KelabMama

Awning Rumah: Jenis, Reka Bentuk, dan Anggaran Harga Yang Mama Papa Harus Tahu

jenis awning rumah

Kredit gambar: propertyguru.com.my

Kalau di Malaysia, mengikut iklim dan cuaca kita, memang perlu setiap rumah untuk ada awning. Awning ni banyak manfaatnya seperti melindungi rumah dari haba dan cahaya matahari yang melampau, cuaca buruk seperti hujan lebat, melindungi cat kereta dan banyak lagi.

Kalau Mama jemur baju pun, bila ada awning, tak adalah kalut sangat nak kena angkat bila hujan turun tiba-tiba. Boleh je tolak ampaian ke bahagian bawah awning.

Walaupun awning rumah ini penting untuk long term benefits, masih ramai yang tidak sedar tentang kepentingannya. Apakah sebenarnya awning rumah ni?

Apa Itu Awning Rumah?

Menurut Property Guru, awning rumah adalah atap atau bumbung tambahan yang dipasang untuk melindungi rumah Mama daripada panasnya cahaya matahari dan terkena air hujan.

Bukan tu je, kalau Mama pasang awning yang lebih lebar dan besar, bolehlah berehat di bawahnya sambil-sambil minum petang.

Suhu dalam rumah pun akan lebih sejuk disebabkan haba matahari dibiaskan dan dilindungi oleh awning ini.

5 Jenis Awning Rumah Di Pasaran

1. Awning Rumah Pergola

Kredit gambar: propertyguru.com.my

Cantiknya awning rumah jenis pergola ni. Ia nampak seperti kayu tetapi sebenarnya adalah besi ya. Biasanya di rumah-rumah orang berada banyak yang pasang awning jenis ni.

Dalam awning pergola ini, biasanya dipasang polycarbonate atau plastik supaya ruang itu lebih redup.

Ia mencipta suasana yang mewah. Kalau pasang di landskap rumah, letak meja makan di bawahnya, memang elegan habis!

Mungkin sebab itulah harganya agak mahal kan? Untuk sekaki, bermula dari RM35 dan boleh cecah hingga RM150.

Biasalah.. kalau nak yang cantik macam ni, kosnya pun mesti lebih sikit lah kan?

2. Awning Rumah Aluminium

Kredit gambar: propertyguru.com.my

Kalau awning rumah yang lebih murah tetapi tahan lama, tentunya awning rumah yang diperbuat daripada aluminium. Jangka hayatnya boleh sampai sehingga 20 tahun tau. Dengan cuaca di negara kita ni, memang lama tu. Kukuh ya!

Reka bentuknya pula adalah pelbagai. Ada yang rata, melengkung dan berongga. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri pada harga pasaran yang berbeza.

Yang paling mahal adalah yang jenis melengkung lah. Harganya beratus juga tapi kalau awning rumah aluminium yang biasa, memang berbaloi iaitu sekitar RM25 hingga RM55 untuk sekaki.

3. Awning Rumah Polycarbonated

Kredit gambar: propertyguru.com.my

Banyak juga kafe-kafe hipster sekarang yang guna awning jenis ini kan? Awning rumah yang diperbuat daripada polycarbonated ini, kelebihannya adalah ia transparent.

Untuk sesetengah reka bentuk rumah dan restoran, pemiliknya menginginkan awning yang boleh dilihat telus. Mungkin untuk nilai estetika seperti ingin melihat pemandangan awan di langit, air hujan yang turun dan cahaya bulan dan bintang pada waktu malam secara terus.

Dipasang pula lampu-lampu hiasan dan ada pokok-pokok yang menjalar di sekelilingnya, awning rumah polycarbonated boleh mencipta suasana landskap yang begitu indah.

Bukan tu je, curahan air hujan yang turun tidaklah bising dan material polycarbonated ini tahan lama juga. Jenis solid ataupun emboss, dalam sekitar 10 tahun juga lasaknya.

Awning rumah polycarbonated ni, ada beberapa jenis berdasarkan tahap transparency dan ketebalannya.

Harganya di pasaran bermula dengan RM24 sekaki. Berdasarkan bajet Mama dan Papa, bolehlah pilih yang mana sesuai ya?

4. Awning Rumah Kaca

Kredit gambar: propertyguru.com.my

Awning rumah daripada kaca ini ada dua bentuk ya, yang melengkung dan yang rata. Kacanya bukan kaca biasa-biasa ya.

Ia diperbuat daripada tempered glass yang ketahanannya memang kuat. Kalau pecah pun, ia tidaklah akan berkecai kerana disokong oleh Polyvinyl Butyral (PVB).

Tampak classy dan kukuh, awning rumah jenis glass ini memang agak mahal harganya. Untuk sekaki, dalam RM40 ke atas.

5. Awning Rumah Metal Deck

Kredit gambar: propertyguru.com.my

Awning rumah metal deck ni memang murah tetapi banyak kekurangannya. Kalau hujan ke jatuh apa-apa, memang bising dan berbunyi.

Ia juga mudah bocor dan senang berkarat. Jika Mama sukakan yang jenis ini, mungkin kena sediakan kos lebih kelak jika ada yang kena baiki nanti.

Ia datang dengan bermacam warna, banyak je rumah yang guna metal deck ni. Kosnya memang murah iaitu sekitar RM14 sekaki.

Tetapi jika dijaga dengan elok seperti elakkan memasangnya di kawasan rumah yang ada pokok tinggi dan berbuah, mungkin ia akan tahan lebih lama.

Tak semua orang gayanya suka berbelanja banyak sekali gus kan? Jika Mama lebih selesa keluarkan kos sedikit dari masa ke semasa, apa salahnya!

DIY- Tips Memasang Awning Rumah Sendiri

Biasanya, kos pemasangan awning rumah ini akan lebih mahal daripada kos material nya sahaja kerana ditambah dengan upah pemasangan.

Sekarang ni, dah makin ramai yang cuba mengasah kreativiti mereka dengan mencuba sendiri untuk memasang awning rumah. Jimat pun jimat.

Jom, kita tengok perkongsian daripada Hias ini, macam mana Amirul Haniff memasang awning dapur rumahnya sendiri:

Sebelum pemasangan:

Kredit gambar: hias.my

Selepas pemasangan:

Kredit gambar: hias.my

Antara bahan-bahan yang digunakannya ialah:

Kalau tengok pada langkah-langkah yang dikongsikannya, tak adalah rumit sangat. Mama boleh lihat cara-caranya dengan lebih details di sini ya.

Dengan hanya kos kira-kira RM650, beliau telah mengambil masa selama 4 hari sahaja untuk memasangnya seorang diri.

Hebat bukan? Kemas je pemasangan awning rumah di bahagian dapurnya.

Awning Rumah Sebagai Keperluan

Sebenarnya, setiap rumah memerlukan awning untuk melindungi kawasan dan harta dengan lebih baik. Bergantung kepada bajet Mama, bolehlah pilih jenis awning rumah yang sesuai.

Nak buat sendiri pun boleh. Kalau kena kaedahnya, pasti cantik dan kemas!