KelabMama

RESEPI AVOCADO OREO ISTIMEWA BUAT SANTAPAN SI MANJA MAMA

Jangan kata anak-anak je yang suka makan oreo, tapi mama papa pun cukup suka makan biskut ni kan? Sebab itu, kami ingin berkongsi resepi avocado oreo yang sangat mudah disediakan tanpa menggunakan oven.

Jom kita lihat bagaimana cara-cara penyediaannya! 

Resepi Avocado Oreo 

Bahan-bahan resepi avocado oreo: 

Lapisan pertama: 

Lapisan kedua: 

Lapisan ketiga:

Lapisan keempat:

Cara-cara membuat resepi avocado oreo 

  1. Keluarkan krim putih dari oreo hanya guna biskut hitam saja. Masukkan ke dalam plastik kemudian tumbuk tapi jangan terlalu halus. Masukkan ke dalam bekas sebagai lapisan pertama dan ratakan. 
  2. Seterusnya lapisan kedua iaitu buah avocado. Campurkan avocado bersama susu cair dan susu kental manis. Kemudian kisar sehingga lembut. Setelah itu masukkan ke dalam bekas sebagai lapisan kedua dan ratakan. 
  3. Bagi lapisan ketiga iaitu mousse coklat. Pertamanya masukkan whipped cream guna mixer. Kemudian masak susu cair, susu coklat dan agar-agar sampai coklatnya cair dan air mendidih. Matikan api dan tunggu sampai ia sedikit sejuk. Setelah itu campurkan dengan whipped cream tadi dan gaul hingga rata. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas sebagai lapisan ketiga dan ratakan. 
  4. Untuk lapisan terakhir iaitu coklat ganache. Cairkan susu coklat dan butter hingga sekata. Kemudian panaskan whipped cream dan campurkan bersama susu coklat yang sudah cair tadi. Gaul hingga rata dan masukkan ke dalam bekas sebagai lapisan atas. 
  5. Topping pula mama boleh sesuaikan mengikut kesukaan seperti kacang tanah, crumble nut atau buah-buahan yang dipotong halus. 
  6. Tak perlu oven atau kukus, cukup masukkan dalam freezer. Resepi avocado oreo siap untuk dihidangkan buat anak-anak! 

Selamat mencuba dan menikmati kelazatannya!