KelabMama

Baby Kuning atau Jaundis? Apakah Puncanya & Rawatan Menghilangkannya

Risau dan kerunsingan pada masalah kuning bayi ataupun jaundis? Ia merupakan salah satu perkara yang selalu berlaku dalam kalangan bayi yang baru lahir. 

Orang dulu-dulu mungkin memanggilnya demam kuning.

Mengapa bayi kita boleh mendapat masalah kuning dan dari mana datang puncanya? Ha…jom ketahui masalah ‘baby kuning’ dengan Mama Siti di sini!

Bayi Kuning – Apa Puncanya?

Foto Kredit: mypositiveparenting.org

Penyakit bayi kuning biasanya disebabkan oleh penumpukan bilirubin dalam darah. Bilirubin adalah bahan kuning yang dihasilkan apabila sel darah merah, yang membawa oksigen ke seluruh badan, dipecah dan dipisahkan.

Bilirubin adalah kompaun yang terhasil daripada penguraian sel darah merah yang telah mati. Hemoglobin di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen tersebut akan diuraikan menjadi kompaun bernama ‘heme.’

Heme pula akan diuraikan hingga menjadi bilirubin dan kompaun inilah yang menyebabkan bayi yang kuning.

Jaundis atau kekuningan pada kulit dan mata adalah perkara biasa bagi si manja yang baru lahir.

Untuk pengetahuan mama, lebih daripada 50% bayi baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran.

Kebiasaannya apabila bayi baru lahir didapati mengalami jaundis, doktor akan menyarankan agar bayi diberi susu ibu dengan secukupnya.

Walaupun penyakit jaundis merupakan satu masalah biasa yang sering dialami oleh kebanyakan bayi, tetapi ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh.

Simptom-Simptom Jaundis

Antara simptom jaundis yang perlua diberi perhatian adalah:

Punca-punca Baby Kuning atau Berlakunya Jaundis

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah kuning bayi berlaku. Punca yang selalu berlaku pada bayi adalah:

Kesan Jaundis kepada Bayi

Foto Kredit: InfantHealth

Jaundis bayi selalunya bermula pada bahagian kulit kepala dahulu. Oleh itu, Mama boleh periksa bahagian kulit kepala atau dada dengan memicit sedikit bahagian-bahagian tersebut untuk mengetahui sama ada bayi Mama mengalami jaundis atau tidak.

Jika kulit tersebut nampak kuning, kebarangkalian bayi tersebut telah mengalami kekuningan.

Bagi bayi yang mengalami kekuningan yang tinggi bacaannya, ia boleh mengganggu fungsi otak kerana biliburin sudah masuk ke dalamnya. Antara contoh simptom yang menunjukkan jaundis si manja adalah tinggi ialah, sawan, tangisan yang tidak normal, otot yang lemah dan beberapa karakter lain.

Cara Menghilangkan Kuning Bayi

Rawatan untuk penyakit kuning yang baru lahir biasanya hanya disarankan bagi baby kuning dengan kadar bilirubin yang sangat tinggi dalam darah bayi.

Ini kerana terdapat risiko kecil bilirubin dapat masuk ke otak dan menyebabkan kerosakan otak.

Terdapat 3 rawatan utama yang boleh dijalankan di hospital untuk mengurangkan kadar bilirubin bayi anda dengan cepat iaitu:

Phototherapy

Foto Kredit: ChangeMakers

Rawatan yang selalu dilakukan adalah menggunakan phototherapy iaitu meletakkan bayi di bawah lampu rawatan. Phototherapy merupakan salah satu rawatan jaundis yang telah lama digunakan di dalam perubatan moden.

Lampu tersebut akan mengeluarkan cahaya yang akan mengubah kompaun bilirubin kepada bentuk lain yang menyebabkan ia larut dalam air. Ini kemudian akan menyebabkan kompaun bilirubin tersebut susah untuk sampai ke otak dan senang untuk disingkirkan daripada buah pinggang.

Apabila bayi yang kuning diletakkan dibawah mesin phototherapy, kebarangkalian untuk mendapat komplikasi disebabkan kekuningan yang tinggi adalah sangat rendah.

Blood Exchange Transfusion (Penukaran darah bayi dengan darah orang lain)

Foto Kredit: MedlinePlus

Apabila bacaan kekuningan terlampau tinggi, penukaran darah (blood exchange transfusion) perlu dilakukan. Iaitu kita menukarkan darah bayi yang mempunyai kompaun bilirubin yang tinggi dengan darah orang lain yang mempunyai kompaun bilirubin yang rendah. Ini akan menyebabkan bacaan jaundis bagi baby kuning turun dengan drastik.

Pemberian susu ibu

Foto Kredit: Shutterstock

Pemberian susu ibu perlulah diberi secara kerap kepada baby kuning untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan. Ini kerana kekurangan air boleh menyebabkan paras bilirubin bayi meningkat.

Susu ibu yang mempunyai pelbagai manfaat seperti membekalkan nutrien yang secukupnya pada si manja, mengelakkan bayi daripada jangkitan kuman dan juga memberi pertumbuhan bakteria baik dalam usus bayi.

Sekiranya si manja Mama mengalami jaundis, pastikan Mama mendapat nasihat dan rawatan pakar, terutamanya bagi ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama.