KelabMama

Awas! Bahaya Bila Asyik Tengking Anak

Secara jujurnya dekat sini, siapa pernah tengking anak? Kalau mama dan papa pernah tengking anak, tolong jangan buat lagi. Kesian dekat anak. Mama Siti faham, kita ni manusia biasa. Ada perasaan marah, gembira, sedih dan macam-macam lagi lagilah.

Mungkin ada yang sedang mengalami tekanan perasaan dan secara tak sengaja lepaskan dekat anak-anak. Sebenarnya, banyak lagi tempat yang kita boleh buat nak lepaskan perasaan marah kita ni. Anak-anak ni dia akan ingat apa yang kita buat dekat diaorang. Kita boleh marah anak-anak, tapi nak marah diaorang mesti ada batasnya.

Jom kita ikuti sebuah perkongsian dari rakan Facebook kita iaitu Taufiq Razif tentang bahayanya kesan tengking pada anak.

Kesan-Kesan Bahaya Bila Tengking Anak

Bila mama-mama dan papa-papa tengking anak, bahagian otak anak kita yang bernama Amygdala tu akan jadi aktif.

Amygdala pula akan aktifkan bahagian Hypothalamus. Hypothalamus pula akan aktifkan kalenjar Pituitari. Kalenjar Pituitari ni akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan anak kita iaitu hormon cortisol, adrenaline dan noradrenaline.

Hormon cortisol ni nanti akan buatkan otak anak kita kehilangan neuron di bahagian Pre-Frontal Cortex tu. Padahal bahagian Pre-Frontral Cortex tu kena berkembang dengan sempurnanya, baru anak jadi mudah dengar cakap kita.

Jadi, bila kita selalu tengking anak-anak, dia akan jadi makin agresif dan susah dengar cakap kita.

Makin kuat kita tengking anak kita, makin aktif amygdala otak kita sebab ianya akan aktif bila kita makin emosi. Macam otak anak-anak juga, bila amydala otak kita aktif maka ia akan aktifkan Hypothalamus dan Hypothalamus ni akan aktifkan kalenjar Pituitari.

Secara tak langsung, kalenjar Pituitari ni akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan kita iaitu hormon cortisol, adrenalin dan noradrenaline.

Kesan daripada hormon stress dalam badan kalau ia jadi sangat aktif:

So, kita boleh tengok kan betapa teruknya effect dia bila kita tengking anak kita. Bukan je anak-anak dapat kesan dia, kita pun terbabit juga.

Mama dan papa, ‘bila rasa nak marah melampau tu tolong Time Out diri sendiri dulu’. Cari masa untuk PAUSE sebentar. Bagi masa untuk bagi fikiran kita tu kembali normal dulu. Kalau kita tegur anak masa kita tengah marah yang sangat melampau, masa tu yang kawal diri kita bukan fikiran rasional tapi yang kuasai diri kita pada masa tu ialah fikiran emosional.

Lepas ni, banyak-banyakkan bersabar ya. Jangan buat suatu perkara tu terburu-buru. Bila anak-anak buat hal, cakap baik-baik dulu. Kalau tak jalan juga, baru marah diaorang. Ingat, marah tu boleh tapi jangan keterlaluan sangat.

Semoga Bermanfaat 🙂

Sumber: Taufiq Razif

Baca Juga: Elak Menjerit & Kerap Marah Anak Agresif

Pesan Mama Siti

Mama Siti nasihatkan bila nak marah. Ikut cara Rasulullah SAW macam mana kawal marah. Bila tengah diri, duduk. Bila tengah duduk, baring. Kalau masih marah lagi, buat solat sunat. Syaitan ni suka bila kita selalu marah-marah. Tenangkan diri dan zikir banyak-banyak bila kita tengah marah.