KelabMama

Autisme – Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa Dan Terapi Pakar

Kredit Foto: Adobe Stock

Seperti mana-mana ibu bapa, tidak mudah untuk mengetahui bahawa anak yang tersayang mempunyai masalah kesihatan atau perkembangan. Contohnya seperti autisme. Mama Siti sendiri pun pasti akan berasa risau memikirkan masa depannya.

Walau bagaimanapun, anak-anak yang mempunyai masalah perkembangan seperti ini sebenarnya sangat istimewa, dan baik untuk kita sebagai ibu bapa juga.

Ditambah pula dengan keadaan yang serba moden sekarang, terdapat banyak rawatan dan aktiviti yang boleh membantu anak-anak dengan autisme spektrum dan juga ibu bapanya sendiri memperoleh kemahiran baharu dan cara untuk mengatasi cabaran yang mendatang.

Jom ketahui dengan lebih lagi tentang autisme di sini!

Apakah itu autisme?

Kredit Foto: Adobe Stock

Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial, dan belajar seperti anak biasa.

Oleh kerana autisme adalah gangguan spektrum, setiap orang dengan autisme mempunyai kekuatan dan cabaran yang berbeza.

Ciri-ciri atau Simptom Autisme

Autisme memberi kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan penghidapnya. Simptom yang dialami oleh seorang kanak-kanak mungkin berbeza dengan yang lain.

Berikut merupakan perkara yang terkesan serta contoh-contoh simptom yang boleh terjadi kepada kanak-kanak autisme.

Kemahiran Sosial

Isu sosial adalah masalah lazim yang dialami oleh kanak-kanak autisme, dimana ia memberi impak besar kepada kehidupan seharian mereka.

Berikut merupakan masalah sosial yang mungkin akan dialami oleh kanak-kanak yang menghidap autisme:

Kredit Foto: Adobe Stock

Kemahiran Komunikasi

Bagi kemahiran komunikasi pula, hal ini amatlah bergantung kepada individu itu sendiri kerana ada antara kanak-kanak autisme yang mampu berkomunikasi seperti normal dan ada yang tidak dapat berkomunikasi secara langsung. Selain genetik, faktor yang memberi kesan kepada isu ini ialah cara mereka dibesarkan, keadaan persekitaran, dan pendedahan awal.

Antara contoh masalah komunikasi yang dialami oleh kanak-kanak autisme ialah:

Kebiasaanya, kanak-kanak autisme juga didapati mempunyai minat dan kelakuan yang lain daripada yang lain. Antara yang dapat diperhatikan ialah:

Kredit Foto: Adobe Stock

Simptom lain yang boleh dialami oleh kanak-kanak autisme:

Punca-punca Autisme

Kredit Foto: update.com

Punca-punca atau penyebab berlakunya autisme merupakan antara soalan yang sering ditanya ibu bapa selepas anak mereka didiagnos autisme.

Kajian menunjukkan bahawa ia terjadi disebabkan oleh gabungan pengaruh genetik dan nongenetik dan juga persekitaran.

Selain daripada itu, pengambilan pemakanan yang tidak sihat seawal usia kandungan juga merupakan antara faktor kelahiran bayi dengan masalah autisme.

Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Khas Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Madya Dr M Kannamah yang dipetik daripada mstar,

Ibu muda sekarang gemar makan makanan bergoreng terutamanya makanan segera seperti sosej dan burger yang kita tahu sangat tidak sihat kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi dan boleh mengakibatkan toksik dalam badan menjadi tinggi.

Apabila ia diambil lagi-lagi di awal usia kandungan, secara tidak langsung boleh memberi kesan terhadap kandungan seperti mendapat anak yang mempunyai masalah autisme itu sendiri.

Jadi, sebab itu pentingnya pemakanan yang sihat dan seimbang sejurus Mama disahkan mengandung.

Rawatan-rawatan Khusus Untuk Kanak-kanak Autisme

Kredit Foto: Adobe Stock

Aplikasi Tingkah Laku Gunaan (ABA)

Berdasarkan laman rasmi Autism Malaysia, Applied Behavioural Analysis (ABA) atau Analisis Perilaku Terapan (ABA) adalah rawatan berdasarkan kajian dalam tingkah laku dan pembelajaran bagi kanak-kanak autisme, yang menunjukkan keberkesanan sehingga 50% dimana mereka yang mendapat rawatan ini berjaya mengejar pencapaian umur kanak-kanak normal.

ABA merupakan program yang menyeluruh dan mampat, yang boleh dijalankan berdasarkan tahap individu tersebut untuk memenuhi keperluan mereka dan ia boleh digunakan untuk mengajar kemahiran kehidupan seharian seperti percakapan, bahasa, kemahiran bersosial, akademik, dan kemahiran kognitif.

Rawatan Percakapan

Fokus rawatan ini dalah untuk menambah baik kemahian komunikasi anak-anak, sama ada dari segi verbal seperti percakapan atau mereka mungkin diajar bahasa isyarat atau gambar untuk berkomunikasi.

