KelabMama

40 Ayat Untuk Sahabat Yang Indah, Puitis, dan Menyentuh Hati

Pepatah Melayu ada menyatakan, ‘berkawan biar seribu, berkasih biar satu, bermusuh jangan sekali’. Sungguh benar kata-kata tersebut dan tidak boleh kita nafikan kebenarannya. 

Tali persahabatan yang terjalin pastinya menjadi sumber kekuatan dan kebahagiaan diri. Teman sejatilah yang menjadi pendengar setia setiap luahan, pembakar semangat ketika diri berasa lemah dan penyeri jiwa di kala sedih. Tak kisahlah dah jadi mak-mak pun, persahabatan tersebut tak akan pernah putus.

Sepanjang hidup kita, pasti kita akan bertemu dengan ramai manusia pelbagai karenah. Tetapi, akan hadir seorang dua insan istimewa yang menjadi teman setia yang memahami kita dan tidak akan mengadili tanpa sebab. Mereka jugalah insan yang sentiasa ada ketika kita perlu. 

Apa kata sekali-sekala, tanpa ada sebab tertentu, tanpa ada sambutan hari tertentu, kita ucapkan kata-kata indah atau berikan ayat untuk sahabat sejati, bagi menghargai persabahatan yang terjalin?

Mungkin buat sesetengah orang, ia hanya kata-kata manis, tetapi, buat insan-insan teristimewa, mereka pasti menghargai dan fahami keihklasan kita dalam ucapan yang diungkapkan

Berikut adalah antara ayat untuk sahabat yang boleh Mama gunakan bagi mengenang dan menghargai sahabat setia anda walaupun masing-masing sudah beranak pinak.

Ucapan dan Ayat Untuk Sahabat Yang Sangat Indah

Erti Sahabat dan Persahabatan

#1 Kukuhnya sahabat itu adalah doanya,
Nikmatnya sahabat itu adalah ikhlas cintanya, 
Kata semangatnya sahabat itu adalah harapan yang nyata.

#2 Walaupun kita tidak bersua, berutus surat, atau berbicara sekerap yang kita mahu;

#3 Aku tahu bila masa aku perlu, pada bila masa, di mana sahaja, bagaimana cara sekali pun, engkau sentiasa ada untukku… dan semua akan jadi seperti sediakala. 

#4 Persahabatan bukanlah tentang selama mana kita kenal seseorang itu, tetapi, persahabatan itu yang kekal bersama kita di kala senang, apatah lagi di kala susah. 

#6 Sahabat sejati itu ibarat bintang, engkau takkan selalu nampak mereka, tetapi, engkau tahu mereka ada!

#7 Sahabat sejati tak pernah berpisah; biarpun jarak memisahkan, di dalam hati sentiasa bersama. 

#8 Aku bertuah ditemukan dengan insan yang baru aku kenali, dan terus serasi bagaikan sudah mengenalinya seumur hidupku dan tidak perlu aku berpura-pura apabila di sampingnya.

#9 Kita tidak akan ingat kata-kata musuh kita, tetapi yang kita ingat adalah senyapnya rakan-rakan kita
– terjemahan kata-kata dari Martin Luther King Jr, “We will remember not the words of our enemies, but the silence of our friends”

#10 Sahabat itu, mendengar setiap luahan, tidak mengadili setiap kelakuan dan membuatkan semua tenang seperti yang diharapkan, tanpa mengharap sebarang balasan. 

#11 Seorang sahabat takkan membuatkan engkau berasa seperti orang asing. 

#12 Sahabat itu seorang yang mencintai dirimu ketika engkau sendiri lupa untuk mencintaimu.

#14 Sahabat sejati itu adalah suatu ikatan perjanjian, bukan sekadar label dan nama.

#15 Seorang kawan akan membelikan makanan untukmu, sahabat baik akan menghabiskan makananmu tanpa rasa bersalah.

#16 Sahabat baik betapa gilanya perangai kamu, tetapi masih sanggup bersama kamu di khalayak ramai. 

#17 Untuk mendapatkan teman ialah dengan menjadi teman. 

#18 Jadilah sahabat yang memberi tanpa mengungkit, yang menerima tanpa melupakan, yang sentiasa hadir tanpa dipinta. 

#19 Teman itu yang mencarimu ketika ramai yang menjauhi, yang memelukmu kita ramai yang memukul. 

#20 Seorang sahabat tidak perlu saling mengerti, cukup sekadar dia menerima segala hal yang tak dimengertikannya.

#21 Teman itu menghiburkan sewaktu hati kita hancur, bukan menambah luluh hingga kita lebur.

#22 Kawan boleh menjadi lawan, 
Teman mampu memudaratkan, 
Sahabat sejatilah yang setia mengubati segala kerunsingan.

#23 Sahabat karib itu darah daging kita yang bukan seibu dan sebapa.

#25 Yang digelar karib itu yang masuk di dalam diri kita ketika ramai yang berlalu pergi. 

#26 Sahabat karib mendengar setiap ungkapanmu berbeza daripada umum mendengarnya. 

#27 Teman baik itu tahu segala keburukanmu dan masih bersahabat denganmu. 

Kata-kata Semangat untuk Sahabat

#28 Pastikan senyumanmu mengubah dunia sekelilingmu, dan jangan biarkan dunia sekelilingmu mengubah dan menghilangkan senyumanmu.

#29 Jika engkau dapat melihat dirimu sebagaimana aku melihatmu, engkau sudah tentu tahu betapa hebatnya kamu.

#30 Kerana engkau temanku, tangisku semakin kurang, senyumku semakin kerap, dan tawaku semakin ceria.

#31 Tiada yang lebih indah melainkan doa dari dari seorang sahabat. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kebahagiaanku. 

#33 Sesekali, berada bersama sahabatmu itulah satu-satunya terapi ketenangan yang engkau perlukan.

#34 Pastikan kamu sentiasa sihat. Halatuju persahabatan kita masih panjang, sahabat: untuk sentiasa bersama hingga hari tua, agar dapat sama-sama berlumba di atas kerusi roda. 

#35 Dia temanku, jika engkau cuba mematahkan hatinya, bersedialah untukku ratah-ratah tulang-belulangmu. 

#36 Aku hanya rapat dengan beberapa teman, tetapi yang tak seberapa itulah yang mewarnai hidupku dan amat bermakna bagiku.

#37 Kawan,
kau gelak, aku gelak; 
kau menangis, aku menangis;
kau jatuh, aku jatuh bersama
… kerana aku gelakkan engkau yang jatuh dahulu sehingga aku terjatuh sama.

#38 Bunga-bunga di taman ibarat teman sejati yang sentiasa mewarnai hidupmu hingga berseri-seri.

#39 Aku mungkin tidak sempurna, tetapi cukup untuk melengkapi.

#40 Kau layak mendapat lebih dari hanya sekadar ucapan terima kasih, 
kau layak mendapat tempat istimewa di dalam hatiku.

Mengenali sahabat yang sama-sama menghadapi masalah ‘mental’ – tak ternilai harganya!