KelabMama

Baby Asyik Muak Susu, 5 Punca Yang Mama Perlu Tahu!

Muak susu atau nama lain seperti muntah susu, jeluak dan macam-macam lagi, merupakan satu situasi yang normal bagi bayi baru lahir. Dalam entri kali ini, Mama Siti nak share sikit tentang apa tu muak susu, kenapa ia berlaku dan apa nak buat bila anak kena muak susu ni.

Jom kita baca!

Apa Itu Muak Susu?

Untuk pengetahuan Mama, anak Mama mungkin akan muak susu atau jeluak setiap kali selepas menyusu. Muak susu ni nama lainnya ialah reflux gastroesophageal.

Ia sering terjadi pada bayi kurang dari satu tahun selepas menyusu. Kenapa ia berlaku? Bukan rahsia pun Mama! Ia berlaku sebab gegelang otot atas perut tu tak ‘tutup rapat’. Justeru, muak susu pun berlaku.

Apa Kena Buat Bila Bayi Muak?

Kerap Sendawakan Bayi Selepas Penyusuan


Lepas menyusu, biasanya perut anak akan kembung dan salah satu cara untuk atasi masalah ini ialah sendawakan anak dengan kerap selepas penyusuan. Sendawa ni maksudnya susu telah selamat masuk ke dalam bahagian perut. Ini dapat membantu mengurangkan muntah susu ni.

Tukar Susu Jika Diberi Susu Formula Mengikut Nasihat Doktor

Kalau si manja Mama menyusu dengan susu formula, doktor mungkin sarankan Mama untuk tukar susu formula jenama lain. Ini mungkin sebab anak Mama mengalami masalah alergi. Ibu yang menyusukan badan pula dinasihatkan untuk menukar pemakanan mereka selama satu hingga dua minggu jika ini berlaku.

Kerap Mengurut Badan Si Manja

Macam spa tu, bayi Mama perlukan mengurut juga! Amalkan mengurut badan anak Mama dengan kerap. Pastikan Mama urut dengan cara yang betul supaya dapat mengurangkan risiko refluks dan kembung perut.

Banyak faedah bila Mama mengurut si kecil ni. Ia dapat menenangkan mereka serta dapat melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan otot-otot mereka.

Cara Pemberian Susu Yang Betul

Ada beza pemberian susu antara badan dan botol. Untuk Mama yang menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang sebelah lagi.

Menyusu sedikit demi sedikit dan hadkan setiap penyusuan kurang daripada 30 minit sekiranya Mama menyusu botol. Jarakkan penyusuan seterusnya dalam 2 jam atau kurang kerana perut bayi mengambil masa untuk kosong semula.

5 Punca Bayi Muak Susu

1. Refluks

Refluks gastro-oesophageal ni terjadi bila injap otot pada hujung saluran makanan sedang berkembang. Dalam kata mudah, bila perut bayi penuh, makanan dan asid perut boleh mengalir keluar semula dari saluran makanan mereka. Ia akan membuatkan mereka muntah susu setiap kali selepas menyusu dan buatkan mereka tersedu.

2. Stenosis Pilorus

Perkara ni jarang berlaku, tapi boleh menyebabkan bayi muntah secara ‘paksa’ dalam masa setengah jam selepas menyusu. Stenosis Pilorus biasanya terjadi bila bayi Mama berusia 6 minggu atau sebelum 4 bulan. Ini mungkin berlaku sebab keturunan dan lebih banyak terjadi pada bayi lelaki berbanding bayi perempuan.

Memang ini perkara yang biasa berlaku tapi Mama perlu bertindak cepat untuk membawa anak berjumpa doktor sekiranya bayi Mama muntah sekali dengan:

3. Gangguan Pada Perut Mereka

Sebab yang lain mereka muntah susu sekali dengan cirit mungkin bayi Mama mengalami gangguan perut seperti gastroenteritisGastroenteritis ni terjadi sebab jangkitan bakteria. Segera berjumpa dengan doktor dengan membawa sampel najis bayi untuk mengetahui cara terbaik untuk merawatnya.

4. Lactose Intolerance Atau Alergik Susu Lembu

Kalau bayi menyusu dengan susu formula, mungkin anak Mama alergik dengan susu lembu. Macam mana boleh alah dengan susu lembu? Sistem bayi memberi reaksi pada protein susu lembu tersebut. Kalau lactose intolerence pula, anak Mama mengalami masalah untuk menghadam laktosa iaitu gula semula jadi yang berada dalam susu.

Ini termasuk dengan keju dan juga yogurt. Jika Mama risau bayi ada masalah dengan susu lembu, Mama boleh cuba lakukan ini.

Jika menyusu, tanya doktor tentang bagaimana untuk kurangkan susu lembu dalam diet Mama untuk sementara waktu. Jika minum susu formula, Mama boleh cuba untuk tukar ke formula hypoallergenic. Tapi apa-apa pun, bincang dulu dengan doktor Mama.

5. Jangkitan Atau Penyakit

Jangan ambil ringan juga dengan muntah ni, anak Mama mungkin akan muntah susu sebab jangkitan atau penyakit lain. Antara tanda-tanda yang Mama harus ambil kira adalah:

Muak Susu Ni Bahaya Ke Tak?

Memang perkara normal, tetapi jika ada benda asing yang lain seperti darah segera bawa mereka ke hospital untuk berjumpa doktor atau pakar pediatrik.

Ni untuk doktor lakukan pemeriksaan lanjut serta rawatanyang sewajarnya. Muak susu akan berkurangan bila mereka semakin membesar.

Pesan Mama Siti adalah, ibu bapa haruslah peka dalam kesihatan anak-anak.

Mama dan Papa perlu bezakan dua perkara ini sebab muntah yang berulang kali boleh mendatangkan masalah lain seperti dehidrasi atau kekurangan air dalam badan mereka.

Ingat pesanan ni! Kalau lambat rawat mungkin akan mendatangkan penyakit yang lebih serius. Selamat menyusu~


Dapatkan lebih banyak info tentang penyusuan di SINI!