Terapi Carakerja atau Occupational Therapy (OT)

Kaedah ini adalah untuk mengajar kemahiran motor anak-anak, dan juga rutin harian agar mereka dapat berdikari semampu yang boleh.

Kemahiran harian yang dimaksudkan termasuklah memakai baju sendiri, makan, mandi, memegang pensil dan sebagainya.

Kaedah ini sangat disyorkan untuk anak-anak Mama dan perlu dilakukan sejak mereka muda lagi supaya menenangkan hati Mama semakin mereka meningkat usia.

Ubat-ubatan

Kredit Foto: Adobe Stock

Tidak dinafikan bahawa masih tiada rawatan yang spesifik untuk merawat autisme. Namun, terdapat beberapa kaedah perubatan yang dapat membantu individu autisme untuk menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih baik.

Ianya adalah seperti mengawal tahap tenaga yang tinggi, kebimbangan yang tinggi atau tingkah laku agresif.

Oleh itu, amatlah penting untuk Mama dan Papa bekerjasama dengan doktor yang mempunyai pengalaman dengan anak autisme dan memantau anak anda dari masa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan kesan daripada kaedah rawatan ini.

Pemakanan

Dari segi pemakanan, ada diet yang perlu untuk Mama dan Papa tidak berikan makanan tersebut kepada mereka. Malah, ada juga yang hanya menggunakan pil vitamin dan mineral.

Namun begitu, masih belum ada bukti atau kajian kukuh mengenai pemakanan dan suplemen kesihatan untuk anak-anak autisme.

Apa yang Mama boleh cuba adalah untuk mengelakkan daripada memberi makanan atau minuman yang mengandungi soya, gluten, atau kasein dan juga bahan-bahan berasaskan gandum atau tenusu.

Terdapat beberapa pendapat pakar yang mengatakan diet bebas kasein dan gluten adalah pilihan yang terbaik untuk anak-anak autisme.

Peranan atau Tanggungjawab Ibu Bapa

Kredit Foto: dokterkamu.com

Aktif Untuk Mendapatkan Pemeriksaan dengan Pakar

Pemeriksaan perkembangan disyorkan bagi kanak-kanak yang berusia 9, 18 dan 30 bulan. Berikut adalah beberapa pilihan pemeriksaan yang tersedia:

Segera Mendapatkan Bantuan Dari Awal

Dapatkan nasihat doktor dengan segera dan pastikan doktor tersebut adalah pakar dalam masalah perkembangan untuk nasihat yang lebih tepat. Berikut adalah beberapa pilihan rawatan bagi autisme:

Jangan Hanya Menunggu Diagnosis

Anak anda perlu melalui pelbagai penilaian untuk didiagnosis mempunyai autisme dan ini akan mengambil sedikit masa. Jika tanda-tanda yang anda perhatikan jelas menunjukkan bahawa anak anda adalah istimewa, lebih baik jika anda membawanya untuk rawatan dengan segera.

Kredit Foto: Adobe Stock

Didik Diri Anda Mengenai Autisme

Mama Siti faham bahawa tidak mudah untuk ibu bapa pada awalnya menerima hakikat tentang keadaan anak yang disahkan autisme.

Tapi, Mama dan Papa harus belajar tentang autisme. Anda akan mempelajari pelbagai perkara baharu, disamping membantunya untuk membesar dan membuat keputusan yang baik untuk anak anda.

Sentiasa rujuk pakar, dan dapatkan nasihat daripada ibu bapa lain yang lebih berpengalaman.

Jadi Pakar Untuk Anak Anda Sendiri

Walaupun anda sudah membawa anak anda berjumpa pakar yang lebih mahir dalam bidang ini, Mama harus ingat bahawa anda berada di kedudukan yang jauh lebih tinggi dan lebih baik, kerana anda lebih banyak meluangkan masa bersama anak-anak.

Andalah individu yang terdekat untuk memnatau perkembangan dan perilaku anak-anak. Jadi, janganlah menolak tanggungjawab ini atau hanya harapkan doktor sahaja.

Mama perhatikan perkembangannya dan catatkan di dalam sebuah buku atau di ‘Note’ di dalam telefon pintar anda.

Ini juga boleh dilakukan sebaik sahaja anak anda dilahirkan, yang menjadikannya lebih berkesan untuk mengetahui masalah perkembangan dengan lebih awal.

Pelakon, Zarina Zainuddin bersama anak-anaknya. (Kredit: ohbulan.com)

Memulakan Tabiat di Rumah

Sama seperti hari-hari biasa, penglibatan ibu bapa dalam aktiviti harian anak-anak autisme adalah penting. Antara contoh tabiat yang boleh dilakukan bersama-sama di rumah:

Apabila Mama dan Papa menghabiskan sebahagian besar masa dengan anda, tabiat mudah ini sekiranya dipraktikkan akan dapat membantu anak-anak di masa hadapan.