunan ‘Corporate Social Responsibility (CSR)’ Babylove yang membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di masyarakat tempatan. Seperti tahun sebelumnya, ruangan khas untuk LOVELINK membolehkan para pengunjung membeli pelbagai barangan bayi pada harga istimewa. Hasil daripada jualan bakal didermakan 100% kepada pusat-pusat kebajikan yang memerlukan. Namun, jika ada barangan yang tidak terjual, ia akan turut disumbangkan kepada pihak NGO yang bekerjasama.

Untuk pengetahuan Mama, barangan yang dijual diruangan LOVELINK bukan barangan ‘pre-loved’ tau! Barang-barang bayi untuk ruangan LOVELINK hanyalah menggunakan barang-barang yang telah digunakan sebagai ‘display items’ sahaja. Jadi, harap Mama memahami jika ada barang-barang yang mungkin mempunyai sedikit ‘defect’. Tapi jangan risau, pihak Babylove hanya memilih barangan yang terbaik sahaja untuk pelanggannya!

Dermakan permainan anak-anak sebagai ‘pre-loved’!

Selain itu, LOVELINK Corner juga membolehkan anda untuk menyumbang alat permainan anak-anak anda. Kalau ada permainan anak-anak yang mereka dah bosan bermain, atau tidak lagi menjadi kegemaran, boleh la Mama salurkan kepada Babylove ‘LOVELINK Corner’. Hanya alat-alat permainan dan barangan berupa objek sahaja yang diterima ya. Barang anak-anak seperti pakaian, lampin, bengkung dan lain-lain yang dihasilkan daripada kain, tidak akan diterima sebagai barangan pre-loved.

Barangan yang didermakan akan disalurkan kepada pusat-pusat kebajikan yang berada disekitar Cheras, Kajang dan Bangi. Jadi, sambil Mama membeli barang-barang bayi yang lain, Mama juga boleh menderma. Pasti mereka yang menerima akan lebih gembira nanti!

Pelbagai tawaran & aktiviti menarik

Bukan itu sahaja tau. Banyak lagi tawaran dan aktiviti menarik yang bakal berlangsung di Babylove ‘Baby Warehouse Sale’ 2018 nanti! Mama boleh sediakan senarai barang yang Mama perlukan nanti, sediakan simpanan yang secukupnya dan yang paling penting, pujuk cik Abang datang membeli-belah bersama! Jumpa anda disana!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook Babylove agar anda tidak ketinggalan sebarang update dan promosi terkini.

Babylove Sdn Bhd

6, Jalan CJ 1/6, Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, 43200 Seri Kembangan, Selangor
Waze/Google Maps

Facebook: Babylove Malaysia 

Website: Babylove Asia 

Telefon: 012-6676989