Ayam Brand™, jenama yang tidak asing lagi dengan sejarah lebih 130 tahun, telah melengkapkan inisiatif CSR terbaharunya, #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan, yang melibatkan 10 buah sekolah rendah di 10 negeri di Semenanjung Malaysia. Inisiatif ini turut menyantuni lebih 700 penerima manfaat menerusi sumbangan makanan kepada 20 rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh negeri.
Program berasaskan sekolah ini menggabungkan pendidikan pemakanan, aktiviti penyediaan makanan secara praktikal dan amalan kelestarian bagi membantu murid membentuk tabiat pemakanan yang lebih sihat serta memahami kepentingan menjaga alam sekitar. Melalui aktiviti-aktiviti ini, murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk membuat pilihan yang lebih baik dalam kehidupan seharian.
Bersama inisiatif sumbangan makanan di seluruh negeri, #AyamBersamaMu mencerminkan komitmen berterusan Ayam Brand™ untuk menjadikan makanan berkhasiat lebih mudah diakses, menggalakkan amalan lestari dalam kalangan generasi muda serta menyokong komuniti yang memerlukan.
Mempelajari dan Mengamalkan Asas Pemakanan Sihat
Program ini menampilkan sesi Ayam Brand Nutrition Health Talk yang interaktif, dikendalikan oleh Puan Shazwani binti Magini dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.
Murid diperkenalkan kepada konsep pemakanan seimbang, kumpulan makanan dan pembahagian saiz hidangan melalui konsep “Suku-Suku Separuh” yang dipromosikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka turut mempelajari nutrien penting seperti protein dan Omega-3 yang terkandung dalam produk Ayam Brand™, serta peranannya dalam menyokong tumbesaran dan kesihatan secara keseluruhan.
Seterusnya, murid mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari melalui aktiviti penyediaan makanan dalam kelas Kemahiran Hidup. Dengan menggunakan produk Ayam Brand™, mereka menyediakan hidangan ringkas dan berkhasiat seperti sandwic ayam carik, wrap ayam carik dan nasi ayam carik Teriyaki.
Memberi Kehidupan Baharu kepada Tin Terpakai
Pembelajaran diteruskan melalui Kebun Ayam Brand, di mana murid bekerjasama dengan Kelab Kelestarian atau Kelab Alam Sekitar sekolah masing-masing untuk menggunakan semula tin Ayam Brand™ dan bahan-bahan kitar semula sebagai hiasan kreatif bagi menceriakan kebun sekolah.
Melalui pertandingan Kebun Ayam Brand, murid berpeluang mempelajari konsep guna semula, pengurangan sisa dan tanggungjawab terhadap alam sekitar, di samping mengasah kreativiti serta semangat kerja berpasukan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Ayam Brand™ dalam menggalakkan amalan lestari dalam kalangan generasi muda serta menyokong komuniti yang memerlukan.
“Di Ayam Brand™, kami percaya bahawa usaha menyemai masa depan yang lebih sihat bukan sekadar menyediakan makanan berkhasiat. Melalui #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan, kami berharap dapat menjadikan pembelajaran tentang pemakanan, penyediaan makanan dan kelestarian sesuatu yang bermakna dan menyeronokkan, di samping menggalakkan tabiat sihat yang dapat diamalkan oleh kanak-kanak sehingga mereka dewasa,” kata Teoh Wei Ling, Pengarah Pemasaran Ayam Brand™.
Memperluaskan Impak Melangkaui Sekolah
Selain program di sekolah, Ayam Brand™ turut melengkapkan inisiatif sumbangan makanan, yang menyantuni lebih 700 penerima manfaat daripada 20 rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh Malaysia. Inisiatif ini mencerminkan komitmen jenama dalam menyokong komuniti yang memerlukan dengan membantu menyediakan akses kepada makanan berkhasiat dan mudah disediakan.
Dengan kesemua 10 aktiviti di sekolah telah selesai dilaksanakan dan sumbangan makanan telah disalurkan kepada 20 rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh negeri, #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan menggabungkan pendidikan, kemahiran praktikal, kelestarian dan sokongan komuniti. Melalui usaha ini, Ayam Brand™ terus menyumbang ke arah kesejahteraan komuniti hari ini, di samping menyemai amalan yang lebih sihat untuk generasi akan datang.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Ketahui lebih banyak acara dan berita trending sekarang untuk Mama Papa ketahui DI SINI!
