KelabMama

Sunway Velocity Mall Kini Mesra Autisme! Ini Beberapa Ciri Khas Dan “Fun” Yang Mama Harus Tahu

kempen Autsome Sunway Velocity Mall

Secara jujurnya, salah satu perkara yang Mama Siti sangat bersyukur dengan kemajuan teknologi sekarang adalah bagaimana kita telah didedahkan dengan pelbagai informasi untuk menyokong individu dengan spektrum autisme. 

Ini adalah kerana tak mudah untuk kita memahami mak ayah yang mempunyai anak dengan spektrum autisme. Apa yang kita lihat itu mungkin hanya beberapa peratus daripada apa yang mereka lalui dan rasai. 

Lebih menarik adalah apabila makin bertambah tempat yang mesra autisme seperti Sunway Velocity Mall yang terletak di Kuala Lumpur. Ya, Sunway Velocity Mall kini merupakan antara pusat membeli-belah di Malaysia yang mewujudkan persekitaran yang mesra autisme!

Hasil kerjasama dengan Autism Behavioral Centre (ABC), Sunway Velocity Mall telah melancarkan kempen “Autism is Awesome” atau “Autsome”, yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang gangguan spektrum autisme (ASD) dengan menawarkan kemudahan dan perkhidmatan kepada komuniti autistik.

Berikut merupakan beberapa ciri menarik yang Mama Papa harus tahu: 

#1 Hari Selasa Adalah “Autism Friendly Shopping Day!” 

Pada setiap hari Selasa (kecuali cuti umum) dari jam 10 pagi hingga 5 petang, alunan muzik akan dilembutkan dan hanya muzik tenang akan dimainkan di seluruh pusat membeli-belah. 

Malah, beberapa jenama kedai tertentu seperti illy Caffe, Marks & Spencer, KidzB, Fitness Concept, An Viet, Salad Atelier, Juicy, ALL IT, dan banyak lagi akan menawarkan promosi dan ruang khas seperti tempat duduk istimewa yang tenang. 

#2 Kit Autsome Khas Untuk Individu Yang Berdaftar

Sekiranya Mama Papa telah mendaftarkan anak Mama sebagai ahli Autsome Sunway Velocity, anda akan menerima Kit Autsome seperti:

Individu yang berdaftar sebagai ahli “Autsome” juga boleh menikmati pelbagai tawaran, lorong keutamaan di kedai-kedai yang mengambil bahagian dan juga pelbagai keistimewaan lain dengan hanya menunjukkan gelang tangan Autsome untuk pengesahan.  

Kit Autsome ini boleh diperoleh di Kaunter Concierge di aras 1 Sunway Velocity Mall. Mama boleh daftarkan anak Mama dengan spektrum autisme di SINI

#3 Pod Tenang Yang “Cosy” 

Sunway Velocity Mall turut menyediakan pod tenang atau “Calm Pods” khas untuk meredakan beban deria mereka. Ia direka khas menyerupai sebuah ‘ceruk’ yang selesa dengan lampu dan bunga-bunga yang menenangkan dalam ton warna pastel.

Nak mencari Pod Tenang ni pun mudah tau Mama kerana ia terletak di kawasan umum yang mudah diakses dan selesa iaitu di Level G (berhadapan Häagen-Dazs) dan di aras B2 (bersebelahan eskalator AEON). 

#4 Dinding Deria 100% Mampan

Dinding deria atau “Sensory Wall” ini pula bertujuan untuk menenangkan diri mereka dengan menyentuh dan merasa tekstur berbeza. 

Ia diilhamkan oleh lukisan Van Gogh yang diperbuat daripada sisa fabrik, sisa plastik, dan bahan kitar semula yang lain.

Dinding deria ini terletak di Ground Floor, berhampiran Clarins. 

Ruang Hijau & Pertanian Organik di The Farm

Dalam pada itu, Sunway Velocity Mall turut memperkenalkan The Farm yang disokong oleh XFarms, sebagai sebahagian daripada inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) untuk menggalakkan pertanian bandar. 

Terletak di dalam landskap bandar yang sibuk di Sunway Velocity Mall, pertanian bandar The Farm melambangkan komitmen mereka terhadap penjagaan alam sekitar dan mempromosikan hasil organik sumber tempatan. 

The Farm bukan semata-mata tempat untuk bercucuk tanam. Melalui inisiatif ini juga akan diadakan program pendidikan, bengkel, dan pengalaman interaktif sebagai penghargaan yang lebih mendalam terhadap alam semula jadi dan memupuk rasa tanggungjawab terhadap planet kita.

Mama boleh gunakan peluang ini untuk memperkenalkan pelbagai tumbuhan organik dan menambahkan pengetahuan anak-anak mengenai penjagaan alam sekitar. 

Mama Siti je ke yang rasa makin banyak aktiviti dan pengalaman menarik yang boleh kita lalui di Sunway Velocity Mall? Rasa excited sangat!

Bagi mereka yang mempunyai anak atau ahli keluarga dengan spektrum autisme, daftarkan mereka sebagai ahli Autsome di Sunway Velocity Mall dan layari laman rasmi Sunway Velocity Mall untuk nikmati pelbagai tawaran dan promosi menarik